Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 17: Uskup Pertama Gereja: Februari dan Disember 1831


Bab 17

Uskup Pertama Gereja

Februari dan Disember 1831

pembaptisan
Joseph Smith mengemas

Beberapa orang di New York bersikap jahat terhadap para Orang Suci dan mahu mereka pergi. Yesus memfirmankan Joseph Smith untuk meninggalkan New York dan pergi ke Kirtland, Ohio.

Joseph pergi ke Kirtland

Joseph dan Emma, Sidney Rigdon dan Edward Partridge pergi ke Kirtland. Joseph dan Emma tinggal dengan seorang ahli Gereja bernama Newel K. Whitney.

para ahli Gereja

Terdapat lebih kurang 1,000 orang ahli Gereja di Kirtland. Mereka berusaha untuk mematuhi Tuhan, tetapi mereka tidak memahami semuanya tentang injil.

Ajaran dan Perjanjian 41, pengenalan bahagian

Edward Partridge

Joseph berdoa dan menerima wahyu. Yesus memfirmankan bahawa para Orang Suci di Kirtland memerlukan seorang uskup. Uskup harus menggunakan masanya untuk mengajar dan membantu para Orang Suci. Uskup pertama Gereja adalah Edward Partridge.

Newell K. Whitney

Apabila lebih banyak orang menyertai Gereja, lebih banyak uskup diperlukan. Newel K. Whitney dipanggil sebagai uskup kedua Gereja.

Para Orang Suci di gudang simpanan uskup

Yesus berfirman kepada Joseph bahawa uskup harus menjaga gudang simpanan. Para Orang Suci harus memberi makanan, pakaian, dan sumbangan lain kepada uskup untuk diletakkan dalam gudang simpanan. Kemudian uskup akan menggunakan benda-benda ini untuk membantu para Orang Suci yang miskin atau memerlukan.

seorang lelaki sedang mengira wang

Yesus juga berfirman bahawa uskup harus menerima wang yang para Orang Suci beri kepada Gereja. Uskup akan menggunakan wang ini untuk membayar bil-bil Gereja dan membantu orang miskin.

uskup bertemu dengan para ahlinya

Uskup harus mengasihi para Orang Suci dan berusaha membantu mereka. Dia harus bertemu dengan para pemegang imamat dan berbincang tentang apa yang mereka sedang lakukan untuk membantu para Orang Suci.

uskup berkhutbah kepada para ahlinya

Seorang uskup memimpin para Orang Suci di setiap bahagian. Seorang presiden cabang adalah seperti seorang uskup. Seorang presiden cabang memimpin para Orang Suci di setiap cabang.

para uskup di Gereja

Hari ini, terdapat beribu-ribu uskup di Gereja.