Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 16: Joseph Smith dan Sidney Rigdon Belajar tentang Sion: 1830


Bab 16

Joseph Smith dan Sidney Rigdon Belajar tentang Sion

1830

pembaptisan
para penginjil bertemu dengan Sidney Rigdon

Semasa Oliver Cowdery dan kawan-kawannya berada dalam misi mereka, mereka berhenti berhampiran Kirtland, Ohio. Mereka bertemu dengan seorang lelaki bernama Sidney Rigdon, seorang pemimpin gereja lain.

para penginjil mengajar Sidney Rigdon

Para penginjil memberi Sidney Rigdon sebuah Kitab Mormon dan mengajarnya injil. Sidney membaca Kitab Mormon dan berdoa tentangnya. Bapa Syurgawi berfirman kepadanya bahawa injil adalah benar, dan Sidney dibaptiskan.

Sidney Rigdon memperkenalkan para penginjil

Sidney Rigdon meminta para ahli gerejanya untuk mendengarkan para penginjil, dan kebanyakan mereka bersetuju. Tidak lama kemudian 1,000 orang dibaptiskan di Kirtland.

orang-orang memasuki air

Sidney Rigdon mahu menemui Joseph Smith, jadi dia pergi ke New York. Selepas Sidney tiba, Joseph Smith menerima wahyu untuknya. Dalam wahyu, Yesus berkata Sidney Rigdon akan melakukan hal-hal hebat. Dia akan mengajarkan injil kepada banyak orang. Dia akan membaptiskan dan memberikan mereka kurnia Roh Kudus.

para lelaki zaman dahulu

Yesus juga berfirman kepada Joseph dan Sidney bahawa beberapa bahagian Alkitab telah diubahkan lama dahulu. Bahagian-bahagian penting yang lain telah dikeluarkan. Yesus berkata Dia akan mewahyukan kepada Joseph Smith bahagian Alkitab yang harus dibetulkan. Sidney akan menulis pembetulan semasa Joseph mengucapnya.

nabi Henokh dengan umatnya

Satu cerita yang tidak lengkap dalam Alkitab adalah tentang Henokh, seorang nabi yang hebat. Umatnya sangat soleh sehingga Tuhan memanggil mereka Sion. Umat Henokh juga membina sebuah kota bernama Sion. Di Sion, orang-orang mengasihi satu sama lain dan menjaga satu sama lain. Tidak ada orang yang miskin atau tidak gembira.

Yesus tinggal di kota Sion

Semua orang di Sion mematuhi perintah-perintah Bapa Syurgawi. Umatnya sangat soleh dan Tuhan hidup bersama mereka. Kemudian Dia membawa umat Sion ke syurga untuk hidup bersama-Nya.

Yesus berbicara kepada Sion

Yesus berfirman kepada Joseph Smith bahawa para Orang Suci harus membina sebuah lagi kota bernama Sion. Kota itu pastinya indah. Tidak ada orang jahat akan hidup di sana. Mereka yang hidup di kota itu akan mengasihi satu sama lain dan bergembira. Yesus berkata Dia akan datang dan tinggal dengan mereka.