Bab 36 Perkhemahan Sion Februari–Jun 1834 Semasa orang di Missouri sedang mengusir para Orang Suci untuk meninggalkan rumah mereka, Joseph Smith berada hampir 1,000 batu jauhnya di Kirtland, Ohio. Dia berdoa untuk mengetahui bagaimana membantu para Orang Suci di Missouri. Dalam wahyu, Yesus memfirmankan Joseph bahawa beberapa orang lelaki Gereja harus pergi ke Missouri untuk membantu para Orang Suci. Joseph Smith akan menjadi pemimpin mereka. Tuhan mahu 500 orang lelaki untuk pergi. Ajaran dan Perjanjian 103:22, 30–36 Joseph mematuhi Tuhan. Dia memberitahu para Orang Suci bahawa 500 orang lelaki harus pergi ke tanah Sion di Missouri. Tetapi selepas beberapa minggu, hanya 100 orang yang berkata mereka akan pergi. 100 orang lelaki itu meninggalkan Kirtland dan memulakan perjalanan panjang ke Missouri. Kumpulan itu dipanggil Perkhemahan Sion. Para lelaki ini berjalan 35 batu setiap hari walaupun mereka sangat lapar, dahaga, dan panas. Mereka berkhemah bersama pada waktu malam. Dalam perjalanan, 100 lagi orang lelaki menyertai mereka. Tetapi ia masih tidak seramai lelaki yang dikehendaki Tuhan. Para ahli perkhemahan melakukan perjalanan sejauh 1,000 batu. Beberapa daripada mereka berkata perjalanan itu terlalu sukar. Mereka merungut dan bertengkar. Mereka menyalahkan Joseph Smith ketika mereka tidak cukup makanan yang baik. Mereka berkata dia bukan seorang pemimpin yang baik. Joseph memberitahu para lelaki ini bahawa mereka mesti bertaubat, atau mereka akan jatuh sakit dan mati. Banyak lelaki dalam perkhemahan adalah lelaki yang soleh. Mereka membantu Joseph dan mematuhi perintah-perintah Tuhan. Akhirnya Perkhemahan Sion menghampiri Jackson County, Missouri. Mereka berkhemah di tepi sungai. Para perusuh telah mengintip perkhemahan dan tahu kedudukan mereka. Pada waktu malam, para perusuh mendekati perkhemahan dan merancang untuk menyerangnya. Tuhan melindungi Perkhemahan Sion dengan menghantarkan ribut besar. Angin meniup pokok-pokok sampai tumbang. Batu-batu hujan besar jatuh dari langit, dan kilat menghentam pokok-pokok. Sungai membanjiri tanah. Seorang lelaki dalam kumpulan perusuh terbunuh oleh kilat, dan lelaki lain dalam kumpulan perusuh tercedera oleh ribut. Tidak ada seorang pun di Perkhemahan Sion yang terluka. Para perusuh takut dan melarikan diri. Mereka tidak mencederakan sesiapa pun dalam Perkhemahan Sion. Tiga hari selepas ribut, Tuhan memberi Joseph satu wahyu. Dia berkata para Orang Suci perlu tunggu untuk membina kota Sion. Mereka perlu menjadi lebih patuh, lebih berkongsi, dan bersatu. Mereka juga perlu belajar lebih tentang perkara-perkara yang Tuhan mahukan daripada mereka. Ajaran dan Perjanjian 105:1–6, 9–13 Tuhan juga memfirmankan para lelaki Perkhemahan Sion bahawa mereka tidak harus bertempur dengan perusuh di Missouri. Beberapa lelaki kecewa dengan firman ini. Mereka rasa perjalanan ini tidak berbaloi jika mereka tidak bertempur untuk membantu para Orang Suci di Missouri. Ajaran dan Perjanjian 105:14–19 Beberapa hari kemudian, banyak lelaki dalam Perkhemahan Sion jatuh sakit. Empat belas daripada mereka mati. Nabi memberitahu para lelaki bahawa penyakit akan hilang jika mereka merendahkan diri dan bertaubat. Janji ini dipenuhi. Pada penghujung Perkhemahan Sion, Joseph Smith bertemu dengan para Orang Suci di Missouri dan memilih lelaki-lelaki untuk majlis tinggi. Beberapa hari kemudian, dia dan kebanyakan lelaki Perkhemahan Sion mula kembali ke Kirtland. Walaupun para lelaki Perkhemahan Sion tidak membantu para Orang Suci di Missouri, perkhemahan itu masih berharga. Ia membantu menyediakan Brigham Young dan orang lain untuk kepimpinan di Gereja. Mereka telah berjaya membuktikan mereka akan patuh dan membuat pengorbanan untuk pekerjaan Tuhan. Beberapa bulan kemudian, kebanyakan mereka yang beriman dipanggil sebagai pemimpin Gereja.