Cerita-cerita Kitab Suci
Orang-orang untuk Diketahui


Orang-orang untuk Diketahui

AbrahamAbraham adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Kisah Abraham terdapat di dalam Perjanjian Lama, dan Mutiara yang Sangat Berharga.

Bennett, John C.John C. Bennett adalah datuk bandar Nauvoo. Dia berpaling dari Joseph Smith.

Kapten AllenKapten Allen adalah seorang kapten dalam Tentera Amerika Syarikat. Dia meminta orang lelaki Gereja untuk menyertai Batalion Mormon.

Copley, LemanLeman Copley adalah seorang ahli Gereja di Kirtland, Ohio, yang tidak mahu berkongsi tanahnya dengan para ahli yang lain.

Cowdery, OliverOliver Cowdery membantu Joseph Smith menterjemah kepingan-kepingan emas. Dia melakukan banyak kerja untuk membantu Gereja.

EliasElias memulihkan kuasa imamat khusus kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di dalam Bait Suci Kirtland.

EliaElia adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Dia memulihkan kuasa imamat khusus kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di dalam Bait Suci Kirtland.

HenokhHenokh adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Dia membina kota Sion. Kisah Henokh terdapat di dalam Mutiara yang Sangat Berharga.

Gabenor BoggsGabenor Boggs adalah gabenor Missouri. Dia tidak mahu membantu para Orang Suci dan mengeluarkan perintah untuk menghalau mereka dari negeri atau membunuh mereka.

Harris, MartinMartin Harris membantu Joseph Smith menterjemah kepingan-kepingan emas. Dia kehilangan beberapa halaman Kitab Mormon.

Hyde, OrsonOrson Hyde adalah seorang Rasul. Dia membaktikan Tanah Suci untuk anak-anak Abraham mempunyai tempat tinggal.

Orang IndianOrang Indian tinggal di semua bahagian Amerika Syarikat. Kadangkala Orang Indian dipanggil Orang Laman.

YakobusYakobus adalah salah seorang Dua Belas Rasul Yesus. Petrus, Yakobus, dan Yohanes memulihkan Imamat Melkisedek kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

YohanesYohanes adalah salah seorang Dua Belas Rasul Yesus. Petrus, Yakobus, dan Yohanes memulihkan Imamat Melkisedek kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

Yohanes PembaptisYohanes Pembaptis hidup semasa Yesus berada di bumi. Yohanes Pembaptis memberikan Imamat Harun kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

Kimball, Heber C.Heber C. Kimball adalah seorang Rasul. Dia melayani misi di England.

Kimball, SarahSarah Kimball adalah seorang ahli Lembaga Pertolongan yang pertama.

Kimball, Spencer W.Spencer W. Kimball adalah Presiden Gereja yang ke-12.

Knight, NewelNewel Knight jatuh sakit ketika Setan cuba menghentikannya dari berdoa. Joseph Smith menyembuhkan Newel Knight.

Bangsa LamanBangsa Laman adalah keturunan anak lelaki Lehi, Laman dan Lemuel.

MelkisedekMelkisedek adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu.

Orang MormonKadangkala para ahli Gereja dipanggil Orang Mormon kerana mereka mempercayai Kitab Mormon.

MoroniMoroni adalah seorang nabi bangsa Nefi yang hidup di Amerika lama dahulu. Dia menanamkan kepingan-kepingan emas di Bukit Kumora.

MusaMusa adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu. Dia memimpin Orang Israel keluar dari Mesir. Dia memulihkan kuasa imamat khusus kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di dalam Bait Suci Kirtland.

Tn. ChandlerTn. Chandler menjual beberapa gulung kertas lama kepada para Orang Suci di Kirtland. Tulisan Abraham terdapat pada gulungan kertas itu.

Tn. HaleTn. Hale adalah bapa Emma Smith.

NuhNuh adalah seorang nabi yang hidup lama dahulu.

Page, HiramHiram Page berkata dia mempunyai satu batu yang memberinya wahyu untuk Gereja.

Partridge, EdwardEdward Partridge adalah uskup pertama Gereja.

PetrusPetrus adalah salah seorang Dua Belas Rasul Yesus. Petrus, Yakobus, dan Yohanes memulihkan Imamat Melkisedek kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

Phelps, William W.William W. Phelps membantu memulakan sekolah-sekolah di Jackson County, Missouri.

PerintisPara perintis adalah para Orang Suci yang melintasi dataran ke Pergunungan Rocky.

Pratt, Parley P.Parley P. Pratt melayani misi untuk mengajar Orang-Orang Laman.

Richards, WillardWillard Richards adalah seorang kawan Joseph Smith. Dia berada bersama Joseph di Penjara Carthage.

Rigdon, SidneySidney Rigdon adalah salah seorang penasihat Joseph.

Smith, AlvinAlvin Smith adalah salah seorang abang Joseph Smith. Dia telah mati. Joseph melihat Alvin di kerajaan selestial syurga dalam sebuah penglihatan.

Smith, EmmaEmma Smith adalah isteri Joseph Smith. Dia adalah pemimpin pertama Lembaga Pertolongan. Dia membuat satu buku nyanyian rohani untuk Gereja.

Smith, HyrumHyrum Smith adalah salah seorang abang Joseph Smith. Hyrum dibunuh di Penjara Carthage bersama Joseph.

Smith, JosephJoseph Smith adalah nabi dan presiden pertama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Yesus memberi Joseph Smith wahyu yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian. Joseph dibunuh di Penjara Carthage.

Smith, Joseph Sr.Joseph Smith Sr. adalah bapa Joseph Smith.

Smith, LucyLucy Smith adalah ibu Joseph Smith.

Smith, SamuelSamuel Smith adalah adik lelaki Joseph Smith. Dia adalah penginjil pertama untuk Gereja.

Snow, Eliza R.Eliza R. Snow adalah seorang ahli Lembaga Pertolongan yang pertama.

Taylor, JohnJohn Taylor adalah seorang kawan Joseph Smith. Dia berada bersama Joseph di Penjara Carthage. Dia kemudiannya menjadi Presiden Gereja.

Whitmer, DavidDavid Whitmer adalah seorang saksi yang melihat kepingan-kepingan emas. Dia membantu memulakan Gereja pada 6 April 1830.

Whitmer, PeterPeter Whitmer membantu memulakan Gereja pada 6 April 1830.

Whitney, Newel K.Newel K. Whitney adalah uskup kedua Gereja.

Williams, Frederick G.Frederick G. Williams adalah salah seorang penasihat Joseph Smith.

Young, BrighamBrigham Young adalah salah seorang Dua Belas Rasul. Dia adalah pemimpin para perintis. Dia menjadi Presiden Gereja selepas Joseph Smith.

Young, PhineasPhineas Young adalah abang Brigham Young.