Scripture Stories
Bab 20: Kurnia-Kurnia Roh: 8 Mac 1831


Bab 20

Kurnia-Kurnia Roh

8 Mac 1831

Imej
pembaptisan
Imej
Joseph menerima wahyu

Joseph Smith menerima banyak wahyu yang mengajar tentang Roh Kudus. Roh Kudus ialah Roh yang membantu Bapa Syurgawi dan Yesus. Roh Kudus tidak mempunyai tubuh daging dan tulang.

Imej
seorang kanak-kanak menerima Kurnia Roh Kudus

Melalui kuasa Roh Kudus, Tuhan memberi kurnia-kurnia khusus kepada para ahli Gereja. Ini dipanggil kurnia-kurnia Roh, atau kurnia-kurnia rohani. Setiap Orang Suci mempunyai sekurang-kurangnya satu kurnia rohani. Para ahli Gereja harus belajar tentang kurnia mereka dan menggunakannya untuk melayani satu sama lain. Yesus memfirmankan kepada Joseph Smith tentang beberapa kurnia-kurnia ini.

Imej
seorang ahli memberi kesaksiannya

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia untuk mengetahui bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan. Mereka tahu Dia mati untuk kita. Para Orang Suci lain diberi kurnia untuk mengenali dan mempercayai kesaksian-kesaksian benar orang lain tentang Yesus.

Imej
pemimpin mengajar umatnya

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia untuk menjadi pemimpin.

Imej
wanita sedang berdoa

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia untuk membezakan roh yang soleh dan roh yang jahat. Roh yang soleh dihantar oleh Tuhan dan membuat kita rasa baik. Roh yang jahat dihantar oleh Setan dan membawa perasaan yang tidak baik.

Imej
seorang lelaki mengajar dari kitab suci

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia kebijaksanaan. Kurnia ini membantu mereka membuat pilihan-pilihan yang baik dan menggunakan pengetahuan yang Bapa Syurgawi berikan dengan betul. Sesetengah Orang Suci diberi kurnia pengetahuan. Mereka yang mempunyai kurnia ini harus mengajar satu sama lain dan membantu mereka membuat pilihan-pilihan yang bijak.

Imej
seorang lelaki memberkati seorang anak

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia iman untuk disembuhkan. Yang lain diberi kurnia untuk menyembuhkan orang-orang sakit. Roh Kudus memberi sesetengah Orang Suci kurnia untuk melakukan mukjizat-mukjizat. Mukjizat-mukjizat menunjukkan kuasa Tuhan.

Imej
seorang lelaki bercakap dengan Bangsa Asli Amerika

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia untuk bercakap dalam bahasa yang mereka tidak tahu.

Imej
Joseph membayangkan Bait Suci Salt Lake

Sesetengah Orang Suci diberi kurnia nubuat. Kurnia ini membantu mereka mengetahui dan memahami hal-hal yang telah berlaku pada masa lalu, hal-hal yang berlaku sekarang, dan hal-hal yang akan berlaku di masa depan.

Imej
seorang lelaki berkhutbah

Sesetengah Orang Suci diberi banyak kurnia. Semua Orang Suci harus menggunakan kurnia-kurnia mereka untuk melayani dan memberkati orang lain.

Imej
uskup bertemu dengan seorang saudari

Uskup boleh mengetahui kurnia-kurnia yang dimiliki oleh setiap ahli. Dia tahu siapa adalah pengajar yang baik. Dia tahu Orang Suci mana yang mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah.

Imej
gadis muda berlutut dalam doa

Para Orang Suci yang soleh harus bekerja dan berdoa untuk diberi kurnia-kurnia yang mereka perlukan. Semua kurnia ini datang daripada Tuhan.

Cetak