Bab 14 Nabi dan Wahyu untuk Gereja September 1830 Joseph dan Emma Smith berpindah kembali ke New York. Seorang lelaki bernama Hiram Page tinggal di sana. Dia merupakan seorang ahli Gereja. Dia mempunyai satu batu yang menurutnya telah membantunya menerima wahyu-wahyu untuk Gereja. Ajaran dan Perjanjian 28, pengenalan bahagian Banyak ahli Gereja mempercayai Hiram Page, termasuk Oliver Cowdery. Beberapa orang beranggapan bahawa Hiram Page adalah seorang nabi. Ajaran dan Perjanjian 28, pengenalan bahagian Oliver menanyakan Joseph tentang Hiram Page. Joseph berdoa, dan Yesus memberinya satu wahyu. Yesus berfirman hanya seorang lelaki yang boleh menerima wahyu untuk seluruh Gereja. Lelaki itu adalah Nabi Joseph Smith. Ajaran dan Perjanjian 28:2 Yesus berkata bahawa Oliver dan orang lain boleh menerima wahyu untuk diri mereka sendiri, tetapi bukan untuk seluruh Gereja. Oliver mempercayai Joseph. Dia tahu bahawa wahyu Hiram Page adalah salah. Ajaran dan Perjanjian 28:4–5, 8 Yesus memfirmankan Oliver untuk bercakap dengan Hiram Page. Oliver memberitahu Hiram bahawa wahyu-wahyu yang dia terima melalui batu itu bukan daripada Tuhan. Ajaran dan Perjanjian 28:11 Oliver berkata bahawa Setan telah memperdayakan Hiram Page. Hiram mendengar kata Oliver dan bertaubat. Ajaran dan Perjanjian 28:11 Hari ini hanya Presiden Gereja menerima wahyu-wahyu untuk seluruh Gereja. Dia adalah nabi Tuhan. Para ahli Gereja harus mematuhi nabi.