Scripture Stories
Bab 22: Para Orang Suci Mulai Menetap di Missouri: Julai–Ogos 1831


Bab 22

Para Orang Suci Mulai Menetap di Missouri

Julai–Ogos 1831

Imej
gerabak
Imej
para pemimpin Gereja pergi ke Missouri

Nabi Joseph Smith, Sidney Rigdon, Edward Partridge, dan yang lain pergi ke Missouri. Mereka sangat gembira untuk pergi kerana mereka mahu belajar lebih tentang pembinaan kota Sion.

Imej
bot sungai

Sebahagian perjalanan mereka adalah melalui bot. Apabila mereka sampai ke Missouri, Joseph mahu berjalan. Dia tahu tanah Missouri adalah kudus, dan dia mahu melihatnya.

Imej
Joseph dan kawan-kawan

Joseph dan kawan-kawannya berjalan lebih kurang 300 batu melintasi Missouri ke Jackson County.

Imej
Joseph dan Emma

Beberapa hari selepas Joseph Smith dan kawan-kawannya sampai ke Jackson County, para Orang Suci dari New York sampai di sana.

Imej
para penginjil menyambut Joseph

Para penginjil dari Kirtland juga sampai di Jackson County.

Imej
para ahli mendengar di persidangan

Joseph Smith dan Uskup Edward Partridge memberitahu orang-orang apa yang harus dilakukan. Beberapa orang ditugaskan untuk membeli tanah di Missouri. Oliver Cowdery dan William W. Phelps ditugaskan untuk mendirikan sekolah. Mereka juga ditugaskan untuk memilih dan menulis buku bagi kanak-kanak di sekolah untuk baca.

Imej
Joseph menerima wahyu

Joseph ingin mengetahui di mana kota Sion harus dibina. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi, dan doanya dijawab.

Ajaran dan Perjanjian 57, pengenalan bahagian

Imej
Independence, Missouri

Tuhan mewahyukan bahawa kota Sion akan terletak di Jackson County, Missouri. Dia juga mewahyukan bahawa sebuah bait suci akan dibina di Independence, satu kota di Jackson County (lihat peta pada halaman 89). Tuhan juga berjanji bahawa mereka yang mematuhi perintah-perintah-Nya dan menanggung percubaan dengan iman akan dimahkotakan dengan kemuliaan.

Imej
bapa dan anak lelakinya sedang berdoa

Tuhan memberitahu para Orang Suci di Missouri bahawa mereka harus mematuhi undang-undang negara. Mereka harus melakukan banyak perkara baik tanpa disuruh. Tuhan juga berjanji bahawa apabila orang-orang bertaubat, Dia tidak akan mengingati dosa-dosa mereka lagi.

Imej
Sidney Rigdon

Tuhan berkata bahawa Sidney Rigdon harus membaktikan tanah itu. Sidney Rigdon bertanya para Orang Suci jika mereka menerima tanah itu dengan hati bersyukur dan jika mereka berjanji untuk mematuhi perintah-perintah. “Ya,” mereka menjawab. Kemudian Sidney Rigdon berdoa dan membaktikan tanah itu.

Imej
Joseph, Sidney dan Oliver

Pada keesokan hari, Joseph Smith, Oliver Cowdery, Sidney Rigdon dan pemimpin lain mengadakan satu pertemuan di satu tempat khusus di Independence. Mereka membaca tulisan suci dan berdoa. Kemudian Joseph Smith membaktikan tempat itu untuk pembinaan bait suci.

Imej
Joseph berucap di persidangan

Pada hari seterusnya semua Orang Suci di Missouri pergi ke persidangan. Mereka dipenuhi dengan Roh Kudus dan mereka bergembira. Joseph memberitahu mereka bahawa Tuhan akan memberkati mereka jika mereka beriman.

Imej
keluarga sedang berdoa

Beberapa hari kemudian, Yesus memberi Joseph satu wahyu tentang hari Sabat, atau hari Ahad. Yesus berkata hari Ahad adalah hari kudus-Nya. Pada hari Ahad kita harus melakukan perkara-perkara yang membantu kita mengingati-Nya. Kita harus rehat dari pekerjaan kita. Kita harus pergi ke gereja dan mengambil sakramen. Kita harus bertaubat dari dosa-dosa kita. Kita harus berpuasa dan berdoa. Kita harus bersyukur untuk semua berkat- kita.

Imej
keluarga menerima berkat-berkat

Para Orang Suci yang melakukan semua ini akan mempunyai segala perkara baik yang mereka perlukan. Mereka akan berbahagia, mereka akan mempunyai kedamaian dan mereka akan menerima kehidupan abadi.

Cetak