Bab 48 Joseph Smith Meminta Bantuan Presiden Mac–November 1839 Joseph Smith menulis surat kepada para Orang Suci semasa dia berada di Penjara Liberty. Dia meminta mereka untuk menulis perkara-perkara jahat yang para perusuh telah lakukan kepada mereka. Dia berkata mereka harus menghantar penulisan mereka kepada pemimpin negara. Ajaran dan Perjanjian 123:1–4, 6 Joseph memberitahu para Orang Suci untuk menulis nama orang-orang yang telah mencederakan mereka. Dia berkata mereka harus memberitahu bagaimana rumah dan ladang mereka telah dimusnahkan. Ajaran dan Perjanjian 123:1–3 Selepas Joseph dan kawan-kawannya berada di Penjara Liberty untuk lebih daripada empat bulan, beberapa pengawal membawa mereka ke kota lain untuk perbicaraan. Dia dan kawan-kawannya membeli dua kuda dari pengawal itu. Mereka memberi para pengawal beberapa pakaian untuk membayar satu kuda dan berjanji untuk membayar kuda yang lain kemudian. Pada suatu malam beberapa pengawal mabuk dan pergi tidur. Seorang lagi pengawal menolong Joseph dan kawan-kawannya untuk melarikan diri. Joseph dan kawan-kawannya bergilir-gilir menunggang kuda. Selepas 10 hari mereka sampai ke Quincy, Illinois, di mana mereka menemui keluarga mereka. Joseph dan kawan-kawan gembira bersama keluarga mereka sekali lagi. Para Orang Suci mahu mencari satu tempat di Illinois untuk membina kota mereka sendiri. Mereka membeli beberapa tanah basah dan berlumpur di tepi Sungai Mississippi. Joseph dan para Orang Suci bekerja keras untuk mengeringkan tanah supaya mereka boleh membina rumah dan menanam tanaman. Mereka mula membina satu kota yang indah, yang mereka namakan Nauvoo. Nauvoo bermaksud indah. Ketika para Orang Suci mula membina Nauvoo, Joseph Smith pergi berjumpa dengan presiden Amerika Syarikat. Joseph memberitahu presiden tentang para perusuh di Missouri. Dia memberitahu bagaimana para perusuh telah membakar rumah-rumah para Orang Suci, mencuri ternakan mereka, dan memaksa mereka keluar dari tanah mereka. Joseph berkata beberapa para Orang Suci telah dibunuh. Yang lain telah dipenjarakan. Dia menunjukkan penulisan Orang Suci tentang perkara-perkara jahat yang telah terjadi kepada mereka. Joseph berkata para pemimpin di Missouri tidak mahu membantu para Orang Suci. Dia meminta presiden untuk membantu mereka. Presiden berkata dia tahu para Orang Suci telah menderita, tetapi dia tidak akan melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Jika dia membantu para Orang Suci, orang-orang Missouri akan menjadi marah. Joseph sedih kerana presiden tidak mahu membantu para Orang Suci. Dia kembali ke Nauvoo.