Bab 7 Para Saksi Melihat Kepingan-Kepingan Emas 1829–1830 Joseph Smith dan Oliver Cowdery selesai menterjemahkan Kitab Mormon. Yesus mahu orang-orang membaca kitab itu. Dia juga mahu mereka mengetahui bahawa Joseph telah mengatakan kebenaran tentang kepingan-kepingan emas itu. Ajaran dan Perjanjian 17:4–5 Yesus memilih tiga lelaki lain untuk melihat kepingan-kepingan emas dan menjadi saksi bahawa ia benar. Para lelaki ini adalah Martin Harris, Oliver Cowdery dan David Whitmer. Joseph membawa tiga saksi ke dalam hutan, tempat mereka berdoa. Seorang malaikat datang dan menunjukkan kepingan-kepingan emas kepada mereka. Yesus memfirmankan tiga saksi untuk memberitahu orang-orang tentang apa yang mereka telah lihat. Ajaran dan Perjanjian 17:3, 5 “Kesaksian Tiga Saksi” (lihat halaman-halaman pengenalan Kitab Mormon) Joseph Smith sangat gembira. Tiga saksi ini akan memberitahu orang-orang tentang kepingan-kepingan emas, dan lebih banyak orang akan percaya bahawa Joseph telah memberitahu kebenaran. Yesus memfirmankan Joseph untuk menunjukkan kepingan-kepingan kepada lapan lagi saksi. Lapan lelaki ini memegang kepingan-kepingan emas dalam tangan mereka dan melihat tulisan padanya. “Kesaksian Lapan Saksi” (lihat halaman-halaman pengenalan Kitab Mormon) Semua saksi menulis tentang kepingan-kepingan emas. Mereka berkata mereka telah melihat kepingan-kepingan, dan mereka bersaksi bahawa ia benar. Kata-kata para saksi berada dalam Kitab Mormon. “Kesaksian Tiga Saksi” dan “Kesaksian Lapan Saksi” (lihat halaman-halaman pengenalan Kitab Mormon) Setelah Joseph Smith menterjemahkan kepingan-kepingan itu dan para saksi telah melihatnya, Joseph tidak memerlukannya lagi. Malaikat Moroni muncul, dan Joseph menyerahkan kembali kepingan-kepingan emas kepadanya. Setelah Joseph selesai menterjemahkan Kitab Mormon, dia membawanya kepada seorang pencetak. Joseph tidak mempunyai wang untuk membayar pencetak. Martin Harris mempunyai cukup wang, dan dalam satu wahyu dia diminta untuk berkongsi membayar pencetak. Ajaran dan Perjanjian 19:26, 35 Setan tidak mahu Kitab Mormon dicetakkan. Dia tidak mahu orang-orang membacanya. Orang-orang jahat cuba menghentikan pencetak. Seorang lelaki pergi ke kedai cetak pada hari Ahad dan mencuri beberapa halaman Kitab Mormon. Dia mencetakkan halaman-halaman itu di surat khabar sehingga beberapa lelaki lain menghentikan pencurian itu. Orang-orang yang cuba menghentikan pencetakan tidak berjaya kerana mereka yang jahat tidak boleh menghentikan pekerjaan Yesus. Selepas beberapa bulan, pencetakan Kitab Mormon selesai.