Keluarga-Keluarga yang Abadi
Kewajipan imamat kita ialah untuk meletakkan keluarga kita dan keluarga orang di sekeliling kita pada pusat keprihatinan kita.
Saya bersyukur untuk bersama dengan anda pada malam ini di sesi imamat umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ini merupakan suatu masa yang besar lagi indah dalam sejarah Gereja. Seratus lapan puluh dua tahun yang lalu, pada tahun 1834, di Kirtland, Ohio, semua pemegang imamat dipanggil untuk bertemu bersama di sebuah sekolah kayu yang 14 x 14 kaki (4.2 x 4.2 m) besarnya. Semasa pertemuan itu Nabi Joseph Smith dilaporkan mengatakan: “Kamu tahu tidak lebih mengenai takdir-takdir Gereja dan kerajaan ini daripada seorang bayi di riba ibunya. Kamu tidak memahaminya. … Hanya sedikit Imamat saja yang kamu melihat di sini malam ini, tetapi Gereja ini akan memenuhi Amerika Utara dan Amerika Selatan—ia akan memenuhi bumi.”1
Berjuta-juta pemegang imamat, di lebih daripada 110 negara, telah berkumpul di sesi ini. Mungkin Nabi Joseph telah melihat masa ini dan masa depan yang mulia yang akan datang.
Pesanan saya pada malam ini ialah satu percubaan untuk menggambarkan masa depan itu dan apa yang kita mesti lakukan untuk menyertai rancangan keselamatan yang telah Bapa Syurgawi kita sediakan untuk kita. Sebelum kita dilahirkan, kita hidup dalam sebuah keluarga dengan Bapa Syurgawi kita yang dimuliakan dan abadi. Dia mentahbiskan satu rancangan yang membolehkan kita untuk mara dan maju untuk menjadi seperti Dia. Dia melakukannya kerana kasih sayang-Nya kepada kita. Tujuan rancangan ini ialah untuk membenarkan kita mempunyai hak istimewa untuk hidup selamanya seperti Bapa Syurgawi kita hidupi. Rancangan Injil ini menawarkan kepada kita kehidupan kefanaan di mana kita akan diuji. Satu janji diberikan bahawa melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, jika kita mematuhi perintah-perintah dan tatacara-tatacara imamat Injil, kita akan mempunyai kehidupan abadi, kurnia-Nya yang paling besar.
Kehidupan abadi merupakan jenis kehidupan itu yang Tuhan Bapa kita yang Abadi hidupi. Tuhan telah berkata bahawa tujuan-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia” (Musa 1:39). Oleh itu, tujuan utama setiap pemegang imamat adalah untuk membantu dalam pekerjaan menolong orang untuk naik ke kehidupan abadi.
Setiap usaha imamat dan setiap tatacara imamat diniatkan untuk membantu anak-anak Bapa Syurgawi untuk diubah melalui Korban Tebusan Yesus Kristus untuk menjadi ahli-ahli unit keluarga yang disempurnakan. “Pekerjaan terbesar setiap lelaki adalah untuk percaya kepada Injil, mematuhi perintah-perintah, dan menciptakan dan menyempurnakan sebuah unit keluarga yang abadi,”2 dan untuk menolong orang lain berbuat demikian.
Oleh kerana hal itu benar, perkahwinan selestial harus menjadi tumpuan dan tujuan semua yang kita lakukan. Ini bermaksud bahawa kita mesti berusaha untuk dimeterai kepada seorang pasangan abadi di dalam bait suci Tuhan. Kita juga mesti menggalakkan orang lain untuk membuat dan mengekalkan perjanjian-perjanjian yang mengikat seorang suami dan seorang isteri bersama, dengan keluarga mereka, dalam kehidupan ini dan di dunia yang akan datang.
Mengapakah hal ini harus begitu penting bagi setiap kita—yang tua atau muda, yang deakon atau imam tinggi, yang anak atau ayah? Kerana kewajipan imamat kita ialah untuk meletakkan keluarga kita dan keluarga orang di sekeliling kita pada pusat keprihatinan kita. Setiap keputusan besar harus berdasarkan kesannya pada keluarga untuk melayakkan diri untuk kehidupan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Tidak ada apa-apa dalam pelayanan imamat kita yang sepenting ini.
Biar saya memberitahu anda apa ertinya ini bagi seorang deakon yang sedang mendengar malam ini sebagai seorang ahli unit keluarga dan sebagai ahli kuorum.
Dalam keluarga dia, doa keluarga yang tetap atau malam keluarga mungkin diadakan atau mungkin tidak. Kalau ayah dia, yang menyedari kewajipan-kewajipan ini, memanggil keluarga bersama untuk doa atau pembacaan tulisan suci, deakon itu boleh cepat pergi untuk menyertainya dengan senyuman. Dia boleh menggalakkan adik-beradiknya untuk menyertainya dan memuji mereka apabila mereka ikut. Dia boleh minta berkat daripada ayahnya bila sekolah bermula atau pada masa keperluan yang lain.
Dia mungkin tidak ada ayah yang begitu beriman. Tetapi keinginan hatinya untuk pengalaman-pengalaman itu akan membawa kuasa syurga kepada orang di sekeliling dia kerana iman dia. Mereka akan mencari kehidupan keluarga yang deakon itu inginkan dengan seluruh hatinya.
Seorang pengajar dalam Imamat Harun boleh melihat satu kesempatan untuk membantu Tuhan mengubah kehidupan sebuah keluarga dalam tugasnya mengajar ke rumah. Tuhan mencadangkan itu dalam Ajaran dan Perjanjian:
“Kewajiban pengajar adalah untuk mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka;
“Dan memastikan bahawa tidak ada kederhakaan di dalam gereja, tidak juga perilaku kasar satu sama lain, tidak juga pendustaan, pemfitnahan, tidak juga pembicaraan jahat” (A&P 20:53–54).
Begitu juga, seorang imam dalam Imamat Harun diberi tugas ini:
“Kewajiban imam adalah untuk berkhutbah, mengajar, memaparkan, menggesa, dan membaptis, dan memberkati sakramen,
“Dan mengunjungi rumah masing-masing anggota, dan menggesa mereka untuk berdoa dengan bersuara dan secara rahsia dan melaksanakan segala kewajiban keluarga” (A&P 20:46–47).
Anda mungkin bertanya-tanya, seperti saya sewaktu saya seorang pengajar dan imam yang muda, bagaimana saya dapat menghadapi cabaran-cabaran itu. Pada masa itu saya tidak pasti bagaimana saya dapat menggesa dengan cara yang akan memajukan sesuatu keluarga menuju ke kehidupan abadi tanpa menyinggung atau mengkritik. Saya telah belajar bahawa satu-satunya gesaan yang mengubah hati datang dari Roh Kudus. Ini paling kerap berlaku bila kita mengongsi kesaksian tentang Juruselamat, yang menjadi ahli keluarga yang sempurna. Semasa kita menumpukan perhatian pada kasih sayang kita kepada-Nya, keharmonian dan kedamaian akan berkembang dalam rumah-rumah yang kita kunjungi. Roh Kudus akan bersama kita dalam pelayanan kita kepada keluarga-keluarga.
Seorang pemegang imamat yang muda boleh, dengan cara dia berdoa, dengan cara dia bercakap, dan dengan cara dia menggalakkan ahli-ahli keluarga, membawa pengaruh dan teladan Juruselamat kepada minda dan hati mereka.
Seorang pemimpin imamat yang bijak menunjukkan kepada saya bahawa dia memahami itu. Dia minta anak saya yang muda untuk memimpin dalam satu kunjungan mengajar ke rumah. Dia berkata bahawa keluarga itu mungkin akan menolak gesaannya, tetapi dia berfikir bahawa pengajaran dan kesaksian sederhana dari seorang budak mungkin lebih berkesan menembusi hati mereka yang dikeraskan.
Apakah yang seorang elder muda dapat melakukan untuk membantu dalam penciptaan keluarga-keluarga yang abadi? Dia mungkin tidak lama lagi akan melayani misi. Dia boleh berdoa dengan seluruh hatinya supaya dia akan dapat mencari, mengajar, dan membaptis keluarga-keluarga. Saya masih ingat seorang pemuda kacak dengan isterinya yang cantik dan dua anak perempuan mereka yang cantik sedang duduk dengan saya dan rakan mubaligh saya pada satu hari. Roh Kudus datang dan bersaksi kepada mereka bahawa Injil Yesus Kristus telah dipulihkan. Mereka percaya sehingga mereka minta kami untuk memberi berkat kepada dua anak mereka, seperti yang telah mereka lihat di satu pertemuan sakramen. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk anak-anak mereka diberkati, tetapi mereka belum faham bahawa berkat-berkat yang lebih tinggi terdapat hanya di dalam bait suci-bait suci Tuhan setelah mereka membuat perjanjian.
Saya masih rasa kesakitan hati berfikir tentang pasangan itu dan dua anak kecil itu, pasti sudah tua, tanpa janji sebuah keluarga yang abadi. Ibu bapa mereka sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kefahaman tentang berkat-berkat yang boleh didapati untuk mereka. Harapan saya adalah bahawa mereka, dengan apa cara sekalipun, masih boleh mempunyai kesempatan untuk melayakkan diri mereka untuk menjadi keluarga yang abadi.
Elder-elder lain yang akan melayani misi akan mempunyai pengalaman yang lebih gembira seperti anak saya Matthew. Dia dan rakannya menjumpai seorang balu dengan 11 anak yang hidup dalam keadaan yang susah. Anak saya ingin untuk mereka apa yang anda ingin—untuk mempunyai keluarga yang abadi. Bagi anak saya, keinginan ini nampak mustahil atau sekurang-kurangnya tidak besar kemungkinan pada masa itu.
Saya melawati kota kecil itu bertahun-tahun selepas anak saya membaptis balu itu, dan balu itu menjemput saya untuk jumpa keluarga dia di gereja. Saya perlu tunggu seketika kerana kebanyakan anak-anaknya, dengan banyak cucunya, datang dari beberapa bangunan gereja yang lain di kawasan itu. Salah satu anak lelaki melayani dengan setia dalam satu lembaga uskup, dan banyak anak dia telah diberkati oleh perjanjian-perjanjian bait suci, dan dia dimeterai dalam sebuah keluarga yang abadi. Bila saya berpisah dari saudari yang sungguh baik ini, dia berpeluk dengan saya (dia sangat pendek, dan dia hampir tidak sampai ke pinggang saya) dan berkata, “Tolong, suruh Mateo balik ke Chile sebelum saya meninggal.” Dia telah diberikan, kerana elder-elder yang beriman itu, harapan gembira akan kurnia Tuhan yang paling besar.
Ada hal-hal yang seorang elder, apabila dia balik dari misinya, mesti lakukan untuk mengekalkan tekadnya untuk mencari kehidupan abadi bagi dirinya sendiri dan bagi mereka yang dia sayangi. Tidak ada tekad yang lebih penting dalam masa atau dalam keabadian daripada perkahwinan. Anda telah mendengar nasihat yang bijak untuk mengutamakan perkahwinan dalam rancangan awal selepas misi. Seorang pemegang imamat yang beriman akan melakukannya dengan bijak.
Dalam mempertimbangkan perkahwinan, dia akan melihat bahawa dia sedang memilih orang tua anak-anaknya dan warisan mereka. Dia akan membuat pilihan itu dengan pencarian yang bersungguh-sungguh dan dengan pertimbangan yang penuh doa. Dia akan memastikan bahawa orang yang berkahwin dengan dia mempunyai ideal-ideal yang sama untuk keluarga dan bahawa dia mempunyai keyakinan-keyakinan yang sama dalam tujuan Tuhan untuk perkahwinan, dan bahawa dia merupakan seorang yang kepadanya dia dapat mempercayakan kegembiraan anak-anaknya.
Presiden N. Eldon Tanner memberi nasihat yang bijak ini: “Ibu bapa yang harus anda menghormati ialah ibu bapa kepada bakal anak-anak anda. Anak-anak itu berhak mendapat ibu bapa terbaik yang dapat anda memberikan mereka—ibu bapa yang murni.”3 Kemurnian akan menjadi perlindungan anda dan perlindungan anak-anak anda. Anda berhutang berkat itu kepada mereka.
Pada malam ini ada suami-suami dan bapa-bapa yang sedang mendengar. Apakah yang dapat anda lakukan? Harapan saya ialah supaya keinginan anda telah meningkat untuk membuat perubahan-perubahan yang perlu untuk anda dan keluarga anda hidup di kerajaan Selestial pada suatu hari nanti. Sebagai seorang bapa imamat, dengan isteri anda di sisi anda, anda dapat menyentuh hati setiap ahli keluarga untuk menggalakkan mereka untuk menanti hari yang akan datang itu. Anda akan menghadiri pertemuan-pertemuan sakramen dengan keluarga anda, anda akan mengadakan pertemuan keluarga di mana Roh Kudus dijemput, anda akan berdoa dengan isteri anda dan keluarga anda, dan anda akan mempersiapkan diri anda untuk mengambil keluarga anda ke bait suci. Anda akan maju bersama mereka di jalan ke sebuah rumah keluarga yang abadi.
Anda akan memperlakukan isteri dan anak-anak anda dengan cara yang Bapa Syurgawi telah memperlakukan anda. Anda akan ikut teladan dan arahan Juruselamat untuk memimpin keluarga anda dalam cara-Nya.
“Tidak ada kuasa atau pengaruh dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kebajikan imamat, kecuali dengan pujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemahlembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat;
“Dengan kebaikan hati, dan pengetahuan yang murni, yang akan teramat memperluas jiwa tanpa kemunafikan, dan tanpa tipu daya—
“Menegur pada waktunya dengan ketajaman, ketika digerakkan oleh Roh Kudus; dan kemudian memperlihatkan sesudahnya peningkatan kasih terhadap dia yang telah kamu tegur, agar jangan dia menganggap kamu sebagai musuhnya” (A&P 121:41–43).
Tuhan telah memberitahu para bapa imamat jenis suami apa yang harus mereka menjadi. Dia mengatakan, “Kamu hendaknya mengasihi isterimu dengan segenap hatimu, dan hendaknya mengikatkan diri kepadanya dan bukan kepada yang lain” (A&P 42:22). Apabila Tuhan berucap kepada kedua-dua suami dan isteri, Dia memerintah, “Janganlah kamu … berbuat zina, … tidak juga melakukan apa pun yang seperti itu” (A&P 59:6).
Untuk para remaja, Tuhan telah menentukan standard. “Anak-anak, taatilah orang tuamu dalam segala hal, kerana itulah yang indah bagi Tuhan” (Kolose 3:20), dan “hormatilah ayahmu dan ibumu” (Keluaran 20:12).
Apabila Tuhan berucap kepada seluruh keluarga, nasihat-Nya adalah untuk saling mengasihi dan menyokong.
Dia meminta kita untuk “berusaha menyempurnakan kehidupan setiap [ahli keluarga]; [untuk] memperkuatkan yang lemah; menyelamatkan orang dikasihi yang sesat, dan bergembira dalam kekuatan rohani mereka yang telah diperbaharui.”4
Tuhan juga minta agar kita melakukan semua yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka daripada kaum kita yang telah meninggal supaya mereka boleh bersama dengan kita di rumah abadi kita.
Seorang pemimpin kumpulan imamat agung yang telah bekerja dengan rajin untuk tolong orang mencari nenek moyang mereka dan mengambil nama-nama ke bait suci sedang menyelamatkan mereka yang telah hidup dan mati dahulu. Terima kasih akan diucapkan banyak di dunia yang akan datang kepada para imam tinggi itu, dan kepada mereka yang memberikan tatacara-tatacara Injil itu, kerana mereka tidak melupakan keluarga mereka yang sedang menunggu di dunia roh.
Para nabi telah mengatakan: “Pekerjaan Tuhan yang paling penting yang anda akan pernah melakukan adalah pekerjaan yang anda lakukan di rumah anda sendiri. Mengajar ke rumah, kerja lembaga uskup, dan tugas-tugas Gereja yang lain semuanya penting, tetapi pekerjaan yang paling penting berlaku di rumah anda sendiri.”5
Di dalam rumah kita, dan dalam pelayanan imamat kita, nilai terbesar akan berada dalam tindakan kecil yang membantu kita dan orang yang kita kasihi berusaha maju ke kehidupan abadi. Tindakan-tindakan itu mungkin nampak kecil, tetapi tindakan-tindakan itu akan membawa berkat-berkat yang kekal dalam keabadian.
Bila kita setia dalam pelayanan kita untuk membantu anak-anak Bapa Syurgawi balik kepada-Nya, kita akan melayakkan diri kita untuk sambutan yang kita semua ingin mendengar apabila kita habis pelayanan kita di bumi. Inilah kata-kata itu: “Baik sekali perbuatanmu itu, hai hambaku yang baik dan setia: kamu telah setia dalam perkara kecil, aku akan memberikan kepadamu tanggungjawab dalam perkara yang besar: masuklah dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu” (Matius 25:21).
Antara “perkara besar” itu terdapat janji keturunan yang tidak berakhiran. Doa saya adalah supaya kita semua boleh melayakkan diri kita dan menolong orang lain melayakkan diri mereka untuk berkat ilahi itu di dalam rumah Bapa kita dan Putera-Nya yang Dikasihi, Yesus Kristus. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.