Scripture Stories
Bab 58: Seorang Pemimpin Baharu untuk Gereja: Julai–Ogos 1844


Bab 58

Seorang Pemimpin Baharu untuk Gereja

Julai–Ogos 1844

Imej
Bait Suci Nauvoo
Imej
Para Orang Suci sedang berbual

Selepas Nabi Joseph Smith dibunuh, Gereja tidak mempunyai seorang Presiden. Para Orang Suci tidak pasti siapa yang harus menjadi pemimpin mereka.

Imej
Para Rasul melayani misi

Kebanyakan Rasul sedang melayani misi di negeri lain.

Imej
Sidney Rigdon meninggalkan Nauvoo

Sidney Rigdon adalah penasihat Joseph Smith. Tetapi dia tidak mematuhi Tuhan dan telah berpindah dari Nauvoo.

Imej
Sidney Rigdon kembali ke Nauvoo

Apabila Sidney Rigdon dengar bahawa Joseph Smith telah mati, dia kembali ke Nauvoo. Dia mahu menjadi pemimpin Gereja.

Imej
Rasul kembali dari misi

Para Rasul yang melayani misi di negeri lain juga kembali ke Nauvoo apabila mereka mengetahui tentang kematian Joseph. Brigham Young adalah pemimpin Para Rasul. Dia berkata Tuhan telah memberi Para Rasul wewenang untuk memimpin Gereja sehingga seorang Presiden baharu dipilih.

Imej
Sidney Rigdon bercakap dengan kuat

Para ahli Gereja mengadakan pertemuan. Sidney Rigdon berucap kepada mereka dan berkata dia seharusnya menjadi pemimpin Gereja.

Imej
Brigham Young muncul sebagai Joseph

Kemudian Brigham Young bercakap dan berkata Para Rasul harus memimpin Gereja. Roh Kudus bersamanya. Suara Brigham Young kedengaran seperti suara Joseph Smith, dan bagi sesetengah orang dia kelihatan seperti Joseph Smith. Para Orang Suci tahu bahawa Tuhan telah memilih Para Rasul untuk memimpin Gereja, dan mereka semua mengundi untuk menerima Para Rasul sebagai pemimpin mereka. Sidney Rigdon marah. Dia kembali ke rumahnya dan memulakan gerejanya sendiri. Dia bukan lagi seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Cetak