Bab 15
Misi kepada Bangsa Laman
September 1830
Yesus mahu lebih banyak orang mendengar tentang injil. Dia mahu beberapa Orang Suci untuk pergi melayani misi. Dia memanggil Oliver Cowdery untuk pergi melayani misi kepada orang asli Amerika. Orang asli Amerika ini juga dipanggil Orang-orang Laman kerana sebilangan daripada mereka adalah keturunan bangsa Laman dalam Kitab Mormon.
Yesus mahu bangsa Laman membaca Kitab Mormon. Dia telah berjanji kepada para nabi bahawa bangsa Laman akan memiliki Kitab Mormon. Sekarang adalah masa untuk menepati janji itu.
Kitab Mormon menceritakan kepada bangsa Laman tentang nenek moyang mereka yang hidup beratus-ratus tahun yang lalu. Ia menceritakan kepada mereka tentang janji-janji penting yang Yesus telah buat kepada mereka. Ia membantu mereka percaya kepada Yesus. Ia mengajar mereka untuk bertaubat dan dibaptiskan.
Para lelaki lain mahu pergi bersama Oliver Cowdery untuk mengkhutbahkan injil kepada bangsa Laman. Yesus berfirman tiga di antara lelaki itu boleh pergi.
Pada mulanya para penginjil pergi kepada beberapa suku di New York. Para penginjil memberi Kitab Mormon kepada orang-orang itu, tetapi hanya beberapa di antara mereka yang boleh membaca.
Kemudian para penginjil pergi berkhutbah kepada beberapa bangsa Laman di Ohio. Orang-orang ini gembira mendengar tentang Kitab Mormon dan belajar tentang nenek moyang mereka.
Para penginjil meninggalkan Ohio dan pergi ke sebuah kota bernama Independence di Jackson County, Missouri.
Terdapat banyak bangsa Laman di Missouri. Para penginjil mengkhutbahkan injil kepada mereka dan memberi mereka Kitab Mormon. Mereka sangat gembira dan bersyukur kepada para penginjil untuk kitab itu.
Penduduk lain di Missouri tidak mempercayai injil yang dipulihkan atau Kitab Mormon. Mereka menyuruh para penginjil untuk menjauhi orang-orang Asli.
Orang-orang berkata para askar akan menghalau para penginjil jika mereka tidak pergi. Dengan sedih, para penginjil pergi mengajar orang lain di Missouri.
Salah seorang penginjil itu bernama Parley P. Pratt. Dia pergi ke Ohio untuk memberitahu Joseph Smith apa yang mereka telah lakukan. Parley berkata mereka telah melayani misi dengan baik dan mereka telah mengajarkan injil kepada banyak orang.