Bab 62 Para Orang Suci Mendirikan Winter Quarters 1846–1847 Para Orang Suci berharap bahawa beberapa di antara mereka boleh tiba di Pergunungan Rocky pada 1846. Tetapi Brigham Young sedar bahawa mereka harus tunggu sehingga tahun berikutnya. Mereka perlu bersedia dengan lebih baik. Mereka juga memerlukan para lelaki yang kuat untuk perjalanan, dan kebanyakan lelaki menyertai Batalion Mormon. Beberapa orang Indian bersetuju untuk mengizinkan para Orang Suci untuk menggunakan beberapa tanah di seberang sungai dari Council Bluffs. Pada bulan September para Orang Suci mula membina sebuah kota di sana, yang mereka panggil Winter Quarters (lihat peta di halaman 190). Mereka menanam tanaman dan membina lebih dari 700 rumah. Brigham Young membahagikan Winter Quarters kepada beberapa bahagian dan memilih beberapa lelaki untuk menjadi uskup dan menjaga para ahli dalam setiap bahagian. Para perintis membina pagar di sekeliling kota untuk perlindungan. Ketika para Orang Suci berada di Winter Quarters, Tuhan memberi Brigham Young satu wahyu mengenai perjalanan ke barat. Tuhan memberitahu Brigham apa yang para Orang Suci harus buat untuk bersedia dan apa yang mereka harus buat ketika melakukan perjalanan. Tuhan berkata orang-orang harus dibahagikan kepada kumpulan kecil, masing-masing dengan seorang pemimpin. Mereka harus mematuhi pemimpin mereka. Mereka harus membantu satu sama lain, terutamanya orang miskin, janda dan mereka yang tidak mempunyai bapa. Ajaran dan Perjanjian 136:1–4, 8 Tuhan berkata setiap kumpulan mesti mempunyai gerabak dan makanan sendiri. Setiap kumpulan juga mesti mempunyai orang-orang yang tahu bagaimana membaiki gerabak, membina jambatan, membina rumah dan menanam tanaman. Ajaran dan Perjanjian 136:5, 7 Tuhan memberitahu para Orang Suci mereka harus mematuhi perintah-perintah-Nya. Mereka tidak harus bergaduh. Mereka harus mengatakan hal-hal baik tentang satu sama lain, bukan hal-hal buruk. Mereka haruslah jujur dan mengembalikan barang-barang yang mereka pinjam atau temui. Ajaran dan Perjanjian 136:21–26, 42 Tuhan mahu para perintis bergembira. Dia memberitahu mereka untuk menyanyi, menari, dan berdoa bersama. Dia berjanji untuk membantu mereka ketika mereka sedih atau takut. Dia berkata cabaran mereka akan membantu mereka bersedia untuk menerima berkat-berkat besar yang Dia ada untuk mereka. Ajaran dan Perjanjian 136:28–31 Brigham Young melakukan apa yang Tuhan suruh dia lakukan. Dia membahagikan orang-orang kepada kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai semua yang diperlukan untuk membina satu kota di pergunungan. Bulan-bulan yang para perintis berada di Winter Quarters sangat sukar. Mereka sangat menderita dari penyakit, kelaparan, dan kesejukan, dan lebih daripada 700 di antara mereka meninggal dunia. Walaupun terdapat cabaran, mereka tetap kuat dalam iman mereka dan bekerja keras untuk bersedia untuk perjalanan mereka.