Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 4: Martin Harris dan Halaman-Halaman yang Hilang: 1827–1828


Bab 4

Martin Harris dan Halaman-Halaman yang Hilang

1827–1828

kepingan-kepingan emas
Joseph menterjemah

Di Pennsylvania, Joseph mula menterjemahkan tulisan atas kepingan-kepingan emas. Dia tidak tahu makna tulisan itu, tetapi apabila dia menggunakan Urim dan Tumim, Tuhan membantunya memahami tulisan itu.

Martin Harris menyalin

Martin Harris pergi ke Pennsylvania dan membantu Joseph menterjemah. Ketika Joseph menterjemahkan tulisan dari kepingan-kepingan emas, Martin mencatatnya pada kertas. Joseph dan Martin menterjemahkan 116 halaman Kitab Mormon.

Martin Harris meminta manuskrip

Martin Harris mahu membawa pulang 116 halaman itu agar keluarganya dapat melihatnya. Joseph bertanya Tuhan jika Martin boleh membawa halaman-halaman itu, tetapi Tuhan mengatakan tidak. Joseph bertanya lagi, tetapi Tuhan berkata tidak lagi.

Joseph dan Martin Harris

Martin masih ingin membawa pulang halaman-halaman itu. Martin merayu Joseph untuk bertanya Tuhan sekali lagi. Kali ini Tuhan berkata Martin boleh membawa halaman-halaman itu jika dia bersetuju untuk menunjukkan hanya kepada isterinya dan ahli keluarganya yang tertentu.

Martin Harris dengan halaman-halaman

Martin berjanji untuk mematuhi Tuhan. Dia membawa pulang halaman-halaman itu dan menunjukkan kepada keluarganya. Tetapi dia memungkiri janjinya dan menunjukkan halaman-halaman itu kepada beberapa orang lain.

Martin Harris

Kemudian Martin pergi mendapatkan halaman-halaman itu. Dia mencari di seluruh tempat tetapi tidak menjumpainya. Halaman-halaman telah hilang.

Joseph merenung

Selepas beberapa minggu, apabila Martin Harris tidak kembali dengan halaman-halaman itu, Joseph menjadi bimbang. Dia pergi ke New York untuk mencari Martin, yang memberitahunya halaman-halaman itu telah hilang. Joseph dan Martin berasa sangat bersalah.

Moroni mengambil kembali kepingan-kepingan emas

Joseph pulang ke Pennsylvania, dia berdoa untuk pengampunan. Moroni muncul dan mengambil kepingan-kepingan emas.

Joseph menerima ilham

Dalam wahyu, Tuhan berfirman bahawa Joseph tidak dibenarkan untuk menterjemah sementara waktu kerana dia tidak mematuhi-Nya. Tuhan juga menghiburkan Joseph, mengatakan pekerjaan Tuhan akan maju ke depan dan bahawa Joseph masih dipilih untuk melakukan pekerjaan ini jika dia bertaubat.

orang-orang jahat berkomplot

Yesus berfirman kepada Joseph bahawa Setan telah mempengaruhi beberapa orang jahat untuk mengambil 116 halaman itu. Para lelaki ini akan mengubah kata-kata dalamnya supaya orang lain tidak akan mempercayai Kitab Mormon. Yesus berfirman bahawa Setan dan orang-orang jahat tidak dapat menghentikan pekerjaan Tuhan.

Joseph membayangkan orang-orang membaca kitab

Joseph bertaubat. Tidak lama kemudian Moroni mengembalikan kepingan-kepingan emas, dan Tuhan mengampuni Joseph dan memulihkan kurnia menterjemah. Yesus memfirmankan Joseph Smith untuk tidak khuatir tentang halaman-halaman yang telah hilang kerana cerita-cerita yang sama tertulis di bahagian lain dalam kepingan-kepingan emas. Yesus berfirman bahawa Joseph harus menterjemahkan bahagian lain kepingan-kepingan emas. Yesus juga berfirman banyak orang akan membaca kitab itu dan belajar tentang injil-Nya.