Scripture Stories
Bab 44: Persepuluhan: Julai 1838


Bab 44

Persepuluhan

Julai 1838

Imej
pasangan dalam gerabak
Imej
Joseph sedang berdoa

Tuhan memfirmankan Joseph Smith bahawa para ahli Gereja harus membayar persepuluhan. Ketika Joseph berada di Far West, Missouri, dia berdoa untuk mengetahui jumlah persepuluhan yang para Orang Suci harus bayar. Tuhan mengungkapkan bahawa para Orang Suci harus membayar sepersepuluh dari semua yang mereka miliki untuk persepuluhan.

Imej
para ahli membayar persepuluhan

Jika mereka memperoleh 10 sen, mereka harus memberi 1 sen sebagai persepuluhan. Jika mereka memperoleh 100 sen, mereka harus memberi 10 sen.

Imej
Para Orang Suci membayar persepuluhan untuk hasil tanaman

Para Orang Suci membayar persepuluhan dalam cara-cara lain juga. Mereka memberi sepersepuluh dari tanaman yang mereka tanam, seperti bijirin dan jerami. Mereka juga memberi sepersepuluh dari ayam-ayam dan ternakan lain mereka. Mereka juga membayar persepuluhan dengan susu dan sayur-sayuran.

Imej
para penginjil di bait suci

Persepuluhan digunakan untuk membina dan menjaga bait suci, gereja dan bangunan-bangunan Gereja lain. Persepuluhan juga digunakan untuk membantu pekerjaan penginjil. Sebagai tambahan, ia digunakan untuk membayar penterjemahan dan penerbitan kitab suci dan bahan-bahan lain Gereja.

Imej
para wanita memberi barang-barang

Persepuluhan digunakan untuk membantu para ahli Gereja. Persepuluhan dan sumbangan lain digunakan untuk membeli makanan dan pakaian untuk mereka yang memerlukan.

Imej
kanak-kanak perempuan membayar persepuluhan

Tuhan mengharapkan setiap kita membayar persepuluhan dengan penuh. Kita memberi persepuluhan kita kepada uskup. Uskup menghantarnya ke pejabat utama Gereja, di mana nabi dan para pemimpin Gereja lain dengan penuh doa membuat keputusan tentang penggunaannya.

Imej
keluarga berdiri di depan bait suci

Bapa Syurgawi memberi berkat-berkat indah kepada para Orang Suci yang membayar persepuluhan. Para Orang Suci yang tidak membayar persepuluhan tidak dapat memiliki semua berkat ini. Alkitab berkata bahawa para Orang Suci yang tidak membayar persepuluhan seolah-olah merompak Tuhan.

Cetak