Bab 28
Nabi Joseph Pergi ke Missouri Lagi
Mac–Mei 1832
Joseph Smith menerima wahyu di mana Yesus berfirman Orang Suci adalah seperti anak-anak kecil-Nya. Mereka masih sedang belajar. Yesus berfirman mereka harus bergembira dan bersyukur. Dia akan menjadi pemimpin mereka.
Yesus berkata Dia mahu para Orang Suci menjaga mereka yang miskin. Dia mahu mereka berkongsi dan membantu satu sama lain.
Tidak lama setelah Joseph Smith menerima wahyu ini, dia dan beberapa kawannya pergi ke Missouri sekali lagi. Para Orang Suci di Missouri gembira melihatnya.
Joseph meminta para Orang Suci untuk datang ke satu pertemuan supaya dia boleh memberitahu mereka tentang wahyu itu.
Di pertemuan itu Tuhan memberi Joseph satu lagi wahyu. Yesus gembira bahawa para Orang Suci telah saling memaafkan satu sama lain. Kerana mereka berbuat demikian, Dia berfirman bahawa Dia akan mengampuni mereka.
Dalam wahyu ini Yesus juga memberi para Orang Suci satu perintah baharu. Yesus berfirman bahawa Dia telah memberikan tanah Sion kepada mereka, dan mereka mesti berkongsi tanah itu dengan satu sama lain. Setiap orang harus mempunyai apa yang mereka perlukan. Tuhan juga meminta para Orang Suci untuk mengembangkan bakat-bakat mereka dan menggunakannya untuk manfaat Gereja.
Selepas pertemuan, Joseph melawat para Orang Suci di banyak kota. Ia merupakan masa yang menggembirakan untuknya. Dia mengasihi para Orang Suci.
Dalam satu lagi wahyu yang Joseph terima semasa dia berada di Missouri, Tuhan berfirman bahawa suami harus menjaga isteri mereka. Ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka.
Tuhan juga memfirmankan Orang Suci harus menjaga wanita yang tidak bersuami. Para Orang Suci juga harus menjaga kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa atau ibu.
Yesus berfirman Orang Suci harus memberi makanan dan benda-benda lain kepada uskup untuk disimpan dalam gudang simpanan. Dia memfirmankan uskup untuk menggunakan apa yang ada dalam gudang simpanan untuk membantu mereka yang miskin.
Selepas Joseph Smith menyelesaikan pekerjaannya di Missouri, dia dan Uskup Whitney mulakan perjalanan ke Kirtland. Mereka menaiki gerabak.
Pada suatu hari sesuatu telah menakutkan kuda-kuda itu dan membuat ia berlari pantas.
Joseph melompat dari gerabak, tetapi dia tidak terluka. Uskup Whitney melompat dari gerabak dan patah kakinya.
Joseph Smith dan Uskup Whitney tinggal di tempat penginapan. Uskup Whitney berehat selama empat minggu. Joseph tinggal bersamanya sementara kakinya sembuh.
Ketika mereka berada di tempat penginapan, seseorang meletakkan racun dalam makanan Joseph. Dia menjadi sakit tenat.
Joseph meminta Uskup Whitney untuk memberinya berkat. Uskup Whitney menggunakan kuasa imamat untuk memberkati Joseph, dan dia disembuhkan.
Joseph bersyukur kepada Tuhan kerana menyembuhkannya. Apabila Joseph dan Uskup Whitney kembali sihat untuk melakukan perjalanan, mereka pulang kepada keluarga mereka.