Scripture Stories
Bab 32: Gereja Yesus Kristus di Kirtland: 1833–1834


Bab 32

Gereja Yesus Kristus di Kirtland

1833-1834

Imej
rumah musim sejuk
Imej
Joseph Smith dan penasihat-penasihatnya

Tuhan berfirman bahawa Joseph Smith harus mempunyai pembantu untuk membantunya memimpin Gereja. Para lelaki ini akan menjadi penasihatnya. Tuhan menyatakan bahawa Sidney Rigdon dan Frederick G. Williams harus menjadi penasihat-penasihatnya.

Imej
Joseph mentahbiskan penasihat-penasihatnya

Pada Mac 1833, Joseph Smith mentahbiskan penasihat-penasihatnya di pertemuan kudus di Kirtland, Ohio. Joseph dan penasihat-penasihatnya menjadi Presidensi Utama Gereja.

Imej
nabi zaman moden

Hari ini, nabi hidup adalah pemimpin Gereja. Dia dan penasihat-penasihatnya adalah Presidensi Utama Gereja.

Imej
Para Orang Suci membina Bait Suci Kirtland

Yesus memerintahkan Joseph Smith bahawa para Orang Suci harus membina lebih banyak bangunan Gereja. Bangunan yang paling penting adalah bait suci di Kirtland. Para Orang Suci juga perlu membina kedai pencetakan dan satu tempat kerja untuk Presidensi Utama.

Imej
Para Orang Suci membingkaikan Bait Suci Kirtland

Para Orang Suci mematuhi Tuhan dan mula membina Bait Suci Kirtland. Ia adalah kerja sukar, dan semua Orang Suci diperlukan untuk membantu.

Imej
bapa bangsa gereja memberi berkat

Apabila lebih ramai orang menyertai Gereja, Yesus memerintahkan Joseph Smith untuk memilih lebih banyak pemimpin. Dia berfirman bahawa bapa Joseph harus menjadi bapa bangsa Gereja. Seorang bapa bangsa memberi berkat-berkat khusus kepada para Orang Suci. Hari ini, terdapat bapa bangsa di kebanyakan pancang di Gereja.

Imej
Joseph bertemu dengan majlis tinggi

Yesus juga memfirmankan Joseph untuk memilih dua belas lelaki untuk melayani dalam majlis tinggi. Anggota majlis tinggi memegang jawatan imam tinggi dalam Imamat Melkisedek. Salah satu dari tugasan mereka adalah membantu mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul di dalam Gereja.

Imej
para Orang Suci berkumpul

Pada Februari 1834, Joseph Smith mengorganisasikan pancang pertama Gereja. Pancang adalah banyak ahli Gereja yang tinggal di kawasan yang sama. Semua Orang Suci di Kirtland berada dalam pancang pertama.

Imej
bangunan Gereja zaman moden

Hari ini, Gereja kita mempunyai beribu-ribu pancang.

Cetak