Scripture Stories
Bab 59: Anugerahan Dilaksanakan di Bait Suci Nauvoo: November 1845–Februari 1846


Bab 59

Anugerahan Dilaksanakan di Bait Suci Nauvoo

November 1845–Februari 1846

Imej
Bait Suci Nauvoo
Imej
Para Orang Suci sedang membina Bait Suci Nauvoo

Selepas kematian Joseph Smith, para Orang Suci menyambung pembinaan Bait Suci Nauvoo. Tuhan telah memfirmankan mereka untuk membina bait suci, dan mereka mahu mematuhi-Nya. Para Orang Suci bekerja dengan tekun walaupun dianiaya dan tahu bahawa tidak lama lagi mereka perlu meninggalkan Nauvoo.

Imej
Para Orang Suci menyelesaikan bait suci

Setelah setiap bahagian diselesaikan, para Orang Suci membaktikannya dan mula menggunakan bahagian itu. Pembaptisan bagi orang yang mati telah dilaksanakan di bait suci itu sejak 1841, apabila tingkat bawah tanah diselesaikan. Pada November 1845, beberapa bilik di tingkat atas diselesaikan dan dibaktikan untuk Orang Suci menerima tatacara kudus anugerahan (lihat juga bab 50).

Imej
Bait Suci Nauvoo

Para Orang Suci sangat bersemangat untuk menerima tatacara bait suci mereka sehingga mereka menggunakan bait suci siang dan malam. Beberapa minggu terakhir sebelum Orang Suci meninggalkan Nauvoo, Brigham Young dan yang lain memberikan semua masa untuk membantu para Orang Suci menerima tatacara-tatacara ini. Pada masa para Orang Suci meninggalkan Nauvoo, hampir 6,000 Orang Suci telah menerima anugerahan mereka di Bait Suci Nauvoo. Tatacara-tatacara ini adalah berkat besar untuk mereka semasa mereka terus menghadapi cabaran sukar dalam tahun-tahun berikutnya.

Cetak