Carilah Kamu dari Buku-buku Terbaik
Apabila kita belajar dari buku-buku yang terbaik, kita melindungi diri kita dari rahang mengancam yang berusaha untuk makan akar rohani kita.
Pada satu pagi, saya ternampak ulat bulu yang lapar dan menyamar dengan rumpun bunga ros yang cantik. Beberapa pucuk yang tidak berdaun itu menunjukkan dengan jelas bahawa ulat bulu itu makan daun lembut dengan rahangnya dengan ancaman. Secara metafora, saya terfikir bahawa ada beberapa orang seperti ulat bulu ini; mereka ditemui di seluruh dunia tetapi ia sangat bijak menyamar sehingga kita mungkin membiarkan mereka masuk ke hidup kita, dan sebelum kita tahu, mereka telah memakan akar-akar rohani kita dan ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Kita hidup dalam hari di mana maklumat salah tentang kepercayaan kita merajalela. Pada masa seperti ini, kegagalan untuk melindungi dan memperkuatkan akar rohani kita adalah suatu jemputan untuk mereka dimakan oleh mereka yang berusaha menghancurkan iman kita dalam Kristus dan kepercayaan kita dalam Gereja yang dipulihkan-Nya. Dalam masa Kitab Mormon, adalah Zeezrom yang berusaha menghancurkan iman orang-orang yang percaya.
Tindakan dan percakapannya merupakan “jerat musuh, yang telah dia …pasangkan untuk menangkap orang, agar dia boleh membawa [mereka] ke dalam kekuasaan kepadanya, agar dia boleh mengelilingi [mereka] dengan rantainya” (Alma 12:6). Jerat yang sama wujud hari ini, dan melainkan jika kita berhati-hati secara rohani dan membina asas yang pasti pada Penebus kita (lihat Helaman 5:12), kita mungkin mendapati diri kita terikat dengan rantai Setan dan dipimpin dengan teliti ke jalan dilarang yang disebut dalam Kitab Mormon (lihat 1 Nefi 8:28).
Rasul Paulus memberi amaran pada zamannya yang dapat digunakan untuk masa kita: “Aku tahu bahawa, … beberapa orang di kalangan kamu sendiri akan memberitakan berita yang tidak betul untuk menyesatkan pengikut Yesus sehingga mengikut mereka” (Kisah Rasul-Rasul 20:29–30).
Amarannya dan para nabi serta rasul kita mengingatkan kita bahawa kita mesti melakukan segala yang kita mampu untuk memperkuatkan diri kita secara rohani terhadap kata-kata pertentangan dan penipuan. Ketika saya melawat bahagian dan pancang Gereja, saya kagum dengan apa yang saya lihat, dengar, dan rasa sebagai Orang Suci secara positif dan beriman bertindak balas kepada ajaran Juruselamat dan hamba-Nya.
Peningkatan dalam menghormati hari Sabat adalah satu contoh ahli memperkuatkan diri dengan mengendahkan jemputan nabi. Pengukuhan lebih lanjut dibuktikan dalam peningkatan kerja bait suci dan sejarah keluarga apabila keluarga mengumpulkan moyang mereka melalui tatacara bait suci. Akar rohani kita jadi kuat apabila doa peribadi dan keluarga yang ikhlas menjadi benteng iman kita dan apabila kita bertaubat setiap hari, mencari penemanan Roh Kudus, dan belajar tentang Juruselamat kita dan sifat-Nya serta berusaha untuk menjadi seperti Dia (lihat 3 Nefi 27:27).
Juruselamat kita, Yesus Kristus, adalah Cahaya Dunia, dan Dia menjemput kita mengikuti Dia. Kita harus melihat kepada-Nya setiap saat dan terutamanya jika terdapat percubaan yang sukar dan perasaan keraguan dan ketidakpastian, datang dengan cepat. Sekiranya jari menunjuk dari “di sebelah lain sungai berair itu, [di mana] sebuah bangunan besar dan lapang [berdiri]” (1 Nefi 8:26) kelihatan seperti ditujukan kepada anda dalam sikap mengejek, merendahkan, dan menjemput, saya meminta agar anda segera berpaling supaya anda tidak dipujuk dengan cara yang licik untuk memisahkan diri anda dari kebenaran dan berkatnya.
Walaupun, itu sahaja tidak cukup pada hari ini apabila perkara bantah dituturkan, ditulis, dan digambarkan. Elder Robert D. Hales mengajarkan kita, ”Melainkan anda benar-benar terlibat dalam menjalani injil—hidup dengan segenap ‘hati, daya, fikiran dan kekuatan’ anda—anda tidak boleh menghasilkan cahaya rohani yang cukup untuk menolak kegelapan” (“Out of Darkness into His Marvelous Light,” Liahona, Julai 2002, 78). Keinginan kita untuk mengikuti Kristus, yang merupakan cahaya dunia (lihat Yohanes 8:12), bermaksud kita mesti bertindak mengikut ajaran-Nya Kita diperkuat, diperkukuhkan, dan dilindungi secara rohani ketika kita bertindak atas firman Tuhan.
Semakin besar cahaya dalam kehidupan kita, semakin sedikit keraguan kita. Bagaimanapun, walaupun dalam banyak cahaya, kita terdedah kepada orang dan komen yang menyalahgambarkan kepercayaan kita dan mencuba iman kita. Rasul Yakobus menulis bahawa “percubaan iman [kita] membuat kesabaran” (Yakobus 1:3). Dengan persepsi ini, Elder Neal A. Maxwell mengajarkan, ”Pengikut yang sabar … tidak akan terkejut atau dirosakkan apabila Gereja disalahgambarkan” (“Patience” [Brigham Young University devotional, Nov. 27, 1979], speeches.byu.edu).
Soalan tentang sejarah dan kepercayaan Gereja kita akan timbul. Di mana kita pergi untuk mencari jawapan yang betul memerlukan perhatian yang baik. Tiada apa-apa yang boleh diperolehi dalam meneroka pandangan dan pendapat orang kurang pengetahuan atau tidak berpuas hati. Nasihat yang terbaik diberikan oleh Rasul Yakobus: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan” (Yakobus 1:5).
Bertanya Tuhan harus didahului dengan kajian yang teliti, kerana kita berada di bawah mandat rohani untuk mencari “buku-buku terbaik kata-kata kebijaksanaan” dan “upayakanlah pembelajaran, bahkan melalui penelaahan dan juga melalui iman” (A&P 88:118). Terdapat banyak buku sebegini, yang ditulis oleh para pemimpin Gereja yang diilhamkan oleh syurga dan para sarjana sejarah dan ajaran Gereja yang diiktiraf, selamat, dan dipercayai. Dengan kata itu, tidak ada yang melampaui keagungan perkataan Tuhan yang diungkapkan dalam tulisan suci rasmi gereja. Dari muka surat yang nipis dengan pemahaman rohani tebal, kita mempelajari kebenaran melalui Roh Kudus dan itu meningkatkan cahaya.
Presiden Thomas S. Monson memohon kita semua “mengkaji dengan doa dan merenungkan Kitab Mormon setiap hari.” (“Kuasa Kitab Mormon,” Liahona, Mei 2017, 87).
Beberapa tahun yang lalu, semasa saya sedang melayani sebagai presiden Misi Fiji Suva, beberapa penginjil mempunyai pengalaman yang memperkuat mereka dalam kuasa bertukar hati Kitab Mormon. Pada satu hari yang panas, dua orang Elder berjalan di jalan berdebu dan tiba di sebuah rumah di sebuah penempatan kecil di Labasa.
Ketukan di pintu itu dijawab oleh seorang lelaki tua yang mendengar ketika para penginjil bersaksi tentang kebenaran Kitab Mormon. Mereka memberinya satu salinan dan menjemputnya membaca dan berdoa untuk mengetahui, seperti mereka, bahawa itu adalah firman Tuhan. Jawapannya ringkas: “Esok saya kembali memancing. Saya akan membacanya ketika di laut, dan apabila saya kembali, kamu boleh melawat saya lagi.”
Semasa dia di laut, pemindahan dibuat, dan beberapa minggu kemudian, Elder dengan rakan baru kembali melawat nelayan itu. Pada masa ini dia telah membaca keseluruhan Kitab Mormon, telah menerima pengesahan tentang kebenarannya, dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
Lelaki ini telah bertukar hati oleh Roh Kudus, yang menyaksi kebenaran firman berharga di setiap halaman tentang peristiwa dan ajaran yang diajarkan dahulu dan dipelihara untuk zaman kita di dalam Kitab Mormon. Berkat yang sama juga tersedia untuk setiap kita.
Rumah adalah tempat yang ideal untuk keluarga belajar dan berkongsi pandangan berharga dari kitab suci dan kata-kata nabi hidup dan untuk mendapat bahan Gereja di LDS.org. Di sana anda akan mendapat banyak maklumat tentang topik injil seperti laporan Penglihatan Pertama. Apabila kita belajar dari buku-buku yang terbaik, kita melindungi diri kita dari rahang mengancam yang berusaha untuk makan akar rohani kita.
Dengan semua doa, kajian, dan renungan kita, masih ada beberapa soalan yang belum dijawab, tetapi kita tidak boleh membiarkannya memadamkan iman yang berkembang di dalam diri kita. Persoalan begitu itu adalah jemputan untuk membina iman kita dan tidak seharusnya membina keraguan. Ia adalah intipati agama untuk tidak mempunyai jawapan yang pasti kepada setiap soalan, kerana ini adalah salah satu tujuan iman. Berkenaan itu, Elder Jeffrey R. Holland telah mengajarkan kita bahawa “ketika masa itu datang dan isu-isu mula timbul, penyelesaian tidak segera datang, berpegang teguh pada apa yang sudah anda tahu dan bertahan kuat sehingga pengetahuan tambahan datang” (“Lord, I Believe,” Liahona, Mei 2013, 94).
Kita melihat sekeliling kita kegembiraan orang ramai yang berdiri teguh dengan terus menjaga akar rohani mereka. Iman dan kepatuhan mereka sudah mencukupi untuk memberi mereka harapan besar dalam Juruselamat mereka, dan dari itu menjadi kebahagiaan yang besar. Mereka tidak mengaku untuk mengetahui segalanya, tetapi mereka telah membayar harga untuk mengetahui cukup untuk mendapatkan kedamaian dan hidup dengan kesabaran kerana mereka berusaha untuk mengetahui lebih lanjut. Baris demi baris, iman mereka disemai dalam Kristus, dan mereka berdiri teguh sebagai sesama warga dengan Orang Suci.
Marilah setiap kita hidup supaya rahang ancaman ulat bulu yang menyamar itu tidak berada di dalam hidup kita supaya kita tetap “teguh dalam iman kepada Kristus, bahkan sampai akhir” (Alma 27:27). Dalam nama Yesus Kristus, amin