Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19: “Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”


“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19: ‘Nilai Semua Jiwa Adalah Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
ladang Martin Harris

Ladang Martin Harris, oleh Al Rounds

22–28 Februari

Ajaran dan Perjanjian 18–19

“Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”

Wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian diberikan sebagai tindak balas kepada keadaan tertentu hampir 200 tahun yang lalu, tetapi asas-asas yang ia ajarkan tidak ada had masanya. Carilah asas-asas ini semasa anda baca, dan pertimbangkan bagaimana ia digunakan untuk anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Martin dan Lucy Harris mempunyai salah satu ladang terbaik di Palmyra, New York. Ia telah mengambil masa bertahun-tahun untuk diperoleh, [ladang itu] telah membolehkan mereka membesarkan keluarga, dan telah memberi mereka kedudukan yang baik dalam masyarakat. Tetapi pada tahun 1829 ia menjadi jelas bahawa Kitab Mormon boleh diterbitkan hanya jika Martin menggadai ladangnya untuk membayar pencetakan. Martin mempunyai kesaksian tentang Kitab Mormon, tetapi Lucy tidak. Jika Martin meneruskan untuk menggadai dan Kitab Mormon tidak dijual dengan baik, dia akan kehilangan ladangnya dan membahayakan perkahwinannya. Pada suatu masa atau yang lain, kita semua menghadapi soalan yang sama seperti yang dihadapi oleh Martin: Apakah nilai injil Yesus Kristus kepada saya? Apakah yang saya sanggup korbankan untuk membantu membina kerajaan Tuhan? Ini boleh membantu kita mengingati bahawa tiada siapa yang pernah membayar harga yang lebih tinggi untuk memberkati anak-anak Tuhan daripada Yesus Kristus, “yang terbesar daripada semuanya” (Ajaran dan Perjanjian 19:18).

Martin membuat keputusan untuk menggadaikan kebunnya. Dia berkorban untuk membayar pencetakan 5000 salinan pertama Kitab Mormon. Dan sekarang, lebih daripada 190 juta salinan kemudian, berjuta-juta jiwa di seluruh dunia telah diberkati.

Untuk maklumat lanjut mengenai penerbitan Kitab Mormon, lihat Saints, 1:76–84.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 18:10–16

Tuhan bersukacita apabila kita bertaubat.

Perhatikan seberapa sering perkataan bertaubat dan pertaubatan digunakan di sepanjang Ajaran dan Perjanjian 18 dan 19, dan renungkan apa yang anda pelajari dari kata-kata ini setiap kali ia digunakan. Pertimbangkan terutamanya Ajaran dan Perjanjian 18:10–16; bagaimana ayat-ayat ini mempengaruhi perasaan anda tentang pertaubatan—pertaubatan anda sendiri dan kewajipan untuk menjemput orang lain untuk bertaubat?

Lihat juga Alma 36:18–21; Dale G. Renlund, “Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 121–24.

Ajaran dan Perjanjian 18:34–36

Saya dapat mendengar suara Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian.

Jika seseorang bertanya kepada anda bagaimanakah suara Tuhan, apakah yang anda akan katakan? Fikirkan soalan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 18:34–36. Apakah yang anda pelajari mengenai suara Tuhan dari membaca Ajaran dan Perjanjian? Apakah yang boleh anda lakukan untuk mendengar suara-Nya dengan lebih jelas?

Ajaran dan Perjanjian 19:15–20

Yesus Kristus menderita agar saya boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.

Perjanjian Baru menerangkan penderitaan Juruselamat di Getsemani dari perspektif orang yang mengamatinya. Dalam Ajaran dan Perjanjian 19:15–20, Yesus Kristus menceritakan tentang penderitaan-Nya dalam kata-kata-Nya sendiri. Semasa anda membaca laporan kudus dan peribadi ini, carilah perkataan dan ayat yang menggambarkan penderitaan Juruselamat. Pertimbangkan apakah yang setiap perkataan atau ayat yang mengajar anda. Mengapa Juruselamat bersedia untuk menderita? Pertimbangkan mencatatkan perasaan anda tentang Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk anda.

Lihat Yohanes 15:13; Mosia 3:7; Alma 7:11–12; Ajaran dan Perjanjian 18:10–13.

Imej
Yesus memegang budak kecil

Nilai Sebuah Jiwa, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 19:26–27, 34–41

Berkat-berkat Tuhan lebih besar dari kekayaan bumi.

Kitab Mormon tidak dijual dengan baik di Palmyra, dan sebagai akibatnya, Martin Harris harus menjual sebahagian besar ladangnya untuk membayar hutang (lihat “The Contributions of Martin Harris,” Revelations in Context, 7–8). Renungkan pengorbanan itu—dan berkat-berkat yang anda terima kerana itu—semasa anda membaca ayat-ayat ini. Anda mungkin boleh berfikir tentang apa yang Tuhan telah meminta anda untuk korbankan. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang memberi ilham kepada anda untuk membuat pengorbanan dengan “kesukacitaan” dan “kegembiraan”? (Lihat juga ayat 15–20).

Ajaran dan Perjanjian 19:23

Kedamaian datang dari mempelajari tentang Yesus Kristus dan mengikuti Dia.

Pertimbangkan jemputan Juruselamat “Belajarlah daripada-Ku.” Apakah yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dalam Ajaran dan Perjanjian 19? Catat pemikiran anda, dan perhatikan bagaimana kebenaran tentang Juruselamat ini membantu anda menemui kedamaian. Apakah yang maknanya bagi anda untuk “berjalanlah dalam kelembutan hati Roh[-Nya]?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 18:1–5.Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi beberapa “banyak hal” (ayat 2) di mana Roh telah menunjukkan kepada mereka bahawa tulisan suci itu benar, sama seperti yang Dia lakukan untuk Oliver Cowdery. Bagaimanakah keluarga anda boleh “bersandar pada apa yang telah dituliskan” (ayat 3) dalam tulisan suci? Bagaimana anda boleh membina asas keluarga anda di atas “batu” (ayat 4) injil?

Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19.Setiap ahli keluarga boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 18:10–13 dan menggantikan namanya dengan menggantikan kata-kata “jiwa,” “semua jiwa,” dan “semua manusia.” Anda kemudiannya boleh membincangkan bagaimana ayat-ayat ini membantu kita memahami nilai kita bagi Bapa dan Putera (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:16–19).

Ajaran dan Perjanjian 18:21–25.Adakah nama ahli keluarga anda mempunyai makna yang istimewa? Mungkin anda boleh bercakap tentang mengapa nama-nama itu penting dan apa ertinya mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus (lihat Mosia 5:7). Ini boleh menjadi peluang yang baik untuk membantu ahli keluarga bersiap untuk mengambil nama Kristus ke atas diri mereka apabila mereka dibaptiskan.

Ajaran dan Perjanjian 19:15–20.Untuk membantu keluarga anda mempunyai pengalaman yang bermakna terhadap ayat-ayat ini, mungkin anda dapat membacanya sambil mempamerkan gambar Yesus Kristus (yang disertakan dalam garis panduan ini). Ahli keluarga kemudian dapat berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat. Lagu rohani kegemaran tentang Juruselamat juga dapat mengundang Roh.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Tanya soalan. Ajaran dan Perjanjian adalah bukti bahawa soalan membawa kepada wahyu. Semasa anda mengkaji tulisan suci, catatkan soalan yang muncul kepada anda. Kemudian renungkan dan berdoa untuk mencari jawapan.

Imej
Kristus berdoa di Taman Getsemani

Kristus Berdoa di dalam Taman Getsemani, oleh Hermann Clementz

Cetak