Bab 6
Joseph dan Oliver Diberi Imamat
Mei 1829
Joseph Smith dan Oliver Cowdery sedang menterjemahkan Kitab Mormon. Mereka membaca tentang pembaptisan dan mahu mengetahui lebih banyak tentangnya.
Joseph dan Oliver memutuskan untuk bertanya Tuhan. Mereka mempunyai iman bahawa Tuhan akan membantu mereka belajar kebenaran. Pada 15 Mei 1829, mereka pergi ke dalam hutan dan berdoa.
Seorang utusan dari syurga datang kepada Joseph dan Oliver. Ia adalah Yohanes Pembaptis, yang telah membaptiskan Yesus lama dahulu. Satu cahaya yang terang mengelilinginya.
Yohanes Pembaptis telah datang untuk memberi Joseph dan Oliver Imamat Harun. Imamat adalah kuasa Tuhan. Imamat Harun termasuk wewenang untuk membaptiskan orang-orang.
Yohanes Pembaptis memberitahu Joseph dan Oliver untuk membaptiskan satu sama lain. Joseph membaptiskan Oliver, dan kemudiannya Oliver membaptiskan Joseph. Mereka masuk ke dalam air ketika mereka dibaptiskan.
Lama dahulu, Yohanes Pembaptis membaptiskan Yesus dengan cara yang sama. Yesus masuk ke dalam air ketika Dia dibaptiskan.
Selepas mereka dibaptiskan, Joseph dan Oliver dipenuhi dengan Roh Kudus. Roh Kudus memberitahu mereka bahawa Gereja Yesus Kristus yang benar akan berada di bumi lagi.
Joseph dan Oliver memberitahu kawan-kawan baik mereka bahawa mereka telah dibaptiskan. Mereka juga memberitahu kawan-kawan tentang imamat. Tetapi Joseph dan Oliver tidak memberitahu orang lain dengan segera. Mereka tahu bahawa sesetengah orang tidak mempercayai mereka dan akan membuat masalah untuk mereka.
Kemudian, tiga utusan lain dari syurga datang. Mereka adalah Petrus, Yakobus, dan Yohanes, yang adalah tiga para Rasul asli Yesus. Petrus, Yakobus dan Yohanes memberi Joseph Smith dan Oliver Cowdery Imamat Melkisedek. Ini juga dipanggil imamat yang “lebih tinggi”.
Selepas imamat dipulihkan, para lelaki soleh boleh diberi wewenang untuk membantu melakukan pekerjaan Tuhan di bumi. Para lelaki yang memiliki Imamat Melkisedek boleh menjadi pemimpin Gereja. Mereka boleh memberi berkat kepada orang. Mereka juga boleh memberi orang kurnia Roh Kudus. Pemulihan imamat adalah berkat yang besar.