Scripture Stories
Bab 65: Gereja Yesus Kristus Hari Ini


Bab 65

Gereja Yesus Kristus Hari Ini

Imej
berpindah ke barat
Imej
Joseph Smith dan para saudara

Bertahun telah berlalu sejak Gereja dimulakan di Fayette, New York. Gereja telah bertumbuh dengan besar dalam tahun-tahun itu. Pada 1830, ia bermula hanya dengan enam ahli.

Imej
para penginjil menyambut pelbagai budaya

Sejak 1830, banyak penginjil telah pergi ke seluruh dunia untuk mengajarkan injil. Orang-orang mendengarkan para penginjil dan menyertai Gereja. Hari ini berjuta-juta ahli Gereja hidup di seluruh dunia. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa. Walaupun para ahli hidup di tempat yang berlainan, Gereja adalah sama. Orang-orang gembira untuk menjadi ahli Gereja.

Imej
para nabi moden berucap di persidangan

Para nabi hidup terus memimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Mereka menerima wahyu daripada Yesus.

Imej
keluarga berkebun bersama

Apabila para ahli Gereja mengikuti nabi, mereka menjadi orang yang lebih baik dan lebih gembira. Mereka mempunyai rumah dan keluarga yang lebih kuat. Mereka berkongsi injil dengan orang lain. Mereka menolong jiran-jiran mereka dan orang lain yang memerlukan.

Imej
keluarga berpakaian serba putih

Para ahli Gereja turut mengikuti nabi dengan menghadiri bait suci. Gereja telah membina banyak bait suci di seluruh dunia. Para ahli Gereja pergi ke bait suci untuk belajar bagaimana menjadi lebih seperti Yesus. Mereka menerima tatacara-tatacara kudus dan membuat perjanjian dengan Tuhan. Hanya di bait suci para ahli boleh dikahwinkan untuk masa dan keabadian. Kita diberkati dalam pelbagai cara sebagai ahli Gereja Tuhan. Kita perlu bersyukur untuk berkat-berkat ini. Kita boleh menunjukkan kesyukuran dengan mematuhi perintah-perintah Tuhan dan melayani orang lain.

Cetak