Bab 5 Joseph Smith dan Oliver Cowdery Februari–April 1829 Joseph dan Emma Smith tinggal di ladang kecil berhampiran Harmony, Pennsylvania. Bapa Joseph datang melawat mereka. Mereka gembira untuk melihatnya. Bapa Joseph seorang lelaki yang baik. Yesus memberi Joseph satu wahyu untuk bapanya. Wahyu menyatakan bagaimana orang-orang boleh membantu Yesus. Mereka harus mengasihi Yesus. Mereka harus bekerja keras untuk mengajarkan injil. Mereka harus mengasihi dan membantu orang lain. Ajaran dan Perjanjian 4 Orang-orang yang mahu membantu Yesus juga harus berdoa dan mempunyai iman. Yesus memfirmankan orang-orang yang membantu-Nya akan diberkati. Ajaran dan Perjanjian 4:5–7 Bapa Joseph pulang ke rumah dan berusaha melakukan perkara-perkara yang Yesus suruh dia lakukan. Dia berkongsi injil dengan kebanyakan ahli keluarganya. Joseph turut bekerja di ladangnya. Dia juga perlu menterjemahkan kepingan-kepingan emas. Terlalu banyak kerja yang harus dilakukannya sendiri, oleh itu dia berdoa dan meminta bantuan Bapa Syurgawi. Bapa Syurgawi menjawab doa-doa Joseph. Dia menghantar seorang lelaki bernama Oliver kepada Joseph. Oliver mahu mengetahui tentang kepingan-kepingan emas. Joseph memberitahunya tentang malaikat Moroni, kepingan-kepingan emas dan Kitab Mormon. Oliver mempercayai Joseph dan berkata dia akan membantu menterjemahkan kepingan-kepingan emas itu. Joseph membaca kata-kata itu dengan kuat, Oliver menulisnya pada kertas. Joseph dan Oliver bekerja keras. Yesus mengajar banyak hal kepada Joseph dan Oliver. Dia berfirman bahawa mereka harus mencari kebijaksanaan dan kehidupan abadi, bukannya kekayaan. Dia juga berfirman bahawa mereka harus belajar tentang Tuhan dan membantu orang-orang belajar injil. Mereka harus beriman dan melakukan perkara-perkara baik. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh hidup dengan Bapa Syurgawi selamanya. Ajaran dan Perjanjian 6:7–9, 11, 13 Yesus berfirman bahawa Oliver harus sentiasa menjadi kawan Joseph dan membantunya dalam masa yang sukar. Yesus juga berfirman bahawa Oliver boleh belajar menterjemah seperti Joseph. Roh Kudus akan membantu Oliver menterjemah jika Oliver mempunyai iman yang cukup. Ajaran dan Perjanjian 6:18, 25; 8:1–2 Oliver cuba menterjemah. Dia ingat bahawa ia adalah senang, tetapi dia tidak dapat melakukannya. Ajaran dan Perjanjian 9:1, 5, 7 Yesus berfirman bahawa Oliver tidak meminta bantuan Tuhan dalam cara yang betul. Yesus memfirmankan Joseph Smith bagaimana Oliver dan semua orang boleh mendapatkan bantuan daripada Tuhan. Ajaran dan Perjanjian 9:7 Apabila orang memerlukan bantuan, mereka harus berfikir dengan cermat apa yang harus dilakukan. Mereka harus memutuskan apa yang mereka fikirkan adalah tindakan yang benar. Ajaran dan Perjanjian 9:8 Kemudian mereka harus bertanya Tuhan jika ia benar. Jika ia benar, mereka akan rasa baik dalam hati mereka. Mereka akan tahu ia adalah benar. Ajaran dan Perjanjian 9:8 Jika ia salah, mereka tidak akan rasa baik dalam hati mereka. Ajaran dan Perjanjian 9:9 Oliver tidak cuba menterjemahkan Kitab Mormon lagi. Sebaliknya, dia mencatat firman itu ketika Joseph menterjemahkannya. Yesus berfirman bahawa Oliver akan diberkati kerana membantu Joseph. Ajaran dan Perjanjian 9:14