Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 10: Mukjizat Pertama dalam Gereja: April 1830


Bab 10

Mukjizat Pertama dalam Gereja

April 1830

pembaptisan
orang-orang menghadiri pertemuan gereja

Pertemuan Gereja seterusnya adalah pada Ahad, 11 April 1830. Selain daripada para ahli Gereja, banyak orang lain turut menghadiri pertemuan itu.

Oliver mengajarkan injil

Oliver Cowdery mengajarkan injil Yesus Kristus. Beberapa orang mempercayai Oliver dan mahu menyertai Gereja. Merek dibaptiskan selepas pertemuan itu.

Newel Knight

Setan tidak mahu orang-orang menyertai Gereja, jadi dia cuba membuat sesetengah daripada mereka rasa tidak baik. Salah seorangnya bernama Newel Knight.

Newel Knight diminta untuk berdoa

Joseph meminta Newel untuk berdoa di satu pertemuan, dan Newel berkata dia akan melakukannya.

Newel Knight bergelut untuk berdoa

Tetapi Setan tidak mahu Newel berdoa. Apabila Newel menghadiri pertemuan itu, dia berkata dia takut untuk berdoa dengan kuat.

Newel Knight cuba berdoa

Pada keesokan pagi, Newel Knight pergi ke hutan untuk berdoa berseorangan. Newel cuba berdoa, tetapi Setan tidak mahu dia berdoa, dan dia tidak boleh bercakap. Dia menjadi sakit dan takut dan dia kembali ke rumah.

Joseph memberkati Newel

Isteri Newel merasa bimbang terhadapnya dan meminta bantuan Joseph Smith. Joseph menggunakan imamat untuk memberkati Newel dan menyingkirkan Setan. Setelah berkat itu, Newel berasa lebih baik. Kemudiannya dia dibaptiskan.