Perkataan untuk Diketahui
-
mengambil anak angkatJoseph dan Emma Smith mengambil bayi kembar sebagai anak angkat. Ini bererti Joseph dan Emma menjadikan bayi kembar itu sebahagian daripada keluarga mereka.
-
alkoholAlkohol tidak baik untuk kita minum. Bir dan wain mempunyai alkohol di dalamnya.
-
nenek moyang Nenek moyang kita adalah orang-orang dalam keluarga kita yang hidup sebelum kita.
-
malaikat Malaikat adalah salah satu pembantu Tuhan. Malaikat Moroni berbicara dengan Joseph Smith.
-
Rasul Rasul adalah seorang pemimpin dalam Gereja Yesus Kristus. Yesus memfirmankan kepada Joseph Smith bahawa Dia menghendaki Dua Belas Rasul.
-
menangkapPara askar menangkap Joseph Smith. Ini bererti para askar menangkapnya dan meletakkannya dalam penjara.
-
menyerangPara perusuh menyerang para Orang Suci. Ini bererti para perusuh mula melawan para Orang Suci.
-
kolam pembaptisanTerdapat kolam pembaptisan di gereja dan bait suci. Orang-orang dibaptiskan di dalam kolam pembaptisan.
-
dibaptiskanApabila kita menyertai Gereja, kita dibaptiskan. Kita dimasukkan ke dalam air dan dikeluarkan lagi.
-
indahApabila sesuatu itu indah, kita suka memandangnya. Taman itu indah. Bait suci itu indah.
-
mempercayai Mempercayai bererti menganggap sesuatu itu adalah benar. Banyak orang mempercayai injil Yesus Kristus.
-
uskup Uskup adalah seorang pemimpin bahagian.
-
menyalahkanOrang-orang menyalahkan Joseph Smith untuk masalah. Ini bererti orang-orang berkata Joseph Smith menyebabkan masalah terjadi.
-
meminjamApabila kita meminjam sesuatu, kita bertanya seseorang itu jika kita boleh menggunakannya. Jika seorang lelaki meminjam kuda kawannya, dia bertanya kawannya jika dia boleh menggunakan kuda itu. Setelah lelaki itu menggunakan kuda, dia kembalikan kuda itu kepada kawannya.
-
bermegahPara pengawal di penjara bermegah tentang apa yang mereka telah lakukan. Ini bererti mereka gembira dengan tindakan mereka dan memberitahu orang lain tentangnya.
-
jambatanPara perintis menyeberangi sungai melalui sebuah jambatan.
-
begol Begol adalah sejenis hon.
-
menanamMoroni menanam(kan) kepingan-kepingan emas. Dia meletakkannya dalam sebuah kotak batu di dalam tanah dan menutupnya.
-
kapten Kapten adalah seorang pemimpin. Kapten Allen adalah pemimpin askar.
-
menangkapPara askar menangkap Joseph Smith. Ini bererti para askar menangkap Joseph Smith dan tidak mahu melepaskannya.
-
pilihanBapa Syurgawi membenarkan kita membuat pilihan. Ini bererti Bapa Syurgawi membenarkan kita memutuskan apa yang kita akan lakukan.
-
memilihTuhan membenarkan kita memilih untuk menjadi baik atau jahat. Kita memilih orang-orang untuk menjadi para pemimpin. Tuhan memilih Brigham Young untuk memimpin para Orang Suci.
-
perintah-perintahOrang-orang baik mematuhi perintah-perintahTuhan. Orang-orang baik melakukan apa yang Tuhan mahu mereka lakukan.
-
persidangan Persidangan adalah pertemuan yang besar. Banyak ahli Gereja pergi ke persidangan.
-
penasihatPenasihat adalah orang-orang yang membantu seorang pemimpin. Nabi Gereja mempunyai penasihat.
-
perjanjian Perjanjian adalah satu janji. Apabila kita membuat perjanjian dengan Tuhan, kita berjanji kepada-Nya bahawa kita akan melakukan sesuatu.
-
menciptaYesus Kristus mencipta bumi. Ini bererti Yesus Kristus membuat bumi.
-
tanamanPara perintis menanam tanaman. Tanaman termasuk jagung, kentang, gandum, dan lain-lain.
-
disalibkanYesus disalibkan. Ini bererti Dia dipaku di atas salib dan ditinggalkan di situ sampai Dia mati.
-
empanganPara Orang Suci membina empangan di sungai. Empangan menahan air.
-
diakenKanak-kanak lelaki boleh menjadi diaken apabila mereka berusia 12 tahun. Diaken boleh mengedarkan sakramen
-
memutuskanEmma dan Joseph tidak pasti sama ada mereka pergi ke Pennsylvania atau tinggal di New York. Mereka memutuskan untuk pergi ke Pennsylvania.
-
membaktikanApabila kita membaktikan sesuatu, kita memberkatinya untuk kegunaan pekerjaan Tuhan. Para Orang Suci membaktikan bait suci.
-
memusnahkanMemusnahkan bererti merobohkan, memecahkan, membakar, atau membunuh. Para perusuh memusnahkan bait suci.
-
pengikutPengikut adalah sseeorang yang mengikuti Yesus dan berusaha untuk menjadi seperti-Nya.
-
memperolehMemperoleh bererti mendapat sesuatu dengan bekerja.
-
penatuaPenatua adalah lelaki yang memiliki imamat.
-
anugerahanAnugerahan adalah satu janji khusus atau kurnia daripada Tuhan.
-
musuhMusuh adalah seseorang yang membenci orang yang lain. Musuh Joseph Smith cuba membunuhnya.
-
melarikan diriMelarikan diri bererti menjauhkan diri darpada seseorang atau sesuatu. Joseph Smith melarikan diri dari para perusuh.
-
jahatJahat adalah sesuatu yang sangat tidak baik. Setan adalah roh jahat .
-
roh jahatRoh jahat adalah roh yang tidak baik. Roh jahat mengikuti Setan.
-
disingkirkan dari GerejaPara ahli Gereja yang melakukan perkara tidak baik boleh disingkirkan dari Gereja. Mereka bukan lagi ahli Gereja.
-
imanMempunyai iman adalah untuk mengharapkan perkara yang tidak dapat dilihat tetapi adalah benar. Kita mempunyai iman kepada Yesus Kristus. Ini bererti kita mempercayai-Nya dan mematuhi-Nya.
-
berpuasaBerpuasa bererti tidak makan atau minum.
-
selamanyaSelamanya bererti berterusan. Kita boleh hidup dengan Bapa Syurgawi selamanya jika kita mematuhi perintah-perintah-Nya.
-
mengampuniMengampuni bererti melupakan perkara tidak baik yang seseorang telah lakukan. Tuhan akan mengampuni kita jika kita menyesali atas perkara tidak baik yang kita telah lakukan dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.
-
berkumpulBerkumpul bererti datang bersama ke satu tempat. Joseph Smith memberitahu para Orang Suci untuk berkumpul di Missouri.
-
kurniaKurnia adalah hal-hal yang diberikan kepada orang-orang. Roh Kudus memberikan kurnia rohani kepada orang-orang yang soleh.
-
InjilInjil Yesus Kristus adalah rancangan keselamatan. Ia termasuk semua ajaran, tatacara, dan wewenang untuk kita kembali dan tinggal bersama Bapa Syurgawi.
-
gabenor Gabenor adalah seorang pemimpin negeri.
-
sembuh Menyembuhkan bererti membuat orang sakit menjadi sihat. Newel K. Whitney memberkati Joseph Smith, dan Joseph disembuhkan.
-
jujurOrang-orang yang jujur tidak menipu. Orang-orang yangjujur tidak mengambil barang-barang yang bukan milik mereka.
-
penjaraPara lelaki diletakkan dalam penjara. Ini bererti mereka dikurung dan tidak dapat keluar.
-
menyertaiOrang-orang menyertai Gereja. Ini bererti orang-orang dibaptiskan dan menjadi para ahli Gereja.
-
bahasaKata-kata yang kita gunakan untuk menulis atau bercakap dengan orang lain dipanggil bahasa.
-
memimpinMemimpin orang-orang bererti menunjukkan atau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan. Nabi memimpin Gereja.
-
berkahwinJoseph dan Emma berkahwin. Ini bererti Joseph adalah suami Emma, dan Emma adalah isteri Joseph.
-
misiRasul pergi melayani misi. Ini bererti dia pergi memberitahu orang-orang tentang injil Yesus Kristus.
-
penginjilPenginjil adalah seorang yang pergi melayani misi.
-
mematuhiMematuhi bererti melakukan apa yang diperintahkan kepada kita. Kita harus mematuhi perintah-perintah Tuhan.
-
laut Laut adalah perairan garam yang sangat luas.
-
ditahbiskanUntuk ditahbiskan bererti diberi imamat. Joseph Smith mentahbiskan lelaki itu. Ini bererti Joseph Smith memberikan imamat kepada lelaki itu.
-
lembuLembu adalah haiwan.
-
bapa bangsaSeorang bapa bangsa memberikan berkat-berkat khusus kepada orang-orang. Bapa Joseph Smith adalah seorang bapa bangsa.
-
racunRacun adalah sesuatu yang boleh membunuh orang jika mereka makan atau minumnya. Para perusuh cuba memaksa Joseph minum racun.
-
berdoa Berdoa bererti bercakap dengan Bapa Syurgawi.
-
berkhutbahJoseph Smith berkhutbah kepada orang-orang. Ini bererti dia mengajar orang-orang tentang injil.
-
presidensi Presidensi Gereja adalah presiden dan para penasihatnya.
-
presiden Presiden adalah seorang pemimpin.
-
imamat Imamat adalah kuasa Tuhan.
-
imamImam memiliki imamat. Imam adalah lelaki yang membantu di Gereja.
-
pencetak Pencetak adalah seseorang yang mencetak buku.
-
penjara Penjara adalah tempat di mana orang-orang ditahan dan tidak boleh keluar. Penjara adalah seperti tahanan.
-
nabiSeorang nabi memberitahu orang-orang apa yang Tuhan mahu mereka tahu. Joseph Smith adalah seorang nabi.
-
melindungiPara lelaki itu mempunyai senapang untuk melindungi orang-orang. Ini bererti para lelaki itu mempunyai senapang untuk menjaga keselamatan orang-orang. Tuhan melindungi Joseph Smith. Ini bererti Tuhan menjaga keselamatan Joseph.
-
puyuh Puyuh adalah seekor burung.
-
bertaubatJika kita melakukan sesuatu yang tidak baik, kita harus bertaubat. Ini bererti kita rasa menyesal dan cuba untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik lagi.
-
dibangkitkanYesus Kristus dibangkitkan. Ini bererti setelah Dia mati, Dia kembali hidup lagi. Semua orang akan dibangkitkan setelah mereka mati.
-
wahyuKomunikasi daripada Tuhan kepada anak-anak-Nya di bumi dipanggil wahyu. Joseph Smith menerima sebuah wahyu tentang bait suci.
-
solehOrang-orangsoleh melakukan apa yang benar. Ini bererti mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan.
-
SabatHari Sabat adalah hari di mana kita pergi ke gereja. Kita tidak seharusnya bekerja pada hari Sabat. Hari Ahad adalah hari Sabat .
-
sakramenKita mengambil sakramen untuk mengingati Yesus.
-
kudusBait suci adalah bangunan kudus . Bait suci adalah milik Tuhan.
-
Orang Suci Orang Suci adalah ahli Gereja Yesus Kristus.
-
menyelamatkanYesus mati untuk menyelamatkan kita. Ini bererti Yesus mati agar kita dapat kembali untuk tinggal bersama Bapa Syurgawi.
-
tulisan suci Tulisan suci adalah kitab-kitab yang memberitahu kita tentang Tuhan. Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga adalah tulisan suci Gereja.
-
berkongsi Berkongsi bererti memberikan sebahagian yang kita ada kepada seseorang.
-
para askarPara askar bertempur dalam angkatan tentera.
-
roh Roh tidak mempunyai tubuh daging dan tulang.
-
mencuri Mencuri bererti mengambil sesuatu yang bukan milik anda. Para perusuh mencuri haiwan-haiwan para Orang Suci. Ini bererti para perusuh mengambil haiwan-haiwan mereka.
-
menderitaKita menderita apabila kita disakiti. Joseph Smith dan kawan-kawannya menderita di penjara.
-
memaki Memaki bererti mengeluarkan kata-kata kesat.
-
memakiPara pengawal di penjara memaki. Para pengawal di penjara mengeluarkan kata-kata kesat.
-
tarTar adalah berwarna hitam dan melekit.
-
bait suciSebuah bait suci adalah rumah Tuhan.
-
menggodaSetan cuba menggoda kita. Ini bererti dia cuba memujuk kita untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
-
persepuluhanPersepuluhan adalah wang yang kita berikan kepada Tuhan.
-
tembakauTembakau adalah bahan yang tidak baik untuk kita. Beberapa orang merokok dan mengunyah tembakau.
-
menterjemahkanJoseph Smith menterjemahkan Kitab Mormon ke dalam Bahasa Inggeris.
-
kebenaranYesus mengajar orang-orang tentang kebenaran. Ini bererti Yesus mengajar orang-orang tentang apa yang benar.
-
kesaksian Kesaksian adalah perasaan bahawa injil adalah benar.
-
penjeratPenjerat adalah orang-orang yang menangkap haiwan liar. Mereka menjual bulu haiwan.
-
penglihatanPenglihatan adalah sesuatu yang Tuhan izinkan kita lihat. Joseph Smith melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dalam sebuah penglihatan.
-
saksiSaksi melihat sesuatu dan memberitahu orang lain tentangnya. Saksi melihat kepingan-kepingan emas dan memberitahu orang lain bahawa kepingan-kepingan adalah nyata.
-
menyembah Menyembah bererti mengasihi dan mematuhi. Setan mahu Musa untuk menyembah dia. Kita harus menyembah Tuhan.
-
luka Luka adalah tempat bahagian tubuh yang cedera atau terpotong.