Bab 9
Organisasi Gereja Yesus Kristus
6 April 1830
Joseph Smith tinggal di kota Fayette di negeri New York. Yesus memberitahu Joseph bahawa sudah tiba masanya untuk Gereja benar-Nya berada di bumi sekali lagi. Dia memerintahkan Joseph untuk mengorganisasikan Gereja.
Pada 6 April 1830, Joseph mengadakan satu pertemuan untuk mengorganisasikan Gereja. Oliver Cowdery, Hyrum Smith, Samuel Smith, David Whitmer, dan Peter Whitmer datang untuk membantunya. Mereka semua telah dibaptiskan. Orang lain turut datang ke pertemuan itu.
Para lelaki itu berdoa kepada Bapa Syurgawi. Joseph mentahbiskan Oliver sebagai penatua Gereja. Kemudian Oliver mentahbiskan Joseph.
Joseph dan Oliver memberkati sakramen. Mereka memberi sakramen kepada para lelaki.
Joseph dan Oliver meletakkan tangan mereka ke atas kepala setiap lelaki untuk menetapkan mereka sebagai ahli Gereja Yesus Kristus dan memberinya kurnia Roh Kudus.
Joseph dan Oliver mentahbiskan imamat kepada beberapa orang lelaki. Para lelaki ini sangat gembira. Mereka berkata mereka mengasihi Tuhan dan memberitahu bagaimana Dia telah memberkati mereka.
Yesus memberi wahyu kepada Joseph di pertemuan. Yesus berkata Joseph seorang Nabi. Seorang nabi yang benar bercakap untuk Yesus. Apabila seorang nabi bercakap untuk Yesus, para ahli Gereja harus mendengarnya dan mematuhinya.
Selepas pertemuan itu, banyak orang dibaptiskan, termasuk ibu dan bapa Joseph Smith Hari yang indah! Gereja Yesus Kristus berada di bumi lagi.