Bab 46 Joseph Smith di Penjara Liberty November 1838–April 1839 Joseph dan kawan-kawannya dipenjarakan untuk berhari lamanya di Richmond, Missouri. Kemudian mereka dibawa ke penjara di Liberty, Missouri. Joseph dan kawan-kawannya ditahan di Penjara Liberty lebih dari empat bulan. Mereka sangat menderita. Penjara itu sejuk dan kotor, dan kadangkala mereka diikat dengan rantai. Mereka tidur di lantai. Makanan tidak baik. Kadangkala ia diracun dan membuat mereka sakit. Joseph sedih. Dia tidak tahu jika dia dan kawan-kawannya akan keluar dari penjara. Dia risau tentang keluarganya dan para ahli Gereja. Joseph berdoa dan bertanya Bapa Syurgawi berapa lama dia dan para Orang Suci perlu menderita. Dia juga meminta Bapa Syurgawi untuk membantu mereka. Ajaran dan Perjanjian 121:1–6 Yesus menjawab doanya dan memberitahu Joseph untuk tenang. Dia berkata kesukaran Joseph hanya akan bertahan seketika. Yesus juga berkata bahawa jika Joseph beriman, Tuhan akan memberkatinya. Yesus memberitahu Joseph bahawa kawan-kawannya akan tetap mengasihinya dan dia akan bersama mereka tidak lama lagi. Ajaran dan Perjanjian 121:7–9 Yesus berkata orang jahat yang telah mencederakan para Orang Suci akan dihukum. Mereka dan anak-anak mereka akan menderita. Mereka tidak akan mempunyai imamat. Ajaran dan Perjanjian 121:11–23 Yesus memberitahu Joseph bahawa banyak perkara baik akan berlaku kepada para Orang Suci. Tidak ada apa yang boleh menghentikan Tuhan dari memberkati mereka. Roh Kudus akan mengajar mereka hal-hal menakjubkan tentang syurga dan bumi. Ajaran dan Perjanjian 121:26–33 Yesus berkata Joseph tidak harus takut dengan apa yang manusia boleh lakukan kepadanya. Yesus berkata masalah dan penderitaan berlaku untuk kebaikan kita kerana ia membantu kita untuk belajar. Yesus mengingatkan Joseph bahawa Dia telah menderita lebih banyak daripada sesiapa pun. Yesus menggalakkan Joseph untuk beriman dan berjanji bahawa Tuhan akan bersamanya. Ajaran dan Perjanjian 122:7–9