Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 12: Misi Samuel Smith: Jun 1830


Bab 12

Misi Samuel Smith

Jun 1830

pembaptisan
Samuel Smith

Samuel Smith adalah adik Joseph Smith. Yesus mahu Samuel untuk pergi melayani misi. Samuel Smith adalah penginjil pertama Gereja.

Samuel Smith

Samuel pergi mengajar orang-orang tentang injil dan memberitahu mereka tentang Kitab Mormon. Pada hari pertama dia melakukan perjalanan sejauh 25 batu, tetapi orang-orang kejam kepadanya dan tidak mahu dengar.

Samuel bercakap dengan penjaga penginapan

Apabila malam tiba, Samuel berhenti di sebuah rumah penginapan. Samuel bertanya pemilik itu jika dia mahu membeli Kitab Mormon. Pemilik itu bertanya Samuel di mana dia mendapat kitab itu. Samuel berkata abangnya telah menterjemahkannya dari kepingan-kepingan emas.

penjaga penginapan marah kepada Samuel

Pemilik itu menjadi marah. Dia berkata Samuel menipu dan menyuruhnya meninggalkan rumah penginapan.

Samuel tidur di bawah pokok

Samuel Smith berasa patah semangat. Malam itu dia tidur di bawah sebuah pokok epal.

Samuel bercakap dengan seorang paderi

Pada pagi seterusnya Samuel menemui John Greene, seorang pemimpin gereja lain. En. Greene tidak berminat dengan Kitab Mormon, tetapi dia setuju untuk bertanya orang-orang dalam gerejanya jika mereka mahu membeli sebuah kitab. Apabila Samuel kembali tiga minggu kemudian, tidak ada satu pun yang terjual. Walau bagaimanapun, isteri En. Greene berkata dia telah membaca kitab itu.

Samuel kembali ke rumah

Misi Samuel Smith sukar. Ketika dia pulang ke rumah, dia beranggapan dia tidak berjaya.

Samuel berjalan

Samuel tidak tahu pada masa itu bahawa pekerjaannya akan membawa banyak orang untuk menyertai Gereja, termasuk En. dan Pn. Greene.

Samuel dan Phineas Young

Samuel juga telah menjual sebuah Kitab Mormon kepada seorang lelaki bernama Phineas Young. Phineas membaca kitab dan memberinya kepada adiknya, yang bernama Brigham Young.

Brigham Young

Brigham Young membaca Kitab Mormon dan mempercayai bahawa ia adalah benar. Phineas dan Brigham Young memberitahu beberapa kawan tentang Kitab Mormon, dan mereka juga membacanya dan mempercayai bahawa ia adalah benar. Kemudian, Phineas dan Brigham Young dan kawan-kawan mereka menyertai Gereja.

Brigham Young berbicara

Dalam beberapa tahun, Brigham Young dipanggil sebagai seorang Rasul. Bertahun-tahun selepas itu dia menjadi Presiden Gereja. Dia dan orang lain yang menyertai Gereja melalui usaha Samuel Smith menjadi pemimpin yang hebat dalam Gereja.