Pengenalan
Sebelum Ajaran dan Perjanjian
Kita hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum kita datang ke bumi. Kita tidak mempunyai tubuh daging dan tulang seperti yang kita ada sekarang. Kita adalah roh. Bapa Syurgawi kita telah menyediakan rancangan untuk kita menerima tubuh dan menjadi lebih seperti-Nya. Ini dipanggil rancangan keselamatan. Rancangan ini memerlukan kita meninggalkan-Nya untuk seketika dan datang ke bumi. Jika kita mengikuti rancangan ini, kita akan kembali untuk hidup bersama-Nya.
Yesus hidup bersama kita di syurga. Dia mahu mengikuti rancangan Bapa Syurgawi. Yesus berkata Dia akan datang ke bumi untuk membolehkan kita kembali ke syurga.
Setan juga hidup bersama kita di syurga. Dia tidak mahu mengikuti rancangan Bapa Syurgawi, oleh itu Bapa Syurgawi mengusirnya. Setan mahu memusnahkan rancangan keselamatan.
Yesus mencipta bumi untuk anak-anak Bapa Syurgawi tinggal. Yesus menghantar para nabi untuk mengajar orang-orang menjadi baik.
Sesetengah orang mematuhi para nabi. Yang lain mematuhi Setan dan menjadi jahat.
Perjanjian Lama menceritakan tentang orang-orang yang hidup sebelum Yesus dilahirkan. Para nabi mengajar orang-orang ini bahawa Yesus akan datang ke bumi untuk membolehkan mereka dibersihkan dari dosa dan mengatasi kematian.
Kitab Mormon menceritakan tentang orang-orang lain yang hidup lama dahulu. Orang-orang ini datang dari Yerusalem ke benua Amerika. Para Nabi juga mengajar orang-orang ini tentang Yesus. Yesus melawat mereka selepas Dia dibangkitkan.
Perjanjian Baru menceritakan kehidupan Yesus di bumi. Ia menceritakan kelahiran-Nya, ajaran-ajaran-Nya, dan kematian dan kebangkitan-Nya. Yesus mengajar orang-orang injil-Nya. Dia mengajar mereka untuk mematuhi perintah-perintah Bapa Syurgawi.
Yesus memilih dua belas orang lelaki untuk menjadi Para Rasul dan memberi mereka imamat. Dia memulakan Gereja-Nya. Banyak orang mengasihi Yesus. Mereka soleh dan mematuhi ajaran-Nya.
Setan tidak mahu orang-orang mengikuti Yesus. Dia menggoda orang-orang untuk membenci Yesus, dan beberapa daripada mereka memaku-Nya pada salib dan membunuh-Nya.
Tiga hari selepas kematian Yesus, Dia bangkit. Dia hidup lagi! Dia berbicara dengan Para Rasul-Nya dan memfirmankan mereka untuk mengajarkan injil kepada semua orang. Yesus juga melawat orang-orang soleh di benua Amerika. Kemudian Dia pergi ke syurga untuk kembali bersama Bapa-Nya.
Para Rasul adalah para pemimpin Gereja Yesus Kristus. Mereka telah pergi ke banyak tempat dan mengajar orang-orang tentang Yesus. Banyak orang percaya kepada Yesus dan dibaptiskan. Para Rasul memberi imamat kepada para lelaki yang soleh. Terdapat banyak ahli Gereja.
Setan mahu memusnahkan Gereja. Dia menggoda orang-orang untuk berhenti mempercayai Yesus. Para Rasul dan banyak ahli Gereja lain telah dibunuh. Sejurus itu tiada pemimpin untuk memimpin Gereja. Bapa Syurgawi menarik imamat dari bumi.
Gereja yang dimulakan oleh Yesus telah hilang. Orang-orang telah memulakan gereja-gereja mereka sendiri. Mereka mengubah kebanyakan ajaran Yesus. Mereka juga mengubah beberapa perintah-perintah.
Beratus tahun telah berlalu. Terdapat banyak gereja di bumi, tetapi tiada satu pun dari mereka adalah Gereja benar Yesus Kristus. Para ahli gereja-gereja ini mempercayai Yesus, tetapi gereja-gereja ini tidak memiliki injil yang benar. Mereka tidak mempunyai wewenang imamat. Mereka tidak mempunyai nabi atau rasul.
Yesus berkata Dia akan datang ke bumi lagi. Tetapi sebelum itu Gereja-Nya harus dipulihkan. Imamat juga harus dipulihkan. Berkat-berkat ini dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith.
Bapa Syurgawi sekali lagi memanggil para nabi dan rasul untuk memimpin Gereja-Nya dalam zaman kita. Yesus memberi wahyu-wahyu kepada para nabi dan rasul untuk memberitahu kita apa yang Dia mahu kita tahu dan lakukan.
Ajaran dan Perjanjian adalah kitab wahyu-wahyu daripada Yesus. Kebanyakan ini diberikan kepada Nabi Joseph Smith. Dalam wahyu-wahyu ini, Yesus memberi arahan kepada Gereja-Nya dan mengajarkan ajaran injil-Nya.
Buku yang anda baca menceritakan tentang beberapa wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian. Ia juga menceritakan beberapa cerita tentang pemulihan dan sejarah awal Gereja Yesus Kristus dalam zaman akhir ini.