Scripture Stories
Bab 38: Mutiara yang Sangat Berharga


Bab 38

Mutiara yang Sangat Berharga

Imej
rumah musim sejuk
Imej
Mutiara yang Sangat Berharga

Mutiara yang Sangat Berharga adalah sebuah kitab suci yang ditulis oleh para nabi. Terdapat lima bahagian dalam Mutiara Yang Sangat Berharga. Dalamnya adalah kitab Musa, kitab Abraham, Joseph Smith—Matius, Joseph Smith—Sejarah dan Fasal-Fasal Kepercayaan.

Kitab Musa

Imej
Joseph menerima wahyu

Bahagian pertama Mutiara yang Sangat Berharga adalah wahyu yang diberikan kepada Joseph Smith. Ia dinamakan kitab Musa. Musa adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu.

Imej
Tuhan muncul kepada Musa

Kitab Musa menyatakan firman Tuhan kepada Musa di sebuah gunung tinggi. Musa melihat Tuhan dan berbicara dengan-Nya. Tuhan berfirman bahawa Dia mempunyai sebuah pekerjaan untuk Musa lakukan.

Imej
Musa melihat penglihatan

Tuhan menunjukkan dunia kepada Musa dan semua hal yang akan berlaku di dalamnya. Musa juga melihat semua anak Tuhan yang akan hidup di dalam dunia.

Imej
Musa memberitahu Setan untuk pergi

Tuhan meninggalkan Musa, dan Setan datang dan meminta Musa untuk menyembahnya. Musa tidak mahu menyembah Setan dan menyuruh dia untuk pergi. Apabila Setan tidak mahu pergi, Musa meminta bantuan Tuhan. Dengan kekuatan daripada Tuhan, Musa sekali lagi menyuruh Setan untuk pergi. Setan akhirnya pergi, dengan kemarahan yang besar kerana Musa tidak mahu menyembahnya.

Imej
Yesus mencipta bumi

Musa dipenuhi dengan Roh Kudus. Dia berdoa, dan Tuhan datang dan berbicara dengannya lagi. Tuhan memberitahu Musa terdapat banyak dunia—lebih daripada yang kita boleh kira. Tuhan berfirman bahawa Yesus mencipta dunia-dunia ini dan akan mencipta lebih lagi kerana tiada penghujung kepada pekerjaan Tuhan.

Imej
Musa menulis wahyu-wahyunya

Musa tahu bahawa pekerjaan Tuhan adalah untuk membantu anak-anak-Nya untuk kembali dan hidup bersama-Nya selamanya. Kitab Musa juga menyatakan tentang penciptaan bumi, Adam dan Hawa dan keluarga mereka, nabi Henokh dan kota Sion, dan para nabi lain yang hidup lama dahulu.

Kitab Abraham

Imej
lelaki menunjukkan mumia kepada Joseph

Bahagian kedua Mutiara yang Sangat Berharga adalah kitab Abraham. Pada Julai 1835, seorang lelaki bernama Tn. Chandler datang ke Kirtland. Dia menunjuk kepada para Orang Suci beberapa mumia dari Mesir. Pada zaman dahulu, orang-orang di Mesir menggunakan kain untuk membalut tubuh orang-orang mati. Tubuh-tubuh ini dipanggil mumia.

Imej
Tn. Chandler memegang papirus orang Mesir

Beberapa gulungan kertas kuno ada bersama mumia. Beberapa tulisan yang aneh tertulis pada kertas itu, dan Tn. Chandler mencari seseorang yang boleh membacanya. Dia mendengar bahawa Joseph Smith boleh menterjemahkan tulisan itu.

Imej
Tn. Chandler membentangkan papirus kepada Joseph

Joseph melihat tulisan itu. Tuhan mengungkapkan kepada Joseph maksud beberapa tulisan itu, dan dia memberitahu Tn. Chandler. Beberapa Orang Suci membeli gulungan kertas daripada Tn. Chandler.

Imej
Joseph menterjemahkan papirus

Joseph Smith mula mengkaji tulisan itu, dan Tuhan mengungkapkan terjemahan kepadanya. Oliver Cowdery dan William Phelps menulis terjemahan Joseph. Tulisan itu adalah daripada nabi Abraham, yang hidup di Mesir lama dahulu.

Imej
Yesus berbicara dengan Abraham

Yesus telah berbicara dengan Abraham dan memberitahunya tentang kehidupan kita sebelum kita datang ke bumi. Yesus berkata kita hidup sebagai anak-anak roh bersama Bapa Syurgawi sebelum kita dilahirkan. Kitab Abraham juga menyatakan tentang penciptaan bumi, matahari, bulan, dan bintang-bintang, dan juga penciptaan tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan manusia.

Imej
Abraham memandang ke syurga

Abraham mahu menerima berkat-berkat kegembiraan dan kedamaian. Kerana iman Abraham, Yesus membuat satu perjanjian dengannya. Perjanjian adalah satu janji kudus di antara Tuhan dan anak-anak-Nya.

Imej
Abraham menulis wahyu-wahyu

Dalam perjanjian ini, Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa dia akan memiliki imamat dan sebuah keluarga yang besar. Tuhan juga menjanjikan Abraham bahawa para ahli keluarga masa depannya akan diberi injil dan imamat jika mereka beriman. Keluarga Abraham akan membawa injil kepada semua orang di bumi.

Joseph Smith—Matius dan Joseph Smith—Sejarah

Imej
Joseph menulis

Joseph Smith—Matius, mengandungi pembetulan diilhamkan yang Nabi telah buat terhadap sebahagian dari kitab Matius dalam Alkitab. Joseph Smith—Sejarah mengandungi tulisan Nabi tentang Penglihatan Pertama, kepingan-kepingan emas, Kitab Mormon dan pemulihan imamat.

Fasal-fasal Kepercayaan

Imej
Joseph dan penulis

Bahagian terakhir Mutiara yang Sangat Berharga adalah Fasal-Fasal Kepercayaan. Pada suatu hari seorang lelaki yang kawannya adalah seorang penulis datang untuk bertemu Joseph Smith. Lelaki itu mahu menulis sesuatu tentang Gereja dalam bukunya, jadi dia meminta Joseph untuk memberitahu bagaimana Gereja bermula.

Imej
Joseph menulis tentang Gereja

Joseph Smith menulis tentang permulaan Gereja. Dengan bantuan Tuhan, dia juga menulis 13 pernyataan penting tentang kepercayaan para ahli Gereja. Joseph memanggil pernyataan ini Fasal-fasal Kepercayaan.

Imej
Para Orang Suci membaca Fasal-Fasal Kepercayaan

Pada 1 Mac 1842, Fasal-Fasal Kepercayaan dicetak di surat khabar Gereja. Para Orang Suci membaca Fasal-Fasal Kepercayaan ini dan mempercayai apa yang telah ditulis oleh Joseph.

Fasal-Fasal Kepercayaan

Joseph Smith

Imej
pen dan kertas
Imej
Joseph Smith

1
Kami percaya
kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada Roh Kudus.

2
Kami percaya
bahawa manusia akan dihukum kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan bukan kerana pelanggaran Adam.

3
Kami percaya
bahawa melalui Korban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan, melalui kepatuhan pada hukum-hukum dan tatacara-tatacara Injil.

4
Kami percaya
bahawa asas-asas dan tatacara-tatacara pertama Injil adalah: pertama, Iman kepada Tuhan Yesus Kristus; kedua, Pertaubatan; ketiga, Pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa; keempat, Perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus.

5
Kami percaya
bahawa seorang lelaki mesti dipanggil oleh Tuhan, melalui nubuat, dan melalui perletakan tangan oleh mereka yang berwewenang, untuk mengkhutbahkan Injil dan melaksanakan tatacara-tatacaranya.

6
Kami percaya
kepada organisasi yang sama yang ada di dalam Gereja Purba, iaitu, para rasul, nabi, gembala, pengajar, pemberita Injil, dan seterusnya.

7
Kami percaya
kepada kurnia-kurnia bahasa, nubuat, wahyu, penglihatan, penyembuhan, penafsiran bahasa, dan seterusnya.

8
Kami percaya
Alkitab adalah firman Tuhan sejauh mana ianya diterjemahkan dengan betul; kami juga percaya Kitab Mormon adalah firman Tuhan.

9
Kami percaya
segala yang Tuhan telah wahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang, dan kami percaya bahawa Dia akan mewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan.

10
Kami percaya
kepada pengumpulan harfiah Israel dan kepada pemulihan Sepuluh Suku; bahawa Sion (Yerusalem Baru) akan dibangunkan di atas benua Amerika; bahawa Kristus sendiri akan memerintah di atas bumi; dan, bahawa bumi akan diperbaharui dan menerima kemuliaan firdausnya.

11
Kami menuntut
hak untuk menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa menurut ketetapan suara hati kami, dan memberikan hak yang sama kepada semua orang, biarlah mereka menyembah bagaimana, di mana, atau apa pun yang mereka mahu.

12
Kami percaya
untuk tunduk kepada raja-raja, presiden, para pemerintah, dan majistret, dalam mematuhi, menghormati, dan menjunjung undang-undang.

13
Kami percaya
harus jujur, benar, murni, baik hati, berhemah, dan dalam melakukan kebaikan kepada semua orang; tentunya, kami boleh mengatakan bahawa kami mengikuti peringatan Paulus—Kami percaya segala hal, kami mengharapkan segala hal, kami telah melalui banyak hal, dan berharap untuk mampu bertahan akan segala hal. Jika terdapat apa-apa pun yang berhemah, indah, atau dikatakan baik atau layak dipuji, kami mencari hal-hal sebegini.

Cetak