Pilihan-pilihan
Semoga kita pilih perkara yang betul dan susah dan bukan perkara yang salah dan mudah.
Saudara saudari, sebelum saya mulakan pesanan formal saya hari ini, saya hendak mengumumkan empat bait suci baru yang akan dibina di lokasi-lokasi berikut: Quito, Ecuador; Harare, Zimbabwe; Belem, Btazil; dan bait suci kedua di Lima, Peru.
Pada masa saya menjadi ahli Kuorum Dua Belas Rasul pada tahun 1963, hanya ada 12 bait suci dalam seluruh Gereja. Dengan pembaktian Bait Suci Provo City Center dua minggu lalu, sekarang kita ada 150 bait suci beroperasi di seluruh dunia. Betapa syukur kita rasa demi berkat-berkat yang kita terima dalam rumah-rumah kudus ini.
Sekarang, saudara dan saudari, saya ingin mengucapkan kesyukuran demi peluang untuk mengongsikan beberapa fikiran dengan anda pagi ini.
Saya banyak memikirkan tentang pilihan baru-baru ini. Kejadian yang kecil boleh ada kesan yang besar dalam sejarah, begitu juga kehidupan orang. Pilihan kita memutuskan destinasi kita.
Apabila kita tinggalkan kewujudan prafana dan masuk ke kefanaan, kita bawa bersama kita kurnia hak pilihan. Matlamat kita adalah untuk memperolehi kemuliaan selestial, dan pilihan yang kita buat, kebanyakannya, akan memutuskan sama ada kita mencapai matlamat kita atau tidak.
Kebanyakan anda tahu tentang novel klasik Alice’s Adventures in Wonderland (Pengembara Alice Di Alam Ajaib). Anda ingat apabila dia sampai ke satu persimpangan dua jalan, setiap jalan itu menuju ke arah yang bertentangan. Semasa dia merenungkan jalan manakah yang harus dia ikut, dia berhadapan dengan Kucing Cheshire, dan Alice tanya dia, “Jalan manakah harus saya ikut?”
Kucing itu jawab, “Itu bergantung pada ke manakah anda mahu pergi. Jika anda tidak tahu mana anda mahu pergi, adalah tidak penting apa jalan anda pilih.”1
Tidak seperti Alice, kita tahu ke mana kita mahu pergi, dan adalah penting bagi kita arah manakah yang kita pergi, kerana jalan yang kita ikut menuju ke destinasi kita dalam kehidupan akan datang.
Semoga kita pilih untuk membina dalam diri kita satu iman yang besar dan berkuasa yang akan menjadi pertahanan kita yang paling besar untuk menentang rancangan musuh—satu iman yang benar, iman yang boleh mendukung dan menyokong hasrat kita untuk memilih yang betul. Tanpa iman ini, kita tidak akan mencapai apa-apa pun. Dengan iman ini, kita boleh mencapai matlamat kita.
Walaupun adalah mustahak bagi kita untuk memilih dengan bijaksana, ada masa kita akan buat pilihan yang bodoh. Kurnia pertaubatan, yang disediakan oleh Juruselamat, membolehkan kita untuk mengubah kehidupan kita, supaya kita boleh pulang ke jalan yang akan membimbing kita ke kemuliaan selestial yang kita carikan.
Semoga kita berani untuk menentang sepertujuan. Semoga kita pilih perkara yang betul dan susah dan bukan perkara yang salah dan mudah.
Ketika kita merenungkan keputusan-keputusan yang kita buat setiap hari—apa-apa pun keputusan itu—jika kita pilih Kristus, kita buat pilihan yang betul.
Ini ialah doa saya yang rendah hati dalam nama Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita, amin.