2010–2019
Percayailah kepada Roh Itu yang Membimbing untuk Melakukan yang Baik
April 2016


13:31

Percayailah kepada Roh Itu yang Membimbing untuk Melakukan yang Baik

Kita mendekati Juruselamat apabila kita, kerana kasih suci, melayani orang lain untuk Dia.

Saya bersyukur untuk bersama dengan anda semasa malam penyembahan, perenungan, dan kesetiaan ini. Kita telah berdoa bersama. Bapa Syurgawi kita yang menyayangi telah mendengar kita. Kita telah mengingat Juruselamat kita, Yesus Kristus, semasa kita telah terharu oleh lagu-lagu pujian rohani kepada-Nya. Kita telah diilhami untuk melakukan lebih untuk membantu Guru dalam pekerjaan-Nya untuk menolong dan menghiburkan anak-anak Bapa Syurgawi kita.

Keinginan kita untuk menolong orang lain diperbesarkan oleh kesyukuran kita atas apa yang Juruselamat telah melakukan untuk kita. Kerana itulah hati kita bergembung apabila kita dengar kata-kata yang dinyanyikan: “Kerana ‘ku diberi banyak ‘ku pun harus beri.”1 Raja Benyamin, dalam khutbahnya yang hebat yang dicatat dalam Kitab Mormon, menjanjikan perasaan kesyukuran itu akan datang (lihat Mosia 2:17–19).

Bila iman kita kepada Yesus Kristus membimbing kita untuk melayakkan diri kita untuk kebahagiaan keampunan-Nya, kita merasa satu keinginan untuk melayani orang lain untuk Dia. Raja Benyamin mengajar bahawa keampunan tidak tercapai dalam sesaat sahaja.

Dia mengatakannya begini: “Dan sekarang, demi kepentingan hal-hal ini yang telah aku ucapkan kepadamu—iaitu, demi mengekalkan pengampunan dosa-dosamu dari hari ke hari, agar kamu boleh berjalan tak bersalah di hadapan Tuhan—aku menghendaki agar kamu patut memberikan harta kekayaanmu kepada yang miskin, setiap orang menurut apa yang dia miliki, seperti memberi makan kepada yang lapar, memberi pakaian kepada yang telanjang, mengunjungi yang sakit dan memberi bantuan bagi kelegaan mereka, baik secara rohani mahupun secara duniawi, menurut kemahuan mereka” (Mosia 4:26).

Rakan Alma yang hebat iaitu Amulek juga mengajar kebenaran bahawa kita mesti teruskan dalam pelayanan kita untuk Dia mengekalkan keampunan: “Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku berkata kepadamu, janganlah mengira bahawa ini kesemuanya; kerana setelah kamu melakukan segala hal ini, jika kamu menolak orang yang memerlukan, dan yang telanjang, dan tidak mengunjungi yang sakit dan yang sengsara, dan memberikan harta kekayaanmu, jika kamu milikinya, kepada mereka yang memerlukan—aku berkata kepadamu, jika kamu tidak melakukan apa pun daripada hal-hal ini, lihatlah, doamu sia-sia, dan tidak berfaedah apa pun bagimu, dan kamu seperti orang munafik yang menyangkal iman” (Alma 34:28).

Malam ini saya telah memikirkan perempuan-perempuan yang dalam kehidupan saya. Adanya 31 perempuan dan budak perempuan dalam keluarga kami, bermula dengan isteri saya sampai ke tiga cicit perempuan kami yang terbaru. Ada beberapa yang hadir malam ini. Lima daripada mereka berumur 12 ke bawah. Pertemuan ini mungkin menjadi pertemuan pertama mereka di Pusat Persidangan bersama saudari-saudari mereka dalam Gereja Juruselamat. Setiap satu mereka akan mengambil kumpulan kenangan yang lain dan membuat komitmen-komitmen dia sendiri dari pengalaman ini malam ini.

Ada tiga kenangan dan tiga komitmen yang saya berharap akan tetap bersama mereka sepanjang hidup dan bahkan selepas itu. Kenangan-kenangan itu berkenaan perasaan. Dan komitmen-komitmen itu berkenaan hal-hal untuk dilakukan.

Perasaan yang paling penting ialah kasih. Anda telah merasa kasih para pemimpin saudari yang sungguh baik yang telah berucap. Dan anda telah merasa oleh Roh bahawa mereka mengasihi anda tanpa mengenali anda kerana mereka telah merasa kasih Bapa Syurgawi dan Juruselamat kepada anda. Kerana itulah mereka begitu ingin melayani anda dan ingin agar anda menerima berkat-berkat yang Tuhan ingin untuk anda.

Anda telah merasa kasih untuk orang lain malam ini—untuk kawan, rakan sekolah, jiran, dan bahkan seseorang yang baru masuk kehidupan anda, seorang yang belum dikenali. Perasaan kasih itu adalah satu kurnia dari Tuhan. Tulisan suci memanggilnya “kasih ihsan” dan “kasih suci Kristus” (Moroni 7:47). Anda telah merasa kasih itu malam ini, dan anda dapat kerap menerimanya jika anda mencarinya.

Perasaan kedua yang anda telah mengalami malam ini adalah pengaruh Roh Kudus. Saudari-saudari telah berjanji kepada anda hari ini bahawa Roh Kudus akan membimbing anda untuk mencari pelayanan yang Tuhan ingin anda memberi kepada orang lain untuk Dia. Anda telah merasa oleh Roh bahawa janji mereka adalah dari Tuhan dan bahawa ia benar.

Tuhan mengatakan, “Dan sekarang, sesungguhnya, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, taruhlah kepercayaanmu kepada Roh itu yang menuntun untuk melakukan yang baik—ya, untuk melakukan dengan adil, untuk berjalan dengan rendah hati, untuk menghakimi dengan benar; dan inilah Roh-Ku (A&P 11:12).

Anda mungkin sudah menerima berkat itu pada malam ini. Contohnya, nama atau muka seseorang yang memerlukan mungkin sudah masuk fikiran anda semasa pertemuan ini. Fikiran itu mungkin sekejap sahaja, tetapi kerana apa yang telah anda dengar pada malam ini, anda akan berdoa mengenainya, mempercayai bahawa Tuhan akan memimpin anda untuk melakukan kebaikan yang Dia ingin untuk mereka. Bila doa-doa yang begini menjadi kebiasaan dalam kehidupan anda, anda dan orang lain akan diubah untuk menjadi lebih baik

Perasaan ketiga yang telah anda rasa pada malam ini adalah bahawa anda ingin lebih mendekati Juruselamat. Bahkan budak terkecil yang hadir sudah merasa hakikat jemputan lagu ini: “‘Ikut Aku,’ sabda Yesus. Mari jalan di jejak-Nya.”2

Jadi, dengan perasaan-perasaan itu, hal pertama yang harus anda bertekad melakukan adalah pergi dan melayani, sambil mengetahui bahawa anda tidak pergi seorang diri. Apabila anda pergi untuk menghibur dan melayani sesiapa untuk Juruselamat, Dia menyediakan jalan di hadapan anda. Seperti yang bekas mubaligh-mubaligh yang hadir malam ini akan memberitahu anda, ajaran itu tidak bermaksud bahawa setiap orang di belakang setiap pintu sudah bersedia untuk menerima anda atau bahawa setiap orang yang anda cuba melayani akan berterima kasih kepada anda. Tetapi Tuhan akan pergi di hadapan muka anda untuk menyediakan jalan.

Kerap kali Presiden Thomas S. Monson telah berkata bahawa dia mengetahui hakikat janji Tuhan: “Dan barangsiapa menerimamu, di sana Aku akan berada juga, kerana Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada pada sisi kananmu dan pada sisi kirimu, dan Roh-Ku akan berada dalam hatimu, dan para malaikat-Ku di sekitarmu, untuk menopangmu” (A&P 84:88).

Salah satu cara yang Dia pergi di hadapan muka anda adalah dengan menyediakan hati seseorang yang telah Dia minta anda melayani. Dia akan menyediakan hati anda juga.

Anda akan mendapat tahu juga bahawa Tuhan meletakkan para pembantu di sisi anda, di sisi kanan anda, di sisi kiri anda, dan di sekeliling anda. Anda tidak pergi seorang diri untuk melayani orang lain untuk Dia.

Dia telah melakukan itu untuk saya malam ini. Tuhan menyediakan “banyak saksi” (Ibrani 12:1), dalam perkataan dan muzik, untuk bergabung dan memperbesarkan kuasa daripada apa yang Dia ingin saya katakan. Saya perlu memastikan dahulu bahawa bahagian saya sesuai dengan pesanan-Nya. Saya berharap dan berdoa agar anda akan merasa kesyukuran dan kebahagiaan apabila Tuhan meletakkan anda bersama dengan orang lain untuk melayani bagi Dia.

Semasa anda kerap mempunyai pengalaman itu, dan anda pasti akan, anda akan bersenyum dengan kesedaran, seperti yang saya lakukan, apabila kita menyanyi, “Manislah Pekerjaan.”3

Anda akan bersenyum apabila anda membaca ayat suci ini juga: “Dan Raja itu akan menjawab mereka, Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku” (Matius 25:40).

Hal kedua yang harus anda lakukan adalah mengingat Tuhan semasa anda melakukan pelayanan untuk Dia. Tuhan bukan sahaja pergi di hadapan muka kita dan menghantar para malaikat untuk melayani bersama kita, tetapi Dia juga merasa penghiburan yang kita memberikan orang lain seolah-olah kita memberikannya kepada Dia.

Setiap anak perempuan Tuhan yang mendengar dan percaya pesanan-pesanan pertemuan ini akan bertanya, “Apakah yang Tuhan akan ingin saya lakukan untuk membantu Dia memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukanya?” Keadaan setiap saudari adalah unik. Itu benar untuk kumpulan anak perempuan, menantu perempuan, cucu, dan cicit perempuan saya. Kepada mereka, dan kepada semua anak perempuan Bapa Syurgawi, saya mengulangi nasihat bijak Sister Linda K. Burton.

Dia telah meminta anda untuk berdoa dengan iman untuk mengetahui apa yang Tuhan ingin anda lakukan dalam keadaan anda. Selepas itu dia berucap tentang janji penghiburan yang indah yang Tuhan Sendiri memberi kepada perempuan itu yang dikritik kerana dia menyapu kepala-Nya dengan minyak yang mahal sedangkan minyak itu boleh dijual untuk menolong yang miskin.

“Dan Yesus berkata, Biarkanlah dia; mengapa kamu menyusahkan dia? Dia telah melakukan suatu perbuatan yang baik pada-Ku.

“Kerana orang-orang miskin selalu ada padamu, dan kamu dapat menolong mereka bilamana kamu menghendakinya: tetapi Aku tidak akan selalu bersama-sama kamu.

“Dia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya: Tubuh-Ku telah diminyaknya sebagai persiapan untuk penguburan-Ku.

“Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, di mana sahaja injil diberitakan di seluruh dunia, apa yang dilakukannya ini akan disebut juga untuk mengingat dia” (Markus 14:6–9).

Ayat suci pendek itu merupakan nasihat yang manis dan bijak untuk saudari-saudari beriman di kerajaan Tuhan pada masa yang penuh pergolakan. Anda akan berdoa untuk mengetahui siapa yang Bapa ingin anda melayani kerana kasih anda kepada-Nya dan kepada Juruselamat kita. Dan anda tidak akan mengharapkan sebuah tugu peringatan awam, mengikuti contoh perempuan itu dalam cerita tulisan suci, yang perbuatannya yang kudus untuk menghormati Juruselamat dunia diperingati tetapi bukan namanya.

Harapan saya adalah supaya saudari-saudari dalam keluarga kami akan melakukan sedaya upaya mereka kerana kasih mereka kepada Tuhan dan melayani orang yang memerlukan. Dan hal ketiga yang saya harap mereka akan melakukan adalah untuk merendah diri mereka secara peribadi selepas perbuatan baik mereka. Tetapi saya akan berdoa agar mereka akan menerima arahan Tuhan, bila Dia mengatakan—yang saya yakin kita semua perlu dengar:

“Ingatlah, jangan kamu melakukan kewajiban agamamu di hadapan orang supaya dilihat mereka: kerana jika demikian, kamu tidak mendapat upah dari Bapamu yang di syurga.”

Selepas itu Dia mengatakan:

“Tetapi jika kamu memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu:

“Hendaklah sedekahmu itu diberikan dengan tersembunyi, maka Bapamu yang melihat dengan tersembunyi akan membalasnya” (Matius 6:1, 3–4).

Doa saya untuk saudari-saudari di kerajaan, di mana sahaja mereka berada atau dalam mana-mana keadaan, adalah supaya iman mereka kepada Juruselamat dan kesyukuran untuk Korban Tebusan-Nya akan membimbing mereka untuk melakukan semua yang dapat mereka lakukan untuk orang yang Tuhan meminta mereka melayani. Semasa mereka melayani, saya berjanji bahawa mereka akan maju dalam iman untuk menjadi para perempuan yang kudus yang Juruselamat dan Bapa Syurgawi kita akan menyambut dengan hangat dan mengganjarinya dengan murah hati.

Saya bersaksi bahawa ini adalah Gereja Yesus Kristus yang telah dibangkitkan. Dia telah bangkit. Dia membayar harga semua dosa kita. Saya tahu bahawa kerana Dia kita akan dibangkitkan dan dapat mempunyai kehidupan abadi. Presiden Thomas S. Monson adalah nabi-Nya yang hidup. Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa kita. Saya bersaksi bahawa kita mendekati Juruselamat apabila kita, kerana kasih suci, melayani orang lain untuk Dia. Dengan demikian saya mengongsi dengan anda kesaksian saya yang pasti dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Ker’na Kudib’ri Banyak” Lagu Rohani, no. 99.

  2. “Ikut Aku,” Lagu Rohani, no. 43.

  3. “Sweet Is the Work,” Hymns, no. 147.