Tempat Suci Pemulihan
Palmyra adalah peringkat dalam Pemulihan, dimana suara Bapa boleh didengari semula selepas dua alaf.
Salah seorang kawan baik saya yang merupakan ahli Gereja, bertahun-tahun cuba untuk mengajar saya tentang Injil keluarga abadi. Tetapi tidak sehingga saya menghadiri rumah terbuka Bait Suci São Paulo Brazil pada Oktober 1978, apabila saya memasuki bilik pemeteraian, bahawa ajaran keluarga abadi memasuki hati saya, dan hari-hari saya berdoa untuk mengetahui sama ada ini adalah Gereja yang benar.
Saya bukan seorang yang warak tetapi saya telah dibesarkan oleh ibu bapa yang warak dan telah melihat apa yang baik dalam agama lain. Pada masa itu dalam hidup saya, saya fikir semua agama boleh diterima oleh Tuhan.
Selepas lawatan saya ke rumah terbuka bait suci, saya mencari jawapan melalui doa, dengan iman dan keyakinan yang pasti bahawa Tuhan akan menjawab saya, yang manakah Gereja-Nya di bumi.
Selepas pergelutan rohani yang kuat, saya telah menerima jawapan yang jelas, Saya telah dijemput untuk dibaptiskan, Pembaptisan saya berlaku pada Oktober 31,1978, pada waktu malam sebelum salah sebuah sesi pembaktian Bait Suci São Paulo.
Saya sedar bahawa Tuhan mengetahui dan mengambil berat tentang saya sehingga menjawab doa saya.
Esok pagi isteri saya dan saya pergi ke Sao Paulo untuk menghadiri sesi pembaktian bait suci.
Kami berada di situ, tetapi saya tidak tahu menikmati dengan sepenuhnya peluang itu. Pada hari seterusnya kami menghadiri satu persidangan kawasan.
Kami memulakan perjalanan kami dalam Gereja, dan menemui kawan-kawan baik yang menerima kami dalam perubahan hidup ini.
Kelas-kelas ahli baru yang kami hadiri dalam pertemuan-pertemuan Ahad kami sangat indah, Ia memenuhi kami dengan pengetahuan dan membuat kami berharap untuk minggu itu berlalu dengan cepat supaya pada hari Ahad kami boleh menerima lebih khasiat rohani.
Isteri saya dan saya tunggu dengan semangat menunggu hari untuk memasuki bait suci untuk memeteraikan keluarga kami selamanya. Perkara itu berlaku satu tahun dan tujuh hari selepas pembaptisan saya, ia merupakan detik masa yang indah. Ia terasa seperti keabadian telah dipisahkan di altar diantara apa yang sebelum dan selepas pemeteraian.
Pernah tinggal di kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat untuk beberapa tahun secara sah, Saya mengenali beberapa bandar-bandarnya, dan kebanyakannya adalah kecil.
Selalunya apabila saya membaca atau mendengar tentang Penglihatan Pertama, satu kumpulan orang ramai disebut, dan ini tidak masuk akal untuk saya.
Soalan mula timbul di minda saya. Kenapa Gereja harus dipulihkan di Amerika Syarikat dan bukan di Brazil atau Italy, tanah nenek moyangku?
Di manakah kumpulan orang ramai yang disebut, mereka yang terlibat dalam kebangkitan semula agama dan pengeliruan agama—semuanya pernah berlaku di tempat yang begitu aman dan tenteram?
Saya tanya ramai orang tetapi tidak mendapat jawapan. Saya membaca semuanya dalam bahasa Portugis dan kemudian dalam bahasa Inggeris tetapi tidak menjumpai apa-apa yang boleh menenteramkan hati saya. Saya terus mencari
Pada Oktober 1984, saya menghadiri persidangan umum sebagai penasihat dalam presidensi pancang. Selepas itu, saya pergi ke Palmyra, New York dengan hasrat untuk mencari jawapan
Sambil menuju ke sana, saya cuba untuk memahami: Kenapa Pemulihan Injil harus berlaku di sini, dan kenapa dengan kegemparan rohani sebegitu? Dari manakah semua orang yang disebut dalam cerita Joseph datang? Kenapa di sini?
Pada masa itu, jawapan yang paling munasabah pada saya adalah kerana Perlembagaan U.S.A menjamin kebebasan.
Pagi itu saya melawat Bangunan Grandin, di mana Kitab Mormon pertama dicetak. Saya pergi ke Sacred Grove, di mana saya berdoa dengan banyak.
Hampir tiada orang di jalan pekan kecil Palmyra itu. Di mana kumpulan orang ramai yang Joseph sebutkan?
Tengah hari itu saya membuat keputusan untuk pergi ke ladang Peter Whitmer dan apabila saya tiba di sana saya jumpa dengan seorang lelaki di tingkap kabin. Dia mempunyai cahaya yang sengit dalam mata dia. Saya bersalaman dengan dia dan kemudian mula menanya dia soalan yang sama itu.
Dia kemudian menanya saya, “Kamu mempunyai masa?” Saya berkata ya.
Dia menerangkan bahawa Tasik Erie dan Ontario dan, lebih ke timur, Sungai Hudson terletak di kawasan itu.
Pada awal 1800an mereka membuat keputusan untuk membina terusan untuk navigasi yang akan melalui kawasan itu, ia meliputi lebih daripada 300 batu (480 km) untuk sampai ke Sungai Hudson. Ia adalah pekerjaan hebat untuk masa itu, dan mereka hanya boleh bergantung pada tenaga buruh manusia dan kuasa haiwan.
Palmyra merupakan pusat untuk beberapa pembangunan ini. Pembina memerlukan orang yang mahir, juruteknik, keluarga dan kawan mereka, Ramai orang mula datang dari pekan bersebelahan, kawasan yang jauh, seperti Ireland untuk bekerja bagi terusan itu.
Ia merupakan saat yang suci dan rohani sebab saya telah menjumpai kumpulan orang ramai. Mereka membawa adat dan kepercayaan mereka. Apabila dia menyebut kepercayaan, minda saya diterangkan dan mata rohani saya dibuka oleh Tuhan.
Pada masa itu, Saya faham bagaimana tangan Tuhan Bapa kita, dengan kebijaksanaan besar-Nya, telah menyediakan rancangan-Nya untuk membawa Joseph Smith yang muda, meletakkan dia di tengah-tengah kekeliruan agama, sebab di sana, dalam Cumorah, kepingan-kepingan berharga Kitab Mormon disembunyikan.
Inilah peringkat dalam Pemulihan di mana suara Bapa akan didengari selepas dua alaf dalam penglihatan yang indah, berbicara dengan seorang budak lelaki Joseph Smith, apabila dia ke Sacred Grove dan berdoa dan mendengari: “Inilah Putera-Ku yang Kukasihi. Dengarkanlah Dia!”1
Di sana dia nampak dua Lembaga, yang terang dan kemuliaannya tidak dapat digambarkan. Ya, Tuhan menampakkan diri-Nya kepada manusia semula. Kegelapan yang menutup dunia mula menghilang.
Wahyu tentang pemulihan mula digenapi. “Kemudian aku nampak satu lagi malaikat terbang tinggi di angkasa. Dia membawa berita baik yang kekal untuk diisytiharkan kepada manusia di bumi, iaitu kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara.”2
Dalam beberapa tahun nanti, Joseph di bawa kepada catatan wahyu, perjanjian dan tatacara yang ditinggalkan oleh para nabi kuno, Kitab Mormon kita yang dikasihi.
Gereja Yesus Kristus tidak dapat dipulihkan tanpa Injil abadi yang didedahkan dalam Kitab Mormon sebagai satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus, iaitu Putera Tuhan, Anak Domba Tuhan, yang mengambil dosa-dosa dunia.
Kristus berkata kepada pengikut-Nya di Yerusalem:
“Masih ada domba-domba lain yang juga milik-Ku.”3
“Akulah gembala yang baik, Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.”4
Apabila meninggalkan ladang Whitmer, Saya tidak ingat mengatakan selamat tinggal. Saya hanya ingat air mata mengalir dari mata saya. Matahari sedang terbenam di langit yang indah.
Di dalam hati saya terdapat kegembiraan besar dan keamanan yang menyenangkan jiwa saya. Saya dipenuhi dengan kesyukuran.
Saya sekarang faham dengan jelas kenapa. Sekali lagi Tuhan telah memberi saya pengetahuan dan cahaya.
Semasa perjalanan saya pulang, ayat suci mula memasuki ke dalam minda saya: perjanjian yang dibuat kepada Bapa Abraham yang melalui keturunanya semua keluarga dunia akan diberkati.5
Dan disebabkan itu, bait suci dibina supaya kuasa ilahi dapat diberikan semula kepada manusia di dunia supaya keluarga boleh bersatu, bukan pada kematian kita dipisahkan tetapi untuk keabadian.
“Pada masa hadapan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi bukit yang tertinggi antara segala bukit yang lain. Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.”6
Jika kamu yang mendengar saya mempunyai soalan dalam hati kami, jangan menyerah kalah!
Saya menjemput kamu untuk mengikut contoh Nabi Joseph Smith apabila dia membaca dalam Yakobus 1:5: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kebijaksanaan kepadanya.”
Apa yang berlaku di Cumorah adalah sebahagian penting Pemulihan sebab Joseph Smith menerima kepingan-kepingan yang mengandungi Kitab Mormon. Kitab ini menolong kita mendekati Kristus lebih daripada mana-mana buku dalam dunia ini.7
Saya memberi kesaksian bahawa Tuhan mengangkatkan nabi, penglihat dan pewahyu untuk membimbing kita pada zaman akhir ini dan dalam rancangan abadi-Nya keluarga bersama buat selamanya Dia menjaga anak-anak-Nya dan menjawab doa kita.
Disebabkan kasih-Nya, Yesus Kristus menebus untuk dosa kita, dan Dia ialah Juruselamat dunia. Semua ini saya bersaksi dalam nama suci Yesus Kristus, amin.