Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 34: Tuhan Memperingatkan Umat Sion: Julai–Ogos 1833


Bab 34

Tuhan Memperingatkan Umat Sion

Julai–Ogos 1833

rumah musim sejuk
para Orang Suci membina kedai-kedai di Missouri

Tuhan memerintahkan lebih banyak Orang Suci untuk pergi ke Jackson County, Missouri. Orang-orang baharu tiba hampir setiap minggu, dan mereka membina rumah, kedai dan sebuah kedai cetak.

para lelaki marah

Para Orang Suci di Missouri memiliki kedamaian dan kebahagiaan untuk sementara waktu. Walau bagaimanapun, masalah-masalah mula timbul. Beberapa Orang Suci tidak patuh dan tidak berbaik hati. Beberapa daripada mereka bertengkar dengan pemimpin mereka. Penduduk lain yang tinggal di situ mula bimbang apabila melihat banyak Orang Suci berpindah ke kawasan itu. Orang-orang ini mahu para Orang Suci untuk pergi.

perusuh berkumpul menentang para Orang Suci

Sekumpulan orang yang marah bertemu. Mereka menghantar beberapa lelaki untuk memberitahu pemimpin Gereja bahawa para Orang Suci harus meninggalkan Jackson County. Tetapi para pemimpin tahu bahawa Tuhan mahu mereka membina kota Sion di Jackson County. Mereka memberitahu para lelaki itu bahawa para Orang Suci tidak boleh pergi.

perusuh memusnahkan kedai cetak

Kumpulan perusuh menjadi sangat marah. Mereka memecah masuk kedai cetak Orang Suci dan memusnahkannya.

perusuh bersedia untuk meletakkan tar dan bulu

Seterusnya, kumpulan perusuh menangkap Uskup Partridge dan Charles Allen dan meletakkan tar dan bulu pada kulit mereka. Kumpulan perusuh juga memukul beberapa Orang Suci yang lain.

perusuh dengan senapang

Tiga hari kemudian, kumpulan perusuh menunggang melalui kota dan menembak ke arah bangunan. Mereka mengatakan hal-hal kejam terhadap Orang Suci dan berkata mereka akan sebat sesiapa sahaja yang mereka tangkap. Mereka membakar tanaman, dan memusnahkan rumah, bangsal, dan kedai-kedai.

Olivery Cowdery pergi ke Kirtland

Oliver Cowdery adalah salah satu pemimpin Gereja di Missouri. Dia dihantar ke Kirtland untuk menemui Joseph Smith.

Joseph menyambut Oliver

Apabila Oliver sampai ke Kirtland, dia memberitahu Joseph apa yang sedang berlaku di Jackson County. Para Orang Suci di sana mahu mengetahui apa yang harus mereka lakukan.

Para Orang Suci membawa makanan ke gudang simpanan

Joseph memberitahu Oliver tentang beberapa wahyu yang dia telah terima. Tuhan telah mewahyukan bahawa para Orang Suci harus membina sebuah bait suci di Sion. Bait suci akan dibayar dengan persepuluhan orang-orang. Yesus memberitahu Joseph bahawa Sion akan menjadi hebat jika para Orang Suci patuh. Tetapi para Orang Suci akan dihukum jika mereka tidak patuh.

sekumpulan orang mengundi

Yesus memfirmankan Orang Suci harus mematuhi undang-undang negara. Mereka harus mengundi untuk orang-orang soleh menjadi pemimpin mereka. Apabila orang-orang jahat menjadi pemimpin, orang-orang akan sedih.

keluarga menunggu perusuh untuk pergi

Tuhan memerintahkan para Orang Suci untuk mematuhi semua firman–Nya. Dia berfirman bahawa mereka tidak harus takut akan musuh-musuh mereka. Sebaliknya, para Orang Suci harus mengampuni musuh-musuh mereka. Mereka tidak harus bertempur dengan musuh mereka kecuali Tuhan memerintahkan mereka untuk bertempur. Tuhan berfirman bahawa Dia akan menghukum orang-orang jahat.

Para Orang Suci membingkaikan bangunan-bangunan

Beberapa minggu kemudian, Yesus berfirman bahawa Orang Suci di Sion akan menghadapi masalah untuk sementara waktu kerana mereka tidak mematuhi perintah-perintah. Walau bagaimanapun, Yesus berjanji bahawa suatu hari nanti Dia akan membantu para Orang Suci membina Sion.