Scripture Stories
Bab 27: Nabi Meneruskan Pekerjaan-Nya Walaupun Mengalami Penganiayaan: Mac 1832


Bab 27

Nabi Meneruskan Pekerjaan-Nya Walaupun Mengalami Penganiayaan

Mac 1832

Imej
gerabak
Imej
Joseph membaca Alkitab

Joseph Smith dan Sidney Rigdon meneruskan pekerjaan pembetulan terilham Alkitab. Yesus memperlihatkan kepada Joseph Smith pembetulan yang harus dilakukan, dan Sidney Rigdon menulisnya (lihat bab 16).

Imej
Joseph menterjemahkan Alkitab

Joseph Smith tidak memahami sesetengah bahagian dalam Alkitab. Dia berdoa untuk pemahaman, dan Tuhan menjawabnya. Kebanyakan wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian datang sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang Nabi tanyakan Tuhan semasa penterjemahan Alkitab (lihat, sebagai contoh, Ajaran dan Perjanjian 76, 77 dan 113).

Imej
Joseph menulis di meja

Yesus gembira dengan pekerjaan Joseph. Joseph adalah nabi yang hebat.

Imej
Joseph dan Emma dengan kembar

Pada masa ini, Emma Smith melahirkan bayi kembar yang hidup hanya beberapa jam. Kawan Joseph dan Emma juga melahirkan bayi kembar. Ibu kembar itu meninggal dunia, dan bapa mereka membenarkan Joseph dan Emma untuk mengangkat mereka.

Imej
para perusuh mengambil Joseph

Pada suatu malam sekumpulan lelaki yang marah pergi ke rumah Joseph. Mereka memecahkan pintu dan masuk ke rumah. Joseph sedang mendukung salah seorang anak kecil yang sedang sakit tenat.

Imej
Joseph diseret ke luar

Para lelaki itu membawa Joseph dan menyeretnya keluar pada malam yang sejuk. Bayi itu ditinggalkan berseorangan, dan lima hari kemudian dia meninggal dunia.

Imej
para lelaki cuba membunuh Joseph

Kumpulan lelaki itu mencekik Joseph dan cuba menuang racun ke dalam mulutnya. Botol racun mematahkan salah satu giginya, dan racun itu membakarnya.

Imej
para lelaki meletakkan tar dan bulu pada Joseph

Mereka mengoyakkan baju Joseph dan meletakkan tar pada kulitnya. Mereka menutup tar dengan bulu dan memukulnya.

Imej
Tar dan bulu diletakkan pada Joseph

Para perusuh pergi dengan fikiran Joseph akan mati. Joseph cuba berdiri, tetapi tidak boleh. Dia berehat sekejap, kemudian merangkak pulang ke rumah setelah cukup kekuatan.

Imej
Emma menangis

Kawan-kawan Joseph membersihkan tar dari tubuhnya. Tar itu sukar untuk dibersihkan. Kulitnya terbakar dan rasa sakit.

Imej
Joseph mengajar

Hari berikutnya adalah hari Ahad. Dengan kesakitan teramat, Joseph pergi ke gereja dan memberi ucapan. Beberapa lelaki dari kumpulan perusuh datang ke pertemuan itu dan berasa terkejut apabila melihat Joseph. Nabi Joseph tidak membenarkan mereka menghentikannya dari melakukan pekerjaan Tuhan.

Cetak