Amanah yang Kudus
Kurniaan kuasa imamat yang berharga ini bukan sahaja membawa tanggungjawab serius tetapi juga berkat-berkat istimewa untuk diri dan orang lain.
Saudara-saudara yang dikasihi, saya berdoa agar Roh membimbing kata-kata saya malam ini. Satu tali umum mengikat kita bersama. Kita telah diamanahkan untuk memegang imamat Tuhan dan bertindak dalam nama Dia. Kita penerima amanah kudus itu. Banyak yang diharapkan dari kita.
Kita baca dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 121, ayat 36, “Hak-hak keimamatan secara tak terpisahkan berhubungan dengan kuasa syurga.” Betapa mengagumkan kurnia yang telah diberikan kepada kita. Kita bertanggungjawab untuk mengawasi dan melindungi imamat itu dan menjadi layak untuk menerima segala berkat-berkat gemilang yang Bapa Syurgawi simpan bagi kita—dan untuk orang lain melalui kita.
Ke mana-mana anda pergi, imamat anda akan pergi bersama. Adakah anda berdiri di tempat-tempat yang kudus? Sebelum anda meletakkan diri dan imamat anda dalam bahaya dengan memasuki tempat atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak melayaki anda atau imamat itu, berhenti seketika untuk mempertimbangkan akibatnya. Ingatlah siapa diri anda dan apa yang Tuhan harapkan untuk anda. Anda adalah anak perjanjian. Anda adalah seorang lelaki yang kuat. Anda adalah putera Tuhan.
Kurniaan kuasa imamat yang berharga ini bukan sahaja membawa tanggungjawab serius tetapi juga berkat-berkat istimewa untuk diri dan orang lain. Semoga kita, tidak kira di mana sahaja kita berada, akan sentiasa layak untuk memanggil kuasa itu, kerana kita tidak akan tahu bila ia diperlukan dan peluang untuk melakukannya akan datang.
Ketika Perang Dunia II, seorang rakan saya sedang melayani di Pasifik Selatan apabila kapal terbangnya di tembak jatuh di tengah lautan. Dia dan anak kapal yang lain berjaya terjun dari kapal yang membakar itu dengan parasut, mengembungkan rakit keselamatan, dan berpaut pada rakit-rakit itu selama tiga hari .
Pada hari ketiga mereka ternampak sebuah kapal penyelamatan. Ia melepasi mereka. Keesokan paginya ia melepasi mereka lagi. Mereka mulai putus harapan apabila mereka sedar bahawa itu mungkin hari terakhir kapal penyelamatan akan berada di kawasan itu.
Kemudian Roh Kudus berkata kepada kawan saya: “Kamu punyai imamat. Arahkan penyelamat-penyelamat itu untuk mengutip kamu.”
Dia lakukan seperti yang didorong: “Dalam nama Yesus Kristus dan dengan kuasa imamat, berputar la dan kutipkan kami.”
Dalam beberapa minit kapal itu berada di sisi mereka, membantu mereka naik geladak kapal. Seorang pemegang imamat yang beriman dan layak, dalam peghujungnya, telah melatihkan imamat itu, memberkat kehidupan diri dan kehidupan orang lain.
Semoga kita berazam, sini dan sekarang, bersiap sedia untuk masa yang diperlukan, masa kita melayan, masa kita memberkat.
Kini kita menutup persidangan sesi umum imamat, saya berkata kepada anda bahawa anda “adalah” “bangsa yang terpilih, imamat yang rajani” (1 Petrus 2:9 ). Semoga kita sentiasa layak akan anugerah-anugerah ilahi ini, saya doakan dengan sepenuh hati saya dalam Yesus Kristus, Juruselamat kita, amin.