Bab 56 Semakin Banyak Kesukaran untuk Para Orang Suci 1843–1844 Kebanyakan orang yang tinggal berhampiran Nauvoo bukan ahli Gereja. Kebanyakan mereka tidak suka para Orang Suci dan mula menimbulkan masalah untuk mereka. Sesetengah orang menyertai kumpulan perusuh. Mereka mencuri ternakan para Orang Suci dan membakar bangsal dan rumah mereka. Mereka cuba membuat para Orang Suci meninggalkan Nauvoo. Polis dan askar tidak menghentikan kumpulan perusuh itu. Gabenor tidak mahu menolong para Orang Suci. Joseph Smith memberitahu para Orang Suci di Nauvoo bahawa mereka akan menghadapi masalah. Dia tahu bahawa suatu hari nanti mereka akan meninggalkan Nauvoo dan pergi jauh ke suatu tempat di mana tidak ada orang akan mengganggu mereka. Joseph Smith mengadakan pertemuan dengan Para Rasul dan beberapa lelaki lain. Dia minta mereka mencari suatu tempat di mana para Orang Suci boleh menetap jika mereka perlu meninggalkan Nauvoo. Joseph melihat peta tanah. Peta menunjukkan sebuah tempat di mana terdapat gunung yang tinggi dan lembah yang luas. Joseph tahu ini adalah tempat yang baik untuk para Orang Suci. Sesetengah orang yang pernah jadi ahli Gereja di Nauvoo menentang Joseph. Mereka membenci Joseph Smith dan ingin membunuhnya. Mereka menerbitkan surat khabar dan menulis hal-hal tidak baik mengenai Joseph dan para Orang Suci. Para pemimpin kota di Nauvoo marah tentang surat khabar itu. Kerana ia menerbitkan kebohongan, para pemimpin ini rasa mereka mempunyai kuasa sah untuk menghentikannya. Beberapa orang lelaki pergi ke bangunan pencetakkan dan membakar surat khabar dan memusnahkan mesin cetak. Ini menyebabkan musuh Gereja menjadi lebih marah.