Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13: Joseph Smith—Sejarah 1:66–75: “Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”


“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75: ‘Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Sungai Susquehanna

8–14 Februari

Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

“Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”

Joseph Smith dan Oliver Cowdery menerima pengetahuan tambahan ketika mereka berdoa tentang kebenaran yang mereka pelajari dalam tulisan suci (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:68). Bagaimana anda akan mengikuti teladan mereka?

Mencatat Tanggapan Anda

Kebanyakan orang di seluruh dunia mungkin tidak pernah mendengar tentang tempat yang dipanggil Harmony, Pennsylvania. Tetapi Tuhan sering memilih lokasi yang tidak diketahui ramai untuk peristiwa yang paling penting di dalam kerajaan-Nya. Di kawasan hutan berhampiran Harmony pada 15 Mei 1829, Yohanes Pembaptis muncul sebagai makhluk yang dibangkitkan kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery. Dia meletakkan tangannya di atas kepala mereka dan mengurniakan Imamat Harun kepada mereka, memanggil mereka “para hamba sesamaku” (Ajaran dan Perjanjian 13:1).

Untuk dianggap sebagai hamba sesama dengan Yohanes Pembaptis, yang membaptis Juruselamat dan mempersiapkan jalan untuk kedatangan-Nya (lihat Matius 3:1–6, 13–17), pastinya telah merendahkan, mungkin juga menggembirakan kedua orang muda ini yang berada dalam usia dua puluhan mereka. Pada masa itu, Joseph dan Oliver tidak dikenali sama seperti Harmony. Tetapi dalam pelayanan pekerjaan Tuhan selalu mengenai cara kita melayani, bukan tentang siapa yang menyedari. Walaupun kecil atau tidak kelihatan pun sumbangan anda, anda juga adalah hamba sesama dalam pekerjaan besar Tuhan.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 12

Tuhan mahu saya membantu menegakkan tujuan Sion.

Joseph Knight Sr. dan isterinya, Polly, bertemu dengan Joseph Smith ketika berusia 20 tahun, dia mulai bekerja di ladang mereka di Colesville, New York. Joseph Knight menggambarkan dia [Joseph Smith] sebagai pekerja terbaik yang pernah ada. Dia percaya akan kesaksian Joseph Smith mengenai kepingan-kepingan emas dan membawa Polly untuk melawat Joseph Smith ketika dia menterjemahkan Kitab Mormon di rumahnya di Harmony, Pennsylvania. Polly segera percaya. Sepanjang kehidupan mereka, Joseph dan Polly tetap setia kepada injil yang dipulihkan. Lebih dari 60 ahli keluarga Knight menyertai dan membantu menubuhkan Gereja di New York, Ohio, Missouri, Nauvoo, dan akhirnya Salt Lake City.

Joseph Knight ingin tahu bagaimana dia boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan. Jawapan Tuhan (kini Ajaran dan Perjanjian 12) diguna kepada “semua yang memiliki hasrat untuk mewujudkan dan menegakkan pekerjaan ini” (ayat 7)—termasuklah anda. Apa ertinya bagi anda “untuk mewujudkan dan menegakkan tujuan Sion”? (ayat 6). Bagaimanakah asas dan sifat dalam ayat 7–9 membantu anda melakukan ini?

Lihat juga “The Knight and Whitmer Families,” Revelations in Context, 20–24.

Ajaran dan Perjanjian 13

Imamat Harun dipulihkan oleh Yohanes Pembaptis.

Dalam satu ayat saja, Yohanes Pembaptis mendedahkan banyak kebenaran tentang Imamat Harun. Pertimbangkan untuk menyenaraikan semua yang anda pelajari dari bahagian ini (termasuk dari pengenalan bahagian). Mungkin membantu untuk anda mengkaji beberapa ayat yang anda temui. Di sini adalah beberapa contoh untuk anda bermula:

Apakah berkat yang telah anda terima melalui tatacara Imamat Harun?

Imej
Joseph Smith membaptiskan Oliver Cowdery

Joseph Smith membaptiskan Oliver Cowdery, oleh Del Parson

Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

Tatacara memberi saya akses kepada kuasa Tuhan.

Sister Carole M. Stephens, bekas penasihat dalam Presidensi Lembaga Pertolongan, mengajar: “Perjanjian dan tatacara keimamatan memberi peluang untuk memperoleh bekat penuh yang dijanjikan kepada kita oleh Tuhan, dan yang diboleh mungkinkan oleh Korban tebusan Juruselamat. Ia memperlengkapi anak-anak Tuhan dengan kuasa, kuasa Tuhan, dan memberi kita peluang untuk menerima kehidupan abadi” (“Tahukah Kita Apa Yang Kita Miliki?Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 12).

Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:66–75, termasuklah nota di hujung ayat 71, pertimbangkan apa yang telah mengilhami Joseph dan Oliver untuk bertanya tentang pembaptisan, dan perhatikan berkat yang datang kepada mereka selepas mengambil bahagian dalam tatacara keimamatan. Pertimbangkan untuk membaca jurnal yang anda tulis selepas menerima tatacara atau mencatat kenangan anda terhadap peristiwa tersebut. Berkat apa yang anda terima melalui tatacara keimamatan?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 84:20–22; Saints, 1:65–68.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 12:8.Mengapakah ciri-ciri yang disenaraikan dalam ayat ini perlu apabila kita melakukan pekerjaan Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 13.Apakah yang boleh membina iman keluarga anda terhadap pemulihan Imamat Harun? Karya seni yang disertakan dalam rangka panduan ini dapat membantu keluarga anda menggambarkan pemulihan Imamat Harun. Adakah mereka akan menikmati lukisan gambar peristiwa itu, berdasarkan apa yang mereka baca dalam Joseph Smith—Sejarah 1:68–74? Mereka juga boleh berkongsi kesaksian mereka tentang kuasa imamat dalam kehidupan mereka.

Joseph Smith—Sejarah 1:68.Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh Joseph Smith dan Oliver Cowdery untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kita? Mungkin semasa anda membaca bersama, anda boleh menjadikan ia tabiat untuk kerap berhenti sejenak dan bertanya jika sesiapa mempunyai soalan tentang apa yang mereka baca.

Joseph Smith—Sejarah 1:71, nota.Apakah yang mengagumkan ahli keluarga anda tentang kata-kata Oliver Cowdery? Apakah sebahagian daripada “hari-hari yang tidak pernah dilupai” oleh keluarga anda?

Joseph Smith—Sejarah 1:73–74.Apakah pengaruh Roh Kudus terhadap Joseph dan Oliver? Bilakah Roh telah membantu keluarga anda memahami tulisan suci dan bersukacita di dalam Tuhan?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Imamat T’lah Dipulihkan,” Buku Nyanyian Anak-anak, 60.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kaji satu topik. Sebagai sebuah keluarga, pilih satu topik yang anda ingin kaji dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, minggu ini anda mungkin menggunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencari tulisan suci tentang Imamat Harun.

Imej
Yohanes Pembaptis menganugerahkan Imamat Harun kepada Joseph Smith

Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku, oleh Linda Curley Christensen

Cetak