Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 19: Kedatangan Kedua Yesus Kristus


Bab 19

Kedatangan Kedua Yesus Kristus

pembaptisan
orang-orang menjerit kepada para Orang Suci

Sebilangan orang di Kirtland, Ohio, tidak mahu belajar tentang injil. Beberapa orang berbohong tentang para Orang Suci sebagai cubaan untuk menghalang orang lain daripada mempelajari injil.

Ajaran dan Perjanjian 45, pengenalan bahagian

Joseph berkongsi Kitab Mormon

Yesus berfirman kepada Joseph Smith bahawa Dia akan kembali ke bumi tidak lama lagi. Sebelum Dia datang, semua orang di bumi mesti mendengarkan injil. Para Orang Suci harus menjadi penginjil yang baik dan bekerja keras untuk berkongsi injil.

Yesus mengajar para Rasul-Nya

Semasa Yesus hidup di bumi, Dia memberitahu para Rasul-Nya apa yang akan berlaku sebelum Dia datang lagi.

tanda hari-hari terakhir

Yesus memberitahu para Rasul-Nya bahawa bait suci di Yerusalem akan dimusnahkan. Orang-orang Yahudi akan tercerai-berai kepada banyak bangsa, dan kebanyakan mereka akan dibunuh. Akan terdapat banyak peperangan. Orang-orang tidak akan mengasihi satu sama lain, dan mereka akan memalingkan hati mereka daripada Tuhan. Akan terdapat penyakit, wabak dan gempa bumi yang mengerikan. Matahari akan menjadi gelap, bulan akan menjadi seperti darah, dan bintang-bintang akan jatuh.

Penglihatan pertama Joseph

Satu peristiwa penting dalam persiapan kedatangan Yesus ke bumi adalah pemulihan Gereja-Nya. Yesus berkata pemulihan injil akan kelihatan seperti cahaya dalam kegelapan.

para askar bertempur di peperangan

Kebanyakan perkara yang Yesus firmankan sudah berlaku. Perkara-perkara lain sedang mula berlaku, dan yang lain akan berlaku di masa depan.

Orang-orang Yahudi kembali ke Yerusalem

Apabila perkara-perkara ini berlaku, orang-orang soleh akan tahu bahawa Yesus akan datang tidak lama lagi. Mereka akan mahu Dia datang. Banyak orang Yahudi akan kembali ke Yerusalem. Mereka akan mendengar injil.

Para Orang Suci membina Sion Baru

Para Orang Suci yang soleh akan membina kota baru Sion, di mana mereka akan selamat. Mereka tidak akan bertempur dengan satu sama lain. Mereka akan berbahagia dan menyanyi lagu-lagu kegembiraan. Orang-orang yang tidak soleh tidak akan dapat pergi ke Sion.

Yesus muncul di awan

Yesus akan datang ke bumi dalam awan yang terang. Orang-orang soleh akan melihat-Nya. Semua orang soleh yang telah mati akan dibangkitkan. Mereka akan bertemu dengan Yesus di awan dan datang ke bumi dengan-Nya.

Yesus datang ke Yerusalem.

Yesus akan datang ke Yerusalem. Dia akan berdiri di gunung, dan ia akan terbelah menjadi dua. Syurga dan bumi akan bergoncang. Orang-orang jahat akan dimusnahkan.

Orang Yahudi menangis kerana luka Yesus

Orang-orang di Yerusalem akan melihat Yesus dan bertanya, “Apakah luka-luka yang ada pada tangan-Mu dan pada dan kaki-Mu ini?” Dia akan berkata: “Aku ialah Yesus yang disalibkan. Aku ialah Putera Tuhan.” Kemudian orang-orang akan menangis kerana dosa-dosa mereka dan rasa sedih kerana Yesus telah dianiaya.

Yesus hidup dengan para Orang Suci

Orang-orang soleh akan sangat bahagia apabila melihat Yesus. Seluruh bumi akan menjadi milik mereka. Setan tidak akan memiliki kuasa untuk menggoda mereka. Anak-anak mereka akan membesar tanpa dosa-dosa. Yesus akan hidup bersama mereka selama 1,000 tahun dan akan menjadi Raja mereka.

para penginjill sedang mengajar keluarga

Yesus memfirmankan Joseph Smith untuk menghantar para penginjil untuk memberitahu semua orang untuk bertaubat dan bersedia untuk Kedatangan Kedua. Yesus berkata Orang Suci juga harus bersedia. Mereka harus berdoa, berpuasa, dan mengajar satu sama lain perintah-perintah.

keluarga berlutut dalam doa

Yesus berjanji kepada para Orang Suci bahawa jika mereka mendekati-Nya, Dia akan mendekati mereka. Dia berkata mereka harus berdoa, dan Dia berjanji bahawa Tuhan akan menjawab mereka.

keluarga berkongsi makanan

Para Orang Suci harus melakukan apa sahaja untuk membantu Yesus. Apabila orang-orang membantu Yesus, mereka menjadi lebih seperti Dia. Kemudian mereka akan bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya.