2010–2019
Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci
April 2016


16:23

Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci

Saudara saudari, saya berdoa supaya kita akan menghormati Juruselamat dan buat perubahan yang diperlukan untuk menggambar diri sendiri dalam bait suci kudus-Nya.

Pergerakan rancangan keselamatan Tuhan pada kegenapan zaman keagamaan ini hampir-hampir tidak boleh difahami.1 Presiden Thomas S. Monson memberi contoh dengan mengumumkan 4 bait suci baru dalam sesi persidangan ini. Semasa Presiden Monson dipanggil sebagai seorang Rasul pada tahun 1963, hanya ada 12 bait suci di seluruh dunia.2 Selepas Bait Suci Provo City Center dibaktikan, sekarang ada 150 bait suci, dan akan ada 177 apabila semua bait suci yang diumum sudah dibaktikan. Kita harus bergembira dengan rendah hati.

Seratus lapan puluh tahun dahulu, pada hari ini, April 3, 1836, satu penglihatan yang hebat datang kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery dalam Bait Suci Kirkland. Ini berlaku hanya satu minggu sebelum dedikasi bait suci itu. Dalam penglihatan itu, mereka nampak Tuhan berdiri di atas sandaran mimbar dalam bait suci. Juruselamat mengisytiharkan:

“Biarlah hati seluruh umat-Ku bersukacita, yang telah, dengan daya mereka, membangun rumah ini demi nama-Ku.

“Kerana lihatlah, Aku telah menerima rumah ini, dan nama-Ku akan ada di sini; dan Aku akan menyatakan diri-Ku kepada umat-Ku dengan belas kasihan di dalam rumah ini.”3

Pada waktu kudus itu, para nabi purba datang juga, termasuk Elia, yang mengurniakan kunci-kunci yang diperlukan dalam tatacara bait suci.

Kita boleh faham keriangan yang sedang berlaku di Quito, Ecuador; Harare, Zimbabwe; Belem, Brazil; dan Lima, Peru, sama ada ahli-ahli mahupun para mubaligh, berdasarkan apa yang berlaku di Bangkok, Thailand, satu tahun dahulu, apabila bait suci itu diumumkan. Sister Shelly Senior, isteri bekas Presiden Misi Bangkok Thailand David Senior, email keluarga dan rakan-rakan dan menceritakan bahawa selepas mendengari pengumuman baitu suci itu dari Presiden Monson, dia dan suaminya “tidak tidur buat 12 jam dan menangis dengan gembira.” Mereka panggil penolong-penolong misi mereka pada pukul 11:30 malam dan memberitahu mereka. Penolong-penolong itu memanggil para mubaligh. Mereka laporkan bahawa “seluruh misi itu bangun dalam tengah-tengah malam dan berlompat-lompat di atas katil.” Sister Senior menegur keluarga dan rakan-rakannya: “Sila jangan beritahu Jabatan Mubaligh.”4

Balasan rohani para ahli di Thailand juga begitu hebat. Saya yakin bahawa sudah wujudnya persediaan rohani dalam hati dan rumah dan pernyataan dari syurga menyediakan Orang-orang Suci di mana bait-bait suci baru akan dibina.

Remaja puteri Thailand ada satu cermin yang diukir, “Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci.”

Sister Senior, di Thailand, buat cermin istimewa untuk digunakan dalam pengajarannya, terutamanya dengan para saudari. Satu bait suci dan ayat ini : “Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci” diukir pada cermin itu. Semasa orang memandang ke dalam cermin itu, mereka dapat nampak diri sendiri dalam bait suci. Pasangan Senior mengajar penyelidik dan ahli-ahli untuk menggambarkan diri sendiri dalam bait suci dan buat perubahan gaya hidup dan persediaan rohani yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

Saya mencabar kita semua, di mana pun kita tinggal, untuk menggambarkan diri sendiri dalam bait suci. Presiden Monson kata, “Sehingga anda masuk ke rumah Tuhan dan menerima semua berkat yang menantikan anda, anda belum memperolehi semua yang sedia ada dalam Gereja. Berkat-berkat terpenting keahlian Gereja ialah berkat-berkat yang kita terima dalam bait suci Tuhan.”5

Walaupun dunia ini kekurangan kesolehan hari ini, kita tinggal dalam satu zaman yang kudus dan suci. Para nabi, dengan hati yang berbelas kasihan, sudah menghuraikan keadaan zaman kita buat banyak abad.6

Nabi Joseph Smith, memetik Obaja7 dari Perjanjian Lama dan 1 Petrus8 dari Perjanjian Baru, menyatakan tujuan Tuhan menyediakan pembaptisan bagi yang sudah mati dan membenarkan kita untuk menjadi juruselamat pada Bukit Sion.9

Tuhan sudah makmurkan kita dan berikan kita sumber-sumber dan bimbingan nabi supaya kita tekun melakukan tanggungjawab bait suci kita bagi yang masih hidup dan yang sudah mati.

Kerana Injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan, kita faham tujuan hidup, rancangan keselamatan Bapa bagi anak-anak-Nya, korban penebusan Juruselamat, dan peranan utama keluarga dalam penubuhan syurga.10

Gabungan nombor bait suci yang bertambah dan teknologi yang semakin maju untuk melakukan tanggungjawab sejarah keluarga bagi nenek moyang kita buatkan masa ini masa terberkat dalam sejarah. Saya bergembira ke atas iman remaja kita yang luar biasa untuk melakukan kerja indeks dan mencarikan nenek moyang mereka dan kemudian melakukan pembaptisan dan penetapan dalam bait suci. Anda memang juruselamat pada Gunung Sion yang sudah dinubuat.

Bagaimana Kita Bersedia Untuk Bait Suci?

Kita tahu bahawa kesolehan dan pengudusan adalah penting dalam persediaan bait suci.

Dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 97, kita baca, “Dan sejauh umat-Ku membangun sebuah rumah bagi-Ku dalam nama Tuhan, dan tidak membiarkan apa pun yang tidak bersih datang ke dalamnya, agar itu tak ternoda, kemuliaan-Ku akan berdiam di dalamnya.”11

Sehingga tahun 1891, Presiden Gereja menandatangan setiap surat rekomen bait suci untuk melindungi kekudusan bait suci. Tanggungjawab ini kemudian diberikan kepada uskup dan presiden pancang.

Kami berhasrat bahawa para ahli Gereja akan layak menerima surat rekomen bait suci. Jangan pandangkan bait suci sesuatu yang jauh dan mungkin tidak boleh dicapai. Bekerjasama dengan uskup mereka, kebanyakan ahli boleh mencapai semua spesifikasi dalam jangka masa yang pendek jika mereka bertekad untuk menjadi layak dan benar-benarnya bertaubat. Ini termasuk rela untuk mengampunkan diri sendiri dan tidak menumpukan perhatian pada ketidaksempurnaan atau dosa kita untuk melarang kita masuk ke bait suci.

Korban tebusan Juruselamat adalah untuk semua anak Tuhan. Korban tebusan-Nya memuaskan tuntutan keadilan untuk semua yang bertaubat. Tulisan suci menghuraikan ini dengan indahnya:

“Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji.”12

“Aku akan melupakan [mereka].”13

Kami pastikan anda bahawa pematuhan asas-asas yang soleh akan datangkan kegembiraan, kepuasan, dan kedamaian kepada anda dan keluarga anda.14 Para ahli, dewasa dan remaja,15 mengesahkan kelayakan diri apabila mereka menjawab soalan-soalan surat rekomen bait suci. Spesifikasi utama adalah untuk meningkatkan kesaksian tentang Tuhan Bapa; Putera-Nya Yesus Kristus; dan Pemulihan Injil-Nya dan untuk mengalami pelayan Roh Kudus.

Berkat Bait Suci Sangat Banyak

Berkat utama bait suci ialah tatacara Injil permuliaan. Rancangan Injil adalah tentang permuliaan dan ini termasuk membuat dan menjaga perjanjian kudus dengan Tuhan. Kecuali pembaptisan dan penetapan, tatacara Injil dan perjanjian dilakukan dan diterima dalam bait suci bagi yang masih hidup. Bagi yang sudah mati, semua tatacara Injil keselamatan dan perjanjian dilakukan dalam bait suci.

Brigham Young ajar “Tidak ada satu perkara pun yang boleh dilakukan oleh Tuhan demi keselamatan manusia yang belum Dia lakukan; … Semua yang boleh dicapai demi keselamatan mereka, tanpa bantuan daripada mereka, sudah dicapai oleh Juruselamat.”16

Para pemimpin Gereja menubuhkan pancang, bahagian, kuorum, badan sokongan Gereja, misi dan seterusnya, dalam bangunan gereja dan bangunan lain. Tuhan menubuhkan keluarga abadi hanya dalam bait suci sahaja.

Mereka yang mempunyai hati yang hancur dan jiwa yang menyesal yang sudah bertaubat akan dosa-dosa mereka boleh diterima oleh Tuhan dalam rumah kudus-Nya.17 Kira tahu Tuhan “bukan orang yang pilih kasih.”18 Salah satu perkara yang saya suka tentang bait suci adalah bahawa orang yang masuk ke bait suci tidak berbeza kekayaan, pangkat, atau kedudukan. Kita semua sama di hadapan Tuhan. Setiap orang memakai baju putih untuk menandakan kita suci dan soleh.19 Semua duduk bersama dengan hasrat untuk menjadi anak yang layak kepada Bapa Syurgawi yang berbelas kasihan.

Bilik pemeteraian bait suci

Fikirlah, semua orang di dunia ini, melalui “tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian yang sedia ada di rumah Tuhan …kembali ke hadirat Tuhan dan … disatukan secara abadi.”20 Mereka lakukan ini dalam bilik pemeteraian yang indah yang sedia ada bagi semua ahli yang layak masuk ke bait suci. Selepas mereka buat perjanjian ini, mereka boleh “gambarkan diri sendiri dalam bait suci’ dalam dua cermin yang mengemuka satu sama lain. “Cermin-cermin bait suci ini membayangkan imej-imej yang nampaknya berterusan ke keabadian.”21 Imej-imej ini menolong kita untuk merenungkan ibu bapa, datuk nenek, dan semua generasi sebelum kita. Mereka menolong kita untuk mengenal perjanjian kudus yang menggabungkan kita kepada generasi depan. Ini adalah sangat penting, dan ia bermula ketika anda gambarkan diri sendiri dalam bait suci.

cermin-cermin dalam bilik pemeteraian bait suci

Presiden Howard W. Hunter menasihati kita untuk “merenungkan ajaran-ajaran dalam doa dedikasi Bait Suci Kirtland, doa yang diberikan oleh Nabi Joseph Smith melalui wahyu. Ia satu doa yang terus memberkat kita secara idividu, dalam keluarga kita, dan sebagai satu jemaah kerana kuasa imamat yang Tuhan berikan kepada kita untuk digunakan dalam bait suci kudus-Nya.”22 Kita harus mengkaji bahagian 109 dalam Ajaran dan Perjanjian dan mengikut teguran Presiden Hunter “untuk menubuhkan bait suci Tuhan sebagai lambang keahlian [kita].”23

Bait suci juga satu tempat untuk menerima perlindungan, kesyukuran, arahan, dan pemahaman bahawa “Agar [kita] boleh disempurnakan … dalam segala sesuatu yang berkaitan dengan kerajaan Tuhan di atas bumi.”24 Sepanjang hidup saya, ia satu tempat kedamaian dalam dunia yang penuh dengan kekecohan.25 Adalah baik untuk meninggalkan masalah duniawi dalam tempat yang kudus itu.

Banyak kali dalam bait suci dan semasa kita lakukan penyelidikan sejarah keluarga, kita dapat rasa tekanan dan impresi dari Roh Kudus.26 Kadang-kala dalam bait suci, tirai di antara kita dan mereka yang sudah mati menjadi nipis. Kita menerima bantuan dalam usaha kita untuk menjadi juruselamat pada Gunung Sion.

Beberapa tahun dahulu dalam satu bait suci di Amerika Tengah, isteri seorang Penguasa Umum emeritus kita menolong seorang bapa, ibu, dan anak-anak mereka untuk menerima perjanjian dalam bilik pemeteraian. Semasa di depan cermin-cermin itu, dia nampak satu wajah dalam cermin-cermin itu yang tidak hadir dalam bilik. Dia tanya ibu itu dan mendapati bahawa seorang anak perempuan mereka sudah meninggal dunia dan sebab itu dia tidak hadir. Anak perempuan yang sudah mati itu termasuk dalam tatacara itu secara wakilan.27 Jangan memandang rendah bantuan dalam bait suci yang datang daripada sebelah tirai.

Kami berhasrat setiap orang membuat perubahan yang diperlukan untuk menjadi layak bait suci. Berdoa dan menilaikan situasi anda sekarang, carikan bimbingan Roh, dan berjumpa dengan uskup anda tentang persediaan bait suci. Presiden Thomas S. Monson kata, “Tidak ada matlamat yang lebih penting daripada menjadi layak untuk masuk ke bait suci.”28

Juruselamat “Ialah Batu Asas Iman Kita Dan Gereja-Nya Yang Tidak Berganjak”

Saya bersama Presiden Henry B. Eyring di dedikasi semula Bait Suci Suva Fiji dua bulan lalu. Ia satu kejadian yang istimewa dan kudus. Keberanian dan impresi rohani Presiden Eyring membenarkan dedikasi semula itu dijalankan di tengah-tengah satu puting-beliung yang paling besar di hemisfera selatan. Perlindungan jasmani dan rohani diberikan kepada para remaja, mubaligh dan ahli-ahli.29 Pengaruhan Tuhan jelas dinampak. Pembaktian semula Bait Suci Suva Fiji ialah satu perlindungan daripada ribut itu. Banyak kali semasa kita menghadapi ribut kehidupan, kita bersaksi tangan Tuhan memberikan perlindungan abadi.

Pembaktian pertama Bait Suci Suva Fiji pada hari bulan Jun 18, 2000 juga sangat luar biasa. Ketika bait suci itu hampir lengkap, para ahli parlimen ditahan sebagai tebusan oleh pemberontak. Pusat bandar Suva, Fiji, dirampas dan dbakar. Tentera mengisytiharkan pemerintahan.

Sebagai Presiden Kawasan, saya pergi ke Fiji bersama empat orang presiden pancang dan bertemu dengan para pemimpin tentera di tangsi Queen Elizabeth. Selepas kami menjelaskan dedikasi bait suci, mereka menyokong cadangan itu tetapi risau tentang keselamatan Presiden Gordon B. Hinckley. Mereka cadangan satu pembaktian yang kecil tanpa upacara di luar bangunan bait suci, seperti upacara batu asas. Mereka tekan bahawa sesiapa yang berada di luar bangunan bait suci boleh menjadi sasaran keganasan.

Presiden Hinckley luluskan sesi dedikasi kecil yang hanya ada presidensi bait suci baru dan beberapa orang pemimpin tempatan; tiada orang lain dijemput kerana kebahayaan tempat itu. Tetapi, dia kata, “Jika kita menbaktikan bait suci itu, kita akan jalankan upacara batu asas kerana Yesus Kristus ialah batu asas, dan ini Gereja-Nya.”

Apabila kami pergi ke luar bait suci untuk upacara batu asas, tidak ada orang lain, kanak-kanak, atau media di situ. Hanya seorang nabi yang beriman menunjukkan keberanian dan komitmen yang tidak goyah terhadap Juruselamat.

Kemudian Presiden Hinckley, berucap tentang Juruselamat, berkata, “Tidak orang yang setanding dengan Dia. Tidak pernah ada. Dan tidak akan ada. Bersyukur kpada Tuhan demi kurnia Putera Terkasih-Nya, yang mengorbankan nyawa-Nya supaya kita dapat hidup, Dia batu asas iman kita dan Gereja-Nya yang tidak berganjak.”30

Saudara saudari, saya berdoa supaya kita akan menghormati Juruselamat dan buat perubahan yang diperlukan untuk menggambar diri sendiri dalam bait suci kudus-Nya. Dengan membuat demikian, kita boleh mencapai tujuan kudus-Nya dan menyediakan diri sendiri dan keluarga kita untuk menerima semua berkat yang Tuhan dan Gereja-Nya kurnia kepada kita dalam hidup ini dan keabadian. Saya bersaksi bahawa Juruselamat hidup. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Ajaran dan Perjanjian 112:30–32.

  2. Bait suci ke 12, Bait Suci London England, dibaktikan pada September 7, 1958.

  3. Ajaran dan Perjanjian 110:6–7.

  4. Shelly Senior, email, Apr. 6, 2015.

  5. Thomas S. Monson, “The Holy Temple—a Beacon to the World,” Liahona, Mei 2011, 93.

  6. Lihat Yesaya 2:2.

  7. Lihat Obaja 1:21.

  8. Lihat 1 Petrus 4:6.

  9. Lihat Teachings of the Presidents of the Church Joseph Smith, (2007), 409.

  10. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Wilford Woodruff(2004), 177; 192–93..

  11. Ajaran dan Perjanjian 97:15; juga lihat ayat 17.

  12. Yesaya 1:18.

  13. Yeremia 31:34.

  14. Lihat Ajaran dan Perjanjian 59:23.

  15. Selain surat rekomen yang dimiliki oleh orang dewasa yang sudah dianugerahkan, satu surat rekomen terhad untuk pembaptisan bagi yang sudah mati boleh diberikan kepada remaja dan dewasa yang beluam dianugerah yang layak. Kedua-dua surat rekomen perlukan tandatangan penerima mengesahkan kelayakan peribadi. Surat rekomen terhad ini hanya berguna buat satu tahun dan berikan uskup satu peluang untuk berbincang bersama setiap orang tentang kelayakan mereka setiap tahun.

  16. Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young (1997), 32.

  17. Lihat Ajaran dan Perjanjian 58:42.

  18. Kisah Rasul-Rasul 10:34; juga lihat Moroni 8:12; Ajaran dan Perjanjian 1:35; 38:16.

  19. Lihat Ajaran dan Perjanjian 100:16.

  20. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,” Liahona, Nov. 2010, 129.

  21. Gerrit W. Gong, “Temple Mirrors of Eternity: A Testimony of Family,” Liahona, Nov. 2010, 37.

  22. Teachings of the Presidents of the Church: Howard W. Hunter (2015), 183.

  23. Teachings: Howard W. Hunter, 178.

  24. Lihat Ajaran dan Perjanjian 97:13–14.

  25. Lihat Ajaran dan Perjanjian 45:26–27.

  26. Kita biasanya rujukkan ini kepada Roh Elia. Presiden Russell M. Nelson ajar bahawa Roh Elia ialah “satu pernyataan Roh Kudus memberi kesaksian tentang sifat ilahi keluarga” (“A New Harvest Time,” Ensign, Mei1998, 34).

  27. Diberi kebenaran untuk berkongsi.

  28. Thomas S. Monson, “The Holy Temple—a Beacon to the World,” 93.

  29. Para mubaligh dan remaja dibawa dari pulau-pulau luar diletakkan dalam sekolah Gereja dan bangunan Gereja dan dilindungi daripada ribut Cyclone Winston.

  30. Gordon B. Hinckley, “Four Cornerstones of Faith,” Liahona, Feb. 2004, 4–5.