Bab 55
Wahyu tentang Perkahwinan
Julai 1843
Joseph Smith bertanya Tuhan beberapa soalan tentang perkahwinan. Yesus memberitahunya bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan harus dikahwinkan oleh seorang lelaki yang mempunyai imamat. Mereka harus berkahwin di dalam bait suci. Jika mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan, mereka akan berkahwin selamanya.
Orang-orang soleh yang berkahwin di dalam bait suci akan hidup di kerajaan selestial syurga. Anak-anak mereka yang mematuhi Tuhan akan menjadi milik mereka, dan mereka akan menjadi keluarga yang abadi. Mereka akan hidup bersama Tuhan dan akan menjadi seperti-Nya.
Yesus juga memberitahu Joseph tentang sejarah perkahwinan di antara umat-Nya yang hidup di zaman purba.