Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 57: Nabi Dibunuh: Jun 1844


Bab 57

Nabi Dibunuh

Jun 1844

Bait Suci Nauvoo
hakim bercakap dengan Joseph

Musuh-musuh Gereja menyalahkan Joseph Smith untuk masalah-masalah di Nauvoo, dan mereka mahu dia dan para pemimpin lain ditangkap. Tetapi selepas Joseph ditangkap, hakim berkata dia tidak melakukan kesalahan dan membebaskannya.

Gabenor Illinois bercakap dengan para askar

Para perusuh marah kerana Joseph Smith dibebaskan. Mereka mengancam untuk menyerang Nauvoo. Mereka juga mengancam untuk meletakkan tar dan bulu pada salah seorang hakim. Joseph meminta gabenor Illinois untuk menghentikan para perusuh, tetapi gabenor percaya pembohongan para perusuh dan tidak mahu membantu.

Hyrum dan Joseph

Joseph Smith tahu dia mungkin akan dipenjarakan sekali lagi, tetapi dia takut abangnya Hyrum juga akan dipenjarakan. Joseph menyuruh Hyrum untuk membawa keluarganya dan pergi ke kota lain, tetapi Hyrum tidak mahu meninggalkan adiknya.

Joseph dan Hyrum

Joseph Smith rasa jika dia dan Hyrum meninggalkan Nauvoo, para perusuh tidak akan mencederakan para Orang Suci. Mereka berputus untuk menyeberangi sungai dan bersembunyi. Kemudian mereka akan pergi ke barat untuk mencari tempat lain untuk para ahli Gereja tinggal.

Joseph membaca surat

Sesetengah orang ingat Joseph Smith sedang melarikan diri kerana dia takut. Emma Smith, isteri Joseph, menghantar beberapa kawan untuk mencarinya dan memintanya kembali. Joseph rasa dia akan dibunuh jika dia kembali ke Nauvoo, tetapi dia melakukan apa yang kawan-kawannya mahu dia lakukan.

Joseph dibawa pergi oleh para askar

Pada hari selepas Joseph dan Hyrum kembali ke Nauvoo, mereka dan para pemimpin kota yang lain pergi ke Carthage, satu kota lebih kurang 20 batu jauhnya. Di Carthage mereka ditangkap dengan tuduhan palsu, dan Joseph, Hyrum, dan beberapa kawan mereka dimasukkan ke dalam penjara sehingga pengadilan dapat diadakan.

Joseph dan kawan-kawan di Penjara Carthage

Joseph, Hyrum, dan kawan-kawan mereka berada di penjara selama tiga hari. Dalam masa ini, para perusuh mengancam mereka dan mengatakan hal-hal buruk tentang mereka. Semasa di penjara, Joseph dan kawan-kawannya berdoa dan membaca Kitab Mormon. John Taylor menyanyikan salah satu lagu kegemaran Joseph tentang Yesus.

perusuh menyerang penjara

Pada petang 27 Jun 1844, hanya Joseph, Hyrum, John Taylor, dan Willard Richards yang masih berada di Penjara Carthage. Lebih kurang pukul lima, sekumpulan perusuh yang terdiri lebih daripada 100 orang lelaki menyerang penjara. Beberapa anggota perusuh menembak jendela, dan yang lain berlari melewati pengawal dan menaiki tangga ke bilik di mana Joseph dan kawan-kawannya berada.

Hyrum mati terbaring di lantai

Para saudara cuba menutup pintu, tetapi terdapat terlalu ramai orang untuk mereka mempertahankan diri. Para perusuh menolak pintu dan menembak Hyrum Smith. Apabila Joseph melihat Hyrum sudah mati, dia menjerit, “Oh, abangku Hyrum!” Para perusuh juga menembak John Taylor, yang cedera parah tetapi tidak terbunuh. Mereka tidak menembak Willard Richards.

Joseph jatuh dari jendela

Selepas Hyrum dan John Taylor ditembak, Joseph Smith berlari menuju jendela. Dia terkena dua das peluru yang ditembak dari pintu bilik dan das ketiga ditembak dari luar penjara. Dia berseru, “Ya Tuhan Rajaku!” dan jatuh dari jendela. Nabi sudah mati. Dia telah memberikan nyawanya untuk injil Yesus Kristus.

Para Orang Suci mengambil tubuh Joseph

Tubuh Joseph dan Hyrum Smith dibawa ke Nauvoo, tempat mereka dikebumikan. Keluarga dan para ahli Gereja yang lain berasa sangat sedih.

pekerjaan Joseph Smith

Nabi Joseph Smith melakukan banyak pekerjaan penting. Dia menterjemahkan Kitab Mormon. Yesus memulihkan Gereja-Nya melalui Joseph. Joseph Smith menghantar para penginjil untuk mengajarkan injil di negeri lain. Dia memimpin para Orang Suci dalam pembinaan kota yang indah. Tuhan mengasihi Joseph Smith. Para Orang Suci juga mengasihinya. Joseph Smith telah melakukan lebih banyak untuk keselamatan kita daripada sesiapa pun kecuali Yesus Kristus.