Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19: “Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”


“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19: ‘Nilai Semua Jiwa Adalah Besar,’” Ikutlah—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Ladang Martin Harris

Ladang Martin Harris, oleh Al Rounds

22–28 Februari

Ajaran dan Perjanjian 18–19

“Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”

Minta Bapa Syurgawi untuk membantu anda mencari asas dalam Ajaran dan Perjanjian 18–19 yang akan jadi sangat bermakna kepada kanak-kanak.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Baca Ajaran dan Perjanjian 18:2, dan terangkan bahawa Roh membantu Oliver Cowdery mengetahui bahawa tulisan suci itu benar. Beritahu kanak-kanak tentang pengalaman ketika Roh bersaksi kepada anda bahawa tulisan suci itu benar. Biarkan mereka berkongsi pengalaman ketika mereka merasakan bahawa tulisan suci itu benar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 18:10–12

Setiap daripada kita sangat bernilai kepada Tuhan.

Apabila kanak-kanak tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka—dan semua anak-Nya—mereka lebih yakin dan lebih baik hati terhadap orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengulangi dengan anda Ajaran dan Perjanjian 18:10 beberapa kali. Jelaskan bahawa “jiwa” merujuk kepada semua anak Tuhan. Ulangi ayat 10 dengan kanak-kanak, kali ini menggantikan “jiwa” dengan nama kanak-kanak. (Lihat juga halaman aktiviti minggu ini.)

  • Bantu kanak-kanak memikirkan perkara-perkara yang orang anggap bernilai. Kemudian biarkan kanak-kanak mengambil giliran mencari cermin, dan apabila mereka lakukannya, beritahu setiap kanak-kanak bahawa dia adalah anak Tuhan dan sangat bernilai. Bersaksi bahawa kepada Bapa Syurgawi, mereka lebih bernilai dari semua perkara yang mereka fikirkan sebelumnya.

Ajaran dan Perjanjian 18:13–16.

Perkongsian injil membawa kegembiraan yang besar.

Bagaimanakah anda akan mengilhami kanak-kanak untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan mengalami kegembiraan yang besar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak mengenai sesuatu yang membawa anda kegembiraan. Biarkan setiap kanak-kanak memberitahu anda tentang sesuatu yang membawa dia kegembiraan. Baca Ajaran dan Perjanjian 18:13, 16. Apakah yang membawa kegembiraan kepada Tuhan? Apakah yang Dia katakan akan membawa kita kegembiraan?

  • Nyanyi bersama lagu tentang pekerjaan penginjil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90), dan membantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh berkongsi injil, termasuk di rumah mereka sendiri. Ceritakan tentang masa ketika anda berkongsi injil, dan biarkan kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka.

Ajaran dan Perjanjian 19:18–19, 23–24

Yesus Kristus mematuhi Bapa Syurgawi, walaupun pada waktu sukar.

Kerelaan Juruselamat untuk “meminum cawan yang pahit itu, dan [tidak] menarik diri” (ayat 18) adalah contoh kepada kita semua tentang mematuhi kehendak Bapa Syurgawi. Pertimbangkan bagaimana anda akan mengilhami kanak-kanak untuk mengikuti teladan Yesus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk gambar Yesus Kristus sedang menderita di Getsemani (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang apa yang berlaku dalam gambar ini. Ringkaskan dalam kata-kata anda sendiri apa yang Juruselamat katakan dalam Ajaran dan Perjanjian 19:18–19 tentang penderitaan-Nya. Tekankan bahawa penderitaan untuk dosa-dosa kita adalah perkara paling sukar yang pernah dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi kerana Yesus mengasihi Bapa-Nya dan kita, Dia mematuhi kehendak Tuhan. Bagaimanakah kita dapat mematuhi Bapa Syurgawi?

  • Bantu kanak-kanak memikirkan tindakan mudah yang sesuai dengan frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 19:23. Baca ayat itu beberapa kali semasa kanak-kanak melakukan tindakan tersebut. Bantu mereka memikirkan cara kita boleh belajar tentang Kristus dan mendengar firman-Nya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 18:10–12

Setiap daripada kita sangat bernilai kepada Tuhan.

Ramai orang bertarung dengan perasaan rendah harga diri; orang lain tidak baik terhadap orang yang berbeza daripada mereka. Pesanan berkuasa Ajaran dan Perjanjian 18:10 boleh mengubah cara kita melihat diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta setiap kanak-kanak menuliskan namanya pada sekeping kertas dan hulurkan kertas itu di sekeliling bilik. Jemput mereka untuk menulis pada setiap kertas yang mereka terima sesuatu yang mereka suka tentang orang itu. Galakkan mereka untuk bersikap baik hati dan bertimbang rasa dalam komen mereka. Kemudian bantu kanak-kanak baca Ajaran dan Perjanjian 18:10–12, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang bagaimana perasaan Tuhan tentang kita. Jelaskan bahawa kita semua sangat bernilai kepada Tuhan kerana kita adalah anak-Nya.

  • Tunjukkan kanak-kanak sesuatu yang sangat bernilai kepada anda. Bagaimanakah kita memperlakukan sesuatu yang bernilai kepada kita? Minta kanak-kanak untuk baca Ajaran dan Perjanjian 18:10. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan orang lain bahawa “nilai jiwa [mereka] adalah besar” di mata kita?

    Imej
    Yesus memegang budak kecil

    Nilai Satu Jiwa, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 19:16–19

Yesus Kristus telah menderita untuk saya.

Bagaimanakah anda akan menjemput roh ketakziman ke kelas anda supaya Roh Kudus dapat bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Yesus Kristus telah membayar harga untuk dosa-dosa mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita Yesus Kristus menderita untuk dosa-dosa kita (lihat “Chapter 51: Jesus Suffers in the Garden of Gethsemane,” New Testament Stories, 129–32, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk bercerita sekali lagi dengan kata-kata mereka sendiri, dan kemudian jemput mereka untuk membaca bagaimana Juruselamat menggambarkan pengalaman itu dalam Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Apakah yang kita pelajari dari gambaran-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk menutup mata ketika anda membaca Ajaran dan Perjanjian 19:16–19 dan untuk memikirkan apakah perasaan mereka tentang Juruselamat. Bantu kanak-kanak mencari dalam Nyaniyan Rohani atau Buku Nyanyian Anak-anak untuk lagu-lagu yang membantu mereka menyatakan perasaan mereka tentang Yesus Kristus (lihat indeks tajuk dalam buku-buku ini). Jemput kanak-kanak menyanyikan lagu yang mereka pilih dan berikan kesaksian mereka.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan yang ketiga.

Ajaran dan Perjanjian 19:26, 34–35, 38

Berkat-berkat Tuhan adalah lebih besar dari harta bumi.

Mencetak Kitab Mormon adalah mahal, dan Joseph Smith tidak mampu melakukannya. Tuhan meminta Martin Harris untuk “berikanlah sebahagian dari harta benda milik[nya],” ladangnya yang makmur, untuk membayar pencetak (ayat 34). Kita telah menerima banyak berkat kerana pengorbanan Martin dan ramai lagi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis soalan seperti berikut untuk membantu kanak-kanak memahami Ajaran dan Perjanjian 19:26, 34–35, 38: Apakah yang Tuhan minta Martin Harris lakukan? Mengapakah Tuhan meminta dia untuk melakukannya? Apakah yang Tuhan janjikan sebagai balasannya? Jemput kanak-kanak untuk bekerja dalam berpasangan untuk mencari jawapan dalam ayat-ayat ini. Tanya mereka apakah perasaan mereka jika mereka adalah Martin Harris.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu salinan Kitab Mormon, dan ceritakan kepada mereka sesuatu yang anda suka mengenainya. Jemput mereka untuk berkongsi perasaan mereka. Bercakap secara ringkas mengenai pengorbanan Martin Harris supaya Kitab Mormon boleh dicetak (Doctrine and Covenants Stories, 33). Apakah yang Tuhan katakan kepada Martin Ajaran dan Perjanjian 19:38 yang mungkin telah membantu dia menjadi setia dan patuh? Bantu kanak-kanak memikirkan sesuatu yang mereka boleh korbankan untuk mematuhi Tuhan atau membantu dalam pekerjaan-Nya.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang seseorang yang dapat dibantu dengan apa yang mereka pelajari Ajaran dan Perjanjian 18 atau 19—Sebagai contoh, kita semua sangat bernilai kepada Tuhan. Galakkan mereka untuk merancang bagaimana mereka akan berkongsi apa yang mereka pelajari dengan orang itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar daripada kitab suci. Sesetengah kanak-kanak mengalami kesukaran membaca tulisan suci. Fokus pada satu ayat atau frasa mungkin boleh membantu mereka.

Cetak