Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 1: Joseph Smith dan Keluarganya: 1805–1820


Bab 1

Joseph Smith dan Keluarganya

1805–1820

Joseph muda berlutut
Joseph Smith semasa muda

Joseph Smith dilahirkan pada 23 Disember 1805. Keluarganya tinggal di negeri Vermont di Amerika Syarikat. Bapa Joseph Smith juga bernama Joseph. Nama ibunya adalah Lucy.

Joseph Smith dan adik-beradiknya

Joseph mempunyai lima orang adik beradik lelaki dan tiga adik perempuan.

Keluarga Joseph bekerja

Ibu dan bapa Joseph adalah orang yang baik. Mereka mengasihi anak-anak mereka dan bekerja keras untuk menjaga mereka.

Joseph di atas katil

Semasa Joseph kecil, dia mengalami sakit parah di kakinya. Doktor cuba menyembuhkan kakinya, tetapi gagal.

Hyrum duduk di tepi katil Joseph

Hyrum Smith adalah salah satu abang Joseph. Dia mengasihi Joseph dan sedih melihat kaki Joseph yang sakit parah. Dia duduk di tepi katil Joseph dan cuba membantunya merasa lebih baik.

Lucy Mack Smith dengan Joseph

Doktor mahu memotong kaki Joseph, tetapi ibunya tidak membenarkan mereka. Jadi doktor memutuskan untuk memotong sebahagian dari tulangnya. Joseph tahu kakinya akan sakit apabila dipotong, tetapi dia mempunyai iman bahawa Bapa Syurgawi akan membantunya.

Joseph dan ibunya

Doktor meminta Joseph untuk minum sedikit wain untuk mengurangkan kesakitan. Joseph tidak mahu minum wain. Joseph meminta ibunya keluar kerana dia tidak mahu ibunya melihat doktor memotong kakinya.

doktor membedah kaki Joseph

Joseph meminta bapanya untuk memegangnya semasa doktor memotong kakinya. Mereka memotong bahagian tulang yang parah. Ini menyebabkan kesakitan yang teramat, tetapi Joseph berani. Selepas beberapa hari, kakinya mula sembuh.

kabin balak

Ketika Joseph sudah dewasa, keluarganya berpindah ke negeri New York. Mereka tinggal di sebuah rumah balak di ladang berhampiran Palmyra.

Lucy Mack Smith mencuci baju

Keluarga Joseph miskin. Mereka bekerja keras untuk membiayai ladang itu. Anak-anak lelaki membantu bapa mereka menanam tanaman dan menjaga ternakan. Anak-anak perempuan pula bekerja dengan ibu mereka.

Joseph menarik kayu dengan abangnya

Joseph seorang budak yang baik. Dia gembira dan suka ketawa dan bergembira.