Bab 33
Wahyu tentang Yesus Kristus
Mei 1833
Dalam salah satu wahyu kepada Nabi Joseph Smith, Yesus memberitahu tentang Diri-Nya. Yesus berkata orang-orang boleh melihat wajah-Nya dan mengenali-Nya jika mereka mematuhi perintah-perintah-Nya dan berdoa.
Yesus Kristus berkata Dia ialah Cahaya Dunia. Dia menunjukkan kepada kita cara hidup yang benar.
Yesus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum bumi dicipta. Yesus mencipta bumi dan semua yang ada padanya.
Yesus tidak seperti Bapa Syurgawi pada mulanya. Dia tidak mengetahui semua perkara yang Bapa-Nya tahu, dan Dia tidak mempunyai semua kuasa dan kemuliaan yang Bapa-Nya ada. Yesus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti Bapa-Nya. Secara beransur-ansur Dia menerima kuasa dan kemuliaan Bapa-Nya.
Yesus berkata kita harus mematuhi perintah-perintah Tuhan. Apabila kita mematuhinya, kita akan mula mengetahui semua perkara. Kita juga boleh menjadi seperti Tuhan dan menerima kepenuhan berkat-Nya.
Yesus berkata Setan tidak mahu orang-orang mengetahui kebenaran dan menjadi seperti Tuhan. Yesus memerintahkan Joseph untuk mengajarkan kebenaran kepada keluarganya.
Yesus turut memerintahkan Frederick G. Williams dan Sidney Rigdon untuk mengajarkan kebenaran kepada keluarga mereka dan mematuhi perintah-perintah. Maka Setan tidak memiliki kuasa ke atas mereka.