2010–2019
Pola Untuk Kedamaian
April 2016


12:56

Pola Untuk Kedamaian

Kedamaian yang kita carikan perlu kita bertindak—belajar dari Yesus Kristus, dengar firman-Nya, dan berjalan bersama Dia.

Beberapa tahun lalu, anak perempuan kami dan suaminya diminta untuk mengajar satu kelas Sekolah Primer yang mengandungi lima orang lelaki yang berusia empat tahun yang aktif. Anak perempuan kami ialah pengajar dan suaminya penguatkuasa hukum, berusaha dengan sedaya upaya untuk menjaga satu suasana yang damai, di tengah-tengah keadaan kelam kabut, untuk mengajar asas-asas Injil kepada kanak-kanak itu.

Semasa satu kelas yang susah, selepas beberapa amaran kepada seorang budak lelaki yang bertenaga, menantu kami menemani dia keluar kelas. Ketika mereka di luar kelas, dan menantu kami sedia untuk membincangkan kelakuan budak itu dan mencari ibu bapanya, budak itu hentikan menantu kami sebelum dia dapat kata apa-apa pun, dengan mengangkat tangannya penuh emosi, dan kata, “kadangkala adalah susah bagi saya untuk fikir tentang Yesus!”

Dalam perjalanan fana kita, destinasi yang kita rancangkan mungkin sangat mulia dan perjalanan kita mungkin menggirangkan, kita akan menghadapi cubaan dan kedukaan sepanjang jalan. Elder Joseph B. Wirthling ajar: “Kedukaan akan datang kepada kita. Pada akhirnya, semua orang akan mengalami kedukaan. Tiada sesiapa pun dapat dikecualikan.”1 Tuhan dalam kebijaksanaan-Nya tidak melindungi sesiapa pun dari kedukaan dan kesedihan.”2 Tetapi keupayaan kita untuk berjalan pada perjalanan ini dalam kedamaian, kebanyakannya, bergantung pada adakah kita susah memikir tentang Yesus.

Kedamaian minda, kedamaian hati nurani, dan kedamaian hati tidak datang dari keupayaan kita untuk mengelakkan cubaan, kedukaan atau kesakitan hati. Walaupun kita merayu dengan tulus ikhlas, tidak setiap ribut akan berubah, tidak setiap kesakitan akan disembuhkan, dan kita mungkin tidak dapat faham dengan sepenuhnya setiap ajaran, asas, atau praktis yang diajar oleh nabi, pelihat, dan pewahyu. Namun begitu, kita sudah dijanjikan kedamaian—dengan satu syarat.

Dalam Injil Yohanes, Juruselamat ajar bahawa walaupun ada kesusahan dalam hidup ini, kita boleh bergembira; kita boleh berharapan, dan kita tidak perlu takut, kerana Dia berfirman, “Dalam Aku kamu beroleh kesejahteraan.”3 Iman kepada Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya akan selamanya menjadi asas pertama Injil dan dasar harapan kita demi “kedamaian di dunia ini dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang”.4

Dalam pencarian kedamaian kita di tengah-tengah cabaran hidup harian, kita sudah diberikan satu pola yang mudah untuk berfokus pada Juruselamat, yang berfirman: “Belajarlah dari-Ku, dan dengarkanlah firman-Ku; berjalanlah dalam kelembutan hati Roh-Ku, dan kamu akan merasakan kedamaian di dalam Aku. Aku adalah Yesus Kristus.”5

Belajar, dengar, dan berjalan—tiga langkah dengan satu janjian.

Langkah Pertama, “Belajarlah dari-Ku”

Dari Yesaya kita baca, “Dan mereka akan berkata,marilah kita pergi ke bukit Tuhan,ke rumah Tuhan Israel. Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya.”6

Dengan lebih banyak bait suci dibina di seluruh dunia, kita belajar tentang Yesus Kristus dan peranan-Nya dalam rancangan Bapa sebagai Pencipta dunia ini, sebagai Juruselamat dan Penebus kita, dan sebagai sumber kedamaian kita.

Presiden Thomas S.Monson ajar: “Dunia ini boleh menjadi satu tempat yang mencabarkan dan susah. … Semasa anda pergi ke rumah kudus Tuhan, semasa kita ingatkan perjanjian yang kita buat dalam rumah Tuhan, kita lebih berupaya untuk menahan cubaan dan untuk mengatasi setiap godaan. Dalam tempat perlindungan yang kudus ini kita akan mendapat kedamaian.”7

Pada satu tugas persidangan pancang beberapa tahun dahulu semasa melayan di Amerika Selatan, saya menemui satu pasangan yang sangat sedih ke atas kematian bayi lelaki mereka baru-baru ini.

Semasa satu temuduga dalam persidangan itu saya pertama kali menemui Brother Tumiri dan ketahui tentang kehilangan bayinya. Dia beritahu saya bahawa dia tidak hanya sedih ke atas kematian anaknya tetapi hatinya hancur luluh kerana dia tidak akan jumpa dia lagi. Dia menjelaskan bahawa, sebagai ahli Gereja yang baru, mereka simpan wang untuk pergi ke bait suci hanya satu kali, sebelum kelahiran bayi lelaki mereka, di mana mereka dimeteraikan sebagai satu pasangan dan kepada dua orang anak perempuan mereka. Kemudian dia kata mereka sedang simpankan wang untuk pulang ke bait suci tetapi tidak dapat bawa bayi lelaki mereka untuk dimeteraikan kepada dia

Mengenali ini mungkin satu salah faham, saya jelaskan bahawa dia akan jumpa anak lelakinya lagi, jika dia tetap beriman, kerana tatacara pemeteraian yang ikatkan dia kepada isterinya dan anak-anak perempuannya juga cukup untuk mengikatkan dia kepada anak lelakinya, yang dilahirkan dalam perjanjian.

Sungguh hairan, dia tanya adakah ini benar, dan apabila saya pastikan dia ini benar. dia tanya saya jika saya rela berucap dengan isterinya, yang tidak dapat ditenangkan buat dua minggu semenjak kematian anak lelaki mereka.

Pada petang hari Ahad, selepas persidangan, saya bertemu dengan Sister Tumiri dan menjelaskan ajaran yang gembira ini kepada dia juga. Dia masih sakit hati, tetapi sekarang bertambah harapan, dia tanya, “Akankah saya dapat memegang anak lelaki saya lagi? Adakah dia benar-benarnya anak saya, selama-lamanya?” Saya pastikan dia bahawa jika dia menjaga perjanjian, kuasa pemeteraian bait suci, berkesan kerana wewenang Yesus Kristus, akan membenarkan dia untuk bersama anak lelakinya sekali lagi dan dia akan memegang anak itu.

Sister Tumiri, walaupun patah hati kerana kematian anak lelakinya, tinggalkan pertemuan kami dengan air mata kesyukuran dan penuh dengan kedamaian kerana tatacara kudus bait suci, dari Juruselamat dan Penebus kita.

Setiap kali kita pergi ke bait suci—dalam segala yang kita dengar lakukan, dan kata; dalam setiap tatacara Injil yang kita menyertai, dan dalam setiap perjanjian yang kita buat—kita diarahkan kepada Yesus Kristus. Kita rasa kedamaian apabila kita dengar firman-Nya dan belajar tentang teladan-Nya. Presiden Gordon Hinckley ajar, “Pergi ke rumah Tuhan dan di situ rasakan Roh-Nya dan berhubung dengan Dia, dan anda akan tahu tentang satu kedamaian yang tidak akan dapati di mana-mana pun.”8

Langkah Kedua, “Dengarkanlah Firman-Ku”

Dalam Ajaran dan Perjanjian kita baca, “Apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.”9 Dari masa Adam sehingga nabi kita sekarang, Thomas Spencer Monson, Tuhan sudah berucap melalui wakil-wakil yang Dia beri wewenang. Mereka yang pilih untuk mendengar dan mematuhi firman Tuhan, yang diberikan melalui para nabi-Nya, akan mendapati keselamatan dan kedamaian.

Dalam Kitab Mormon, kita dapati banyak contoh kepentingan untuk mengikut nasihat nabi dan berdiri bersama nabi termasuk satu pengajaran dari penglihatan pokok kehidupan Lehi, yang terdapat di 1 Nefi bab 8. Tidak pernah ada masa bangunan besar yang lapang begitu penuh sesak atau suara yang datang dari tingkapnya begitu salah bimbing, mengejek, dan mengelirukan daripada hari ini. Dalam bab ini kita baca tentang dua kumpulan orang dan balasan mereka terhadap teriakan dari bangunan itu.

Mimpi Lehi

Bermula dengan ayat 26, kita baca:

“Dan aku juga melihat-lihat dengan mataku di sekitar, dan nampak di sebelah lain sungai berair itu, sebuah bangunan besar dan lapang. …

“Dan ia dipenuhi orang … dan lagak mereka mengejek dan menuding jari mereka terhadap mereka yang telah datang dan sedang makan buah itu.

“Dan setelah mereka merasai buah itu, mereka malu disebabkan mereka yang sedang memperolok-olokkan mereka; dan mereka jatuh ke dalam jalan-jalan terlarang dan menjadi sesat.”10

Dalam ayat 33 kita baca tentang orang lain yang mempunyai balasan yang berbeza terhadap ejekan dan olokan dari bangunan itu. Nabi Lehi menjelas bahawa mereka yang berada dalam bangunan itu “menuding jari penghinaan ke arahku dan mereka yang sedang makan buah itu juga; tetapi kami tidak menghiraukan mereka.”11

Perbezaan utama di antara mereka yang merasa malu, jatuh dan menjadi sesat dan mereka yang tidak menghiraukan ejekan dari bangunan itu dan berdiri bersama nabi didapati dalam dua ayat: pertama “setelah mereka merasai,” dan kedua, “mereka yang sedang makan.

Kumpulan pertama sampai ke pokok itu, berdiri sementara bersama nabi, tetapi hanya merasai buah itu. Kerana mereka tidak terus makan, mereka membenarkan cemuhan dari bangunan itu mempengaruhi mereka, menarik mereka dari nabi dan pergi ke jalan-jalan yang terlarang, di mana mereka menjadi sesat.

Berbeza dengan mereka yang merasai buah itu dan menjadi sesat, ialah orang yang terus makanbuah itu. Mereka tidak menghiraukan kekecohan dari bangunan itu, mererka berdiri bersama nabi, dan menikmati keselamatan dan kedamaian. Komitmen kita kepada Tuhan dan para hamba-Nya tidak harus menjadi komitmen sambilan. Jika demikian, kita menjadi mudah diserang oleh mereka yang hendak memusnahkan kedamaian kita. Semasa kita mendengar kepada Tuhan melalui para hamba yang Dia beri wewenang, kita berdiri pada tempat kudus dan tidak boleh digerak.

Musuh berikan jawapan palsu yang nampaknya boleh berikan jawapan tetapi menjauhkan kita dari kedamaian yang kita carikan. Dia berikan satu logamaya yang nampaknya sah dan selamat tetapi akhirnya, seperti bangunan besar dan lapang akan runtuh, memusnahkan semua orang yang carikan kedamaian dalam bangunan itu.

Kebenaran boleh didapati dalam kesederhanaan satu lagu Sekolah Primer: “Nasihat nabi: Patuhi Perintah. Di dalamnya selamat dan damai.12

Langkah Ketiga, “Berjalanlah dalam Kelembutan Hati Roh-Ku,”

Tidak kira betapa jauh kita merayau dari jalan itu, Juruselamat menjemput kita untuk pulang dan berjalan bersama Dia. Jemputan untuk berjalan bersama Yesus Kristus ialah satu jemputan untuk menemani Dia ke Getsemani dan dari Getsemani ke tempat yang dipanggil “Tengorak” dan dari situ ke Taman Kuburan. Ialah satu jemputan untuk memerhati dan mengaplikasikan korban tebusan-Nya, yang diberikan kepada setiap individu dan tidak terbatas. Ialah satu jemputan untuk bertaubat, untuk menggunakan kuasa pengudusan-Nya, dan mengambil tangan-Nya. Ialah satu jemputan untuk menjadi damai.

Kita dijemput untuk berjalan bersama Dia.

Kita semua pernah rasa, dalam hidup kita, kesakitan hati yang berkait dengan dosa dan pelanggaran, “jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan kebenaran tidak ada di dalam hati.”13 Tetapi, “Walaupun [kita] merah marak kerana dosa [kita],” apabila kita mengaplikasikan Korban Tebusan melalui pertaubatan yang tulus ikhlas, [mereka] menjadi putih seperti salji.”14 Walaupun kita dibeban oleh kesalahan, kita boleh memperolehi kedamaian.

Kita dijemput untuk betaubat.

Alma yang Muda dipaksa untuk menghadapi dosa-dosanya apabila dikunjungi oleh malaikat Tuhan. Dia menghuraikan pengalamannya dalam kata-kata ini:

“Jiwaku amat tertekan dalam cara terhebat dan terseksa oleh segala dosaku.

“… Ya, aku melihat bahawa aku telah memberontak melawan Tuhanku, dan bahawa aku telah tidak mentaati perintah-perintah-Nya yang kudus.”15

Walaupun dosa-dosanya sangat serius, di tengah-tengah kejadian ini, dia terus kata:

“Aku ingat juga telah mendengar ayahku bernubuat kepada orang berkenaan kedatangan seorang Yesus Kristus, seorang Putera Tuhan, untuk menebuskan dosa-dosa dunia.

“… Aku berseru di dalam hatiku: Ya Yesus, Engkau Putera Tuhan, berbelas kasihanlah padaku”16

“Dan tidak sama sekali, sampai aku berseru kepada Tuhan Yesus Kristus untuk belas kasihan, aku menerima pengampunan akan dosa-doaku. Tetapi lihatlah, aku berseru kepada-Nya dan aku menemukan kedamaian bagi jiwaku.17

Seperti Alma, kita juga akan menemukan kedamaian bagi jiwa kita semasa kita berjalan bersama Yesus Kristus, bertaubat akan dosa-dosa kita, dan mengaplikasikan kuasa pengudusan-Nya dalam hidup kita.

Kedamaian yang kita carikan perlukan lebih daripada satu hasrat sahaja. Ia memerlukan kita untuk bertindak—dengan belajar dari Dia, dengarkan firman-Nya, dan berjalan bersama Dia. Kita mungkin tidak boleh mengawal segala yang berlaku di sekeliling kita tetapi kita boleh mengawal bagaimana kita gunakan pola kedamaian yang sudah disediakan oleh Tuhan—satu pola yang memudahkan kita untuk memikir tentang Yesus.

Kita boleh mengaplikasikan pola Juruselamat

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah “jalan, kebenaran, dan hidup”18 dan hanya melalui Dia kita boleh memperolehi kedamaian hidup ini dan hidup abadi dalam dunia akan datang. Dalam nama Yesus Kristus, amin.