Bab 23
Ajaran dan Perjanjian
Ogos–November 1831
Joseph Smith dan beberapa Orang Suci meninggalkan Missouri dan kembali ke Kirtland, Ohio. Tidak lama kemudian satu persidangan khusus diadakan. Tujuannya adalah untuk berbicara tentang pencetakan wahyu-wahyu yang Tuhan telah berikan kepada Joseph Smith.
Ajaran dan Perjanjian 67, pengenalan bahagian
Wahyu-wahyu yang Joseph terima telah dicatatkan, tetapi kebanyakan ahli Gereja tidak mempunyai salinannya. Di persidangan itu, para Orang Suci memutuskan untuk menerbitkan wahyu-wahyu kepada sebuah kitab. Kitab itu akan dipanggil Kitab Perintah-Perintah. Kemudiannya ia dipanggil Ajaran dan Perjanjian.
Yesus memberi Joseph Smith dua lagi wahyu untuk kitab itu. Satu untuk pendahuluan, dan lagi satu untuk penutup. Wahyu-wahyu ini membantu kita memahami kepentingan kitab itu dan pemulihan injil.
Ajaran dan Perjanjian 67 dan 133, pengenalan bahagian
Ajaran dan Perjanjian memberitahu semua orang bahawa Gereja Yesus Kristus yang benar berada di bumi sekali lagi.
Ajaran dan Perjanjian memberitahu tentang imamat. Ia juga memberitahu para lelaki bagaimana untuk menggunakan kuasa ini.
Ajaran dan Perjanjian memberitahu tentang Kitab Mormon. Semua orang boleh mengetahui tentang injil Yesus Kristus dengan membaca Kitab Mormon.
Ajaran dan Perjanjian mengajar para Orang Suci untuk berkongsi. Mereka yang berkongsi akan dipenuhi dengan Roh Kudus.
Ajaran dan Perjanjian mengajarkan perintah-perintah Tuhan. Para Orang Suci yang mematuhi perintah-perintah ini boleh hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
Yesus berkata semua ahli Gereja harus membaca Ajaran dan Perjanjian.
Selepas persidangan, Oliver Cowdery mengambil salinan wahyu-wahyu ke Missouri. Dia memberinya kepada William Phelps, seorang ahli Gereja yang memiliki sebuah mesin cetak. Oliver meminta Brother Phelps untuk mencetak 3,000 buku. Sebelum pencetakan selesai, kumpulan orang jahat menghentikan pencetakan dan memusnahkan kebanyakan halaman kitab itu.
Ajaran dan Perjanjian akhirnya diterbitkan pada 1835. Para Orang Suci bersyukur kepada Bapa Syurgawi untuk wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian.