Bab 8 Bersedia untuk Gereja Yesus Kristus April 1830 Ia hampir tiba masa untuk Gereja Yesus Kristus berada di bumi lagi. Yesus memberi Joseph Smith satu wahyu supaya orang-orang akan bersedia untuk Gereja-Nya. Yesus mengungkapkan lebih banyak tentang injil-Nya dan tentang hal-hal lain yang orang ramai perlu tahu sebelum Gereja-Nya diorganisasikan. Ajaran dan Perjanjian 20:1–4 Yesus berfirman bahawa Kitab Mormon mengajarkan injil-Nya dan bersaksi tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya. Yesus menjanjikan berkat-berkat kepada mereka yang menerima kitab dengan iman—dan hukuman kepada mereka yang menolaknya. Ajaran dan Perjanjian 20:8-16 Yesus menceritakan tentang kehidupan-Nya di bumi. Bapa Syurgawi menghantar-Nya ke bumi untuk menjadi Juruselamat kita. Setan menggoda-Nya, tetapi Yesus tidak mendengarnya. Ajaran dan Perjanjian 20:20–22 Yesus merasa kesedihan besar untuk perkara-perkara jahat yang orang lakukan. Di penghujung kehidupannya, Dia menderita dan berdarah untuk semua orang. Orang-orang tidak akan menderita seperti-Nya jika mereka bertaubat. Ajaran dan Perjanjian 19:16–18 Orang-orang jahat meletakkan Yesus pada salib dan membunuh-Nya. Ajaran dan Perjanjian 20:23 Kawan-kawan Yesus meletakkan tubuh-Nya dalam sebuah makam. Matius 27:57–61 Selepas tiga hari, Yesus bangkit. Dia hidup lagi! Ajaran dan Perjanjian 20:23 Kerana Yesus telah bangkit, semua orang akan dibangkitkan. Kerana Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa semua orang, kita boleh diampuni jika kita bertaubat. Kita akan kembali untuk hidup bersama Bapa Syurgawi jika kita mempunyai iman, bertaubat, dibaptiskan dan berusaha untuk mematuhi perintah-perintah. Ajaran dan Perjanjian 19:17; 20:25 Yesus juga mengajar orang-orang tentang pembaptisan. Dia berfirman mereka mesti dibaptiskan untuk menjadi ahli Gereja-Nya. Mereka yang mahu dibaptiskan mesti bertaubat. Mereka mesti mengasihi dan mematuhi Yesus. Mereka juga harus berusia sekurang-kurangnya lapan tahun. Ajaran dan Perjanjian 20:37, 71; 68:27 Yesus mengajar cara yang betul untuk membaptis. Dia berkata seorang imam dalam Imamat Harun atau seorang lelaki yang mempunyai Imamat Melkisedek boleh membaptiskan orang. Lelaki itu memasukkan orang ke dalam air dan mengucapkan satu doa yang istimewa. Ajaran dan Perjanjian 20:72–73 Lelaki yang membaptiskan memasukkan orang ke dalam air. Kemudian dia mengeluarkan orang itu dari air. Ajaran dan Perjanjian 20:74 Apabila orang-orang dibaptiskan, mereka berjanji untuk mematuhi Yesus. Mereka juga berjanji untuk mengucap dan melakukan perkara-perkara baik. Ajaran dan Perjanjian 20:69 Yesus berfirman tentang pemberkatan bayi. Para lelaki yang memiliki Imamat Melkisedek boleh memberkati bayi. Para lelaki memegang bayi bersama, dan seorang lelaki memberi bayi nama dan berkat. Ajaran dan Perjanjian 20:70 Yesus berfirman tentang sakramen. Dia berfirman kita harus mengambil sakramen dengan kerap. Tetapi jika kita melakukan sesuatu yang tidak baik, kita tidak harus mengambil sakramen sehingga kita bertaubat. Ajaran dan Perjanjian 20:75 Kita mengambil sakramen untuk mengingati Yesus. Roti membantu kita memikirkan tubuh-Nya. Kita mengingati bahawa Dia mati untuk kita di salib. Ajaran dan Perjanjian 20:77 Air membantu kita memikirkan darah Yesus. Kita mengingati bahawa Dia menderita dan berdarah untuk kita di Taman Getsemani. Ajaran dan Perjanjian 20:79 Kita membuat perjanjian semasa kita mengambil sakramen. Perjanjian adalah satu janji. Kita berjanji bahawa kita akan berusaha menjadi seperti Yesus. Kita berjanji bahawa kita akan sentiasa mengingati-Nya. Dan kita juga berjanji untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Jika kita mentaati perjanjian kita, kita dijanjikan bahawa Roh-Nya akan bersama kita. Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79