Tiga hari kemudian, Brigham Young dan seluruh kumpulannya keluar dari pergunungan dan melihat lembah. Apabila Brigham Young melihatnya, dia tahu ia adalah tempat yang Tuhan mahu para Orang Suci tinggal. Dia berkata, “Inilah tempat yang betul. Terus maju,” Para Orang Suci memandu gerabak mereka ke lembah. Tarikhnya 24 Julai 1847. Selepas melakukan perjalanan sejauh 1,000 batu melintasi dataran dan pergunungan, para Orang Suci akhirnya menemukan sebuah tempat di mana mereka boleh tinggal. Mereka bersyukur bahawa Tuhan telah memimpin mereka ke suatu tempat yang aman dan selamat, walaupun mereka tahu terdapat lebih banyak cabaran yang harus diatasi.