Bab 29 Wahyu tentang Imamat September 1832 Banyak lelaki Gereja pergi melayani misi. Apabila mereka kembali, mereka pergi bertemu Joseph Smith di Kirtland. Ajaran dan Perjanjian 84, pengenalan bahagian Para lelaki ini memberitahu Joseph tentang misi mereka. Mereka telah membaptiskan banyak orang. Mereka gembira dengan misi mereka, dan Joseph juga gembira. Ajaran dan Perjanjian 84, pengenalan bahagian Semua penginjil ini memegang imamat. Imamat adalah kuasa Tuhan. Para penginjil ini mahu mengetahui lebih banyak tentang imamat. Yesus memberi Joseph satu wahyu tentang imamat. Yesus memberitahunya tentang beberapa lelaki yang memegang imamat lama dahulu. Adam, manusia pertama yang hidup di bumi, memegang imamat. Ajaran dan Perjanjian 84:6–16 Semua nabi Perjanjian Lama memegang imamat. Sebilangan nabi ini adalah Henokh, Nuh, Musa, Melkisedek, dan Abraham. Melkisedek memberi imamat kepada Abraham. Ajaran dan Perjanjian 84:6–15 Yesus berfirman bahawa para lelaki mesti memegang imamat untuk memimpin Gereja-Nya. Para lelaki yang memegang imamat boleh membaptiskan orang-orang dan memberi kurnia Roh Kudus. Mereka boleh memberkati sakramen. Mereka boleh memberi berkat kepada orang yang sakit. Semua perkara ini membantu Orang Suci dalam kehidupan mereka di bumi dan menyediakan mereka untuk hidup bersama Bapa Syurgawi lagi. Ajaran dan Perjanjian 84:19–22 Yesus memfirmankan Joseph bahawa para lelaki mesti soleh untuk menerima imamat. Mereka yang menerimanya membuat perjanjian, atau berjanji, dengan Tuhan. Mereka berjanji untuk beriman dan menggunakan imamat untuk membantu orang lain. Tuhan berjanji jika mereka beriman, mereka akan menjadi para putera istimewa-Nya. Suatu hari nanti Dia akan berkongsi semua yang Dia ada dengan mereka. Ajaran dan Perjanjian 84:33–39 Yesus memerintahkan Joseph Smith bahawa lebih ramai lelaki harus pergi melayani misi. Mereka harus mengkhutbahkan injil kepada seluruh dunia. Mereka harus mengajarkan pertaubatan, dan mereka harus membaptiskan orang dan memberi mereka kurnia Roh Kudus. Ajaran dan Perjanjian 84:62–64 Yesus berfirman bahawa para penginjil akan diberkati jika mereka bekerja keras. Para malaikat akan membantu mereka, dan Bapa Syurgawi akan memberi apa yang mereka perlukan. Ajaran dan Perjanjian 84:80–88 Wahyu berakhir. Joseph dan para penginjil berasa gembira untuk mengetahui lebih banyak tentang imamat. Mereka mahu menggunakan imamat dalam cara yang betul. Dalam wahyu seterusnya, Yesus memberitahu Joseph bagaimana para lelaki harus menggunakan imamat. Mereka tidak harus menggunakan imamat untuk mengarah atau biadap. Tuhan memberikan kuasa imamat hanya kepada para lelaki yang soleh. Ajaran dan Perjanjian 121:36–37 Para lelaki harus menggunakan imamat dengan kasih dan kebaikan. Mereka yang mendengar Roh Kudus akan sentiasa memiliki kuasa imamat. Ajaran dan Perjanjian 121:41–43, 45–46